“ Hana , bagi tau lah aku kau ada apa-apa ke dengan jungkook "Harini dah 20 kali dia tanya soalan yang sama makin lama aku meluat dengar. Dari semalam lagi lepas je jungkook tinggalkan aku terus minyoung tak berhenti tanya benda yang sama .
Bukan tu je , time aku nak tidor pun dia pergi spam chat smpai beribu dan aku hanya bagi dia bluetick je. Pandan muka .
“ Kan aku dah cakap aku tak ada apa apa dengan jungkook. Stop lah tanya soalan tu aku muak la dengar "
“ Kau tipu , tak kan dengan aku pun kau nak berahsia. Aku kawan kau kot . Aku bukan baru kenal kau semalam aku dah kenal kau lama aku tau perangai kau macam mana "
Susah lah cakap dengan dia ni. Patut ke aku bagi tau lagipun kalau aku tak bagi tau dia nanti lama lama dia tau jugak .
Aku akan bagi tau dia tapi bukan sekarang
“ Okay fine aku bagitau tapi bukan sekarang "
“ Betul ni kau nak bagitau tapi bila "
“ Haishhh nanti balik aku bagi tau "
“ Okay aku akan tunggu "
“ Minyoung boleh tak kau tolong cover kan aku kejap. Aku nak pergi rooftop nak tenangkan fikiran nanti kalau cikgu tanya mana aku kau pandai pandai la jawab ehh k bye "
Aku terus keluar dari kelas. Aku bukan saja saja nak ponteng tapi aku tengah serabut dengan masalah yang tak pernah ii nak selesai.
✿✿✿✿✿✿
Macam mana lah dengan keadaan eomma. Aku dengar cite yang eomma tengah sakit sekarang.
Aku dah tempah tiket flight untuk lawat eomma tapi appa tak bagi datang. Dia nak aku fokus dengan pelajaran dulu. Nampak sangat yang appa dah tak nak tengok muka aku.
Aku memejam mata buat seketika. Angin yang menyapa kulit muka aku membuatkan aku terbuai. Baru sahaja aku mahu menikmati suasana di rooftop aku terdengar pintu dibuka oleh seseorang.
Aku terus menoleh ke arah orang tersebut
Sapa dia ni
Macam pernah nampak je muka dia tapi kat mana ehh. Ahh lantak lah
“ Hai " sapa nya dengan sopan dan aku hanya membalas dengan senyuman
“ aku kim taehyung , kawan jungkook " dengar sahaja nama jungkook terus mati senyuman aku
Kawan jungkook
Kejap , bukan dia ke yang menari sekali dengan jungkook masa club tu. Dengan selamba dia terus duduk di sebelah aku
“ Tak yah takut dengan aku , aku bukan makan orang. Aku tau kau yang sebarkan gambar tu dekat ig and aku tau kau bukan sengaja nak sebarkan " kata nya dengan tenang
“ Saya mintak maaf "
“ Jangan risau kan aku sepatutnya kau risau kan jungkook "
“ Kenapa nak risau kan jungkook ? "
“ Aku tau jungkook suruh kau jadi fake girlfriend dia. Jungkook buat semua ni pun ada sebab. Dia tak nak eomma dia tau pasal kau yang sebarkan gambar tu. Kalau eomma jungkook tau yang kau dah malukan anak dia. Eomma jungkook takkan diam diri. Dia akan buat apa sahaja untuk tutup malu walaupun dengan cara kasar "
Kalau aku jadi eomma jungkook pun aku akan buat benda yang sama .
“ Kau dikira beruntung sebab jungkook nak selamat kan kau dari eomma dia " sambungnya lagi
“ Saya nak tanya perangai jungkook tu macam mana. Mmm saya dengar dia jenis panas baran tapi sejak saya kenal dia saya tak pernah nampak lagi dia perangai macam tu "
“ Dia dulu tak macam tu. Dia dulu seorang yang baik dan dia seorang yang periang . Sejak appa dia meninggal 2 tahun lepas dia mula berubah boleh katakan dia dah tak bergaul dengan orang dan dia selalu bersendirian. Satu lagi dulu dia anti dengan rokok tapi sekarang dia dah mula merokok and dia tak suka kalau orang lain cakap pasal appa dia kalau dia tau dia akan buat orang tu takkan jejak kaki lagi kat sekolah ni. Aku sebagai kawan dia dah tak larat nak nasihat dekat dia. Aku harap kau boleh ubah perangai dia walaupun kau hanya fake girlfriend dia tapi aku berharap sangat dengan kehadiran kau dia boleh berubah " katanya dengan panjang lebar
Sedikit sebanyak aku mengetahui perangai jungkook. Aku akan cuba ubah perangai jungkook. Tak salah kan aku mencuba
✿✿✿✿✿✿
To be continued
♡
YOU ARE READING
Her [ J.J.K ]
FanfictionA small mistake leads to a love affair between the perpetrator and the victim "Gambar yang kau post semalam bukan gambar kau tapi gambar orang lain. " " Siapa kat kelas ni username ig dia ‛Hana_kang' " " Oh shit "