Sampai sahaja di lapangan terbang incheon aku segera berlari ke arah balai pelepasan sambil itu mata aku melilau mencari kelibat jungkook .
Aku tercungap - cungap kerana kepenatan.
Mana awak jungkook !
Sedang aku melihat sekeliling aku terpandang ke arah seseorang yang berada di barisan balai pelepasan .
Jungkook
Dengan segera aku terus berlari ke arah dia tapi malang nya aku ditahan oleh pengawal yang menjaga pintu masuk.
Aku menjerit namanya dengan kuat yang membuatkan dia menoleh ke arah aku .
Air mata aku mengalir deras apabila dia hanya memandang aku dengan pandangan yang kosong .
“ Tolong la lepaskan saya . Saya nak cakap dengan jeon jungkook . " ujar aku dengan meronta - ronta .
“ Jeon jungkook ! Bagi saya peluang untuk saya bercakap dengan awak . Jebal .. Jangan tinggalkan saya macam ni . " jerit aku dalam keadaan menangis.
Aku dapat lihat gerak geri mulut dia mengungkap sesuatu ayat ianya “ Mianhae hana " dengan itu dia segera meninggalkan aku seorang diri macam orang bodoh .
Kau kejam jungkook...
✿✿✿✿
Aku berjalan tanpa arah tuju . Fikiran aku menjadi serabut . Dengan langkah yang lemah aku segera menuju ke arah satu bangku yang terletak elok berhampiran dengan aku .
Pandangan aku beralih ke arah tasik yang terdampar di hadapan aku .
Serta merta aku teringat yang taehyung ada memberi aku satu sampul surat kepada aku ianya pemberian dari jungkook .
Aku segera mengambil surat yang berada di beg sandang aku ..
Dengan perlahan lahan aku membaca dengan teliti .
Dear kang hana
Bila kau baca surat ni bermakna aku dah tak ada dekat dengan kau macam permintaan yang kau mintak untuk aku jauhkan diri dari kau. Aku tak nak kau sedih dengan apa yang dah berlaku bila tengok aku berada dekat dengan kau . So aku mengambil keputusan untuk sambung belajar dekat luar negara . Aku pergi ke luar negara bukan semata - mata untuk lari dari kau tapi aku cuba untuk berdikari sendiri . Tujuan aku buat surat ni untuk jelaskan perkara sebenar . First , aku mintak maaf sebab dah buat kau terluka . Aku tak ada niat nak buat kau menangis disebabkan aku . Jujur aku cakap setiap kali aku tengok kau menangis aku akan rasa bersalah dekat kau . Aku tak suka tengok perempuan yang aku sayang menangis disebabkan aku . Kalau kau nak tau yang kau first love aku and perasaan ni tak akan pudar buat selama lamanya . Semua yang terjadi pada kita semua atas arahan eomma aku . Eomma upah jiyeon untuk buat kau terluka . Tapi aku tak nak kau berdendam dengan eomma sebab aku tau eomma dah menyesal dengan perbuatan dia . Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kita perlu bagi ia perluang kedua untuk menebus kesilapan tersebut . Aku betul betul mintak maaf.
- jungkook -
Saya minta maaf jungkook
✿✿✿✿✿
6 tahun kemudian
“ Minyoung tak boleh ke kau teman aku pergi event tu " tanya aku .
“ Sorry la hana aku bukan tak boleh teman kau tapi aku betul betul ada hal dengan taehyung . Kalau aku batalkan mesti dia marah " ujarnya dengan nada memujuk.
“ Alaa.... Kau ni tak habis habis dengan si alien tu menyampah aku . Okay la fine aku pergi sorang . " aku mengeluh.
Jujur aku cakap , aku bukan tak biasa pergi event dengan ceo syarikat tapi aku tak tau kenapa harini aku terasa nervous nak pergi .
Ceo syarikat
Ia itu aku , lepas aku habis sambung berlajar aku ambik alih syarikat appa aku di seoul . Syarikat ini merupakan syarikat ternama dia bandar seoul . Tapi syarikat ni juga mempunyai persaingan iaitu syarikat jeons holding .
Harini merupakan hari yang penting bagi aku dimana syarikat aku akan bergabung dengan syarikat jeons holding .
Dengar cerita syarikat mereka akan ada ceo baharu dan aku tak pernah ambil tau dan aku malas nak ambil tau .
Tok ..
Tok..
Aku melihat kearah assistant aku yang tersenyum lebar ke arah aku .
“ Kenapa ? " tanya aku dengan pelik
“ Err.. Bos tak siap lagi ke ? Bos bukan kena pergi event ke dekat syarikat jeons holding and harini kan pergabungan syarikat bos dengan jeons " ujar nya
Shit . Aku terus gelabah .
“ Kenapa awak tak ingatkan saya "
✿✿✿✿✿
Bahagian dewan ni mula dipenuhi ramai . Dan aku disini masih blur . Tak masalah sekarang ni kenapa ramai sangat .
Aku segera mengambil tempat yang berada di barisan kedua .
Tiba tiba aku ditegur oleh seseorang
“ Eo .. Awak dari syarikat yang terkenal tu kan " tanya nya .
“ Ya tu saya , saya kang hana ceo syarikat KH holding "
“ Saya assistant jeons holding . Wahh tak sangka ceo syarikat boleh secantik macam ni " ujar nya
“ Tak ada la biasa biasa je "
“ Ouh ya awak akan bergabung dengan syarikat kami so nanti lepas habis event ni saya akan tunjukkan bilik ceo " kata nya .
Baru sahaja aku mahu menjawab tiba tiba pengacara di atas mula bercakap
“ Disini kita berkumpul kerana kita akan menyambut pemilik syarikat baharu serta kita akan ada sambutan kepada pemilik baharu yang baru sahaja balik dari us . Dipersilakan jeon jungkook "
Aku terkedu apabila mendengar nama yang sangat familiar .
“ Annyeonghaeseyo.. Jeon jungkook pemilik baharu syarikat jeons holding "
Aku terus memandang kearah suara tersebut .
Serta merta aku menjadi kaku .
Jungkook
Sekian lama dia tinggalkan aku akhir nya dia muncul dekat satu kejutan .
Dapat aku lihat dia memandang kearah aku dengan menghadiahkan sebuah senyuman .
Kenapa sekarang kau baru munculkan diri jungkook .
✿✿✿✿
To be continued
♡
YOU ARE READING
Her [ J.J.K ]
FanfictionA small mistake leads to a love affair between the perpetrator and the victim "Gambar yang kau post semalam bukan gambar kau tapi gambar orang lain. " " Siapa kat kelas ni username ig dia ‛Hana_kang' " " Oh shit "