Aku memandang kearah jiyeon yang tak habis habis melekat dekat aku. Rimas aku . Kang bila aku tak layan mula la mengadu dekat eomma.. Menyampah aku dengan perempuan ni.
Aku menghela nafas berat. Sejujurnya aku rindu hana. Aku dah lama tak jumpa dia. Setiap kali aku nak jumpa hana mesti jiyeon ajak pergi jalan-jalan .
Aku selalu perasan setiap kali hana nampak aku dengan jiyeon mesti riak wajah dia berubah jadi keruh.
Aku menjeling ke arah jiyeon yang dari tadi bercerita tentang diri dia.
“ Ouh ya jungkook boleh tak awak teman saya pergi jumpa cikgu sekarang. Saya lupa nak hantar kertas kerja saya " ujar jiyeon
Aku terus menilik jam yang berada di tangan aku. Sekarang waktu rehat dan dah hampir 30 minit aku berada di kelas bersama dengan jiyeon.
“ Sorry aku tak boleh teman kau. Aku nak jumpa girlfriend aku sekarang " kata aku dan terus bangun dari tempat duduk aku.
“ Alaaa... Awak ni tak habis habis dengan girlfriend awak habis saya ni macam mana " kata nya dengan nada yang di buat merajuk.
“ macam mana apa ? Kita bukan ada apa apa hubungan pun. Ouh ya kalau kau nak cakap yang aku ni tak habis habis dengan hana je kau silap. Hampir sebulan kau asyik melekat dengan aku sampai aku susah nak jumpa hana " ujar aku dengan geram dan terus keluar dari kelas.
✿✿✿✿✿
“ Hana kau tak nak makan ke dari tadi kau termenung ? Asal kau ada masalah ke ?" ujar minyoung
Aku pandang makanan yang dari tadi tak tersentuh. Aku tak ada selera sekarang. Banyak benda aku pikir sampai aku hilang selera makan.
“ Kalau kau nak makanan aku ambik la aku tak nak. Aku tak ada selera " kata aku
Aku buntu dengan perasaan aku sekarang. Aku rasa tak sedap hati bila aku tengok jiyeon rapat dengan jungkook.
Sekarang satu sekolah cakap yang jungkook couple dengan jiyeon. Hampir setiap malam aku nangis. Sebab ?
Aku suka dia
Ya , aku dah mula suka dia
Tapi dia ?
Dia suka aku ke ?
“ Weyy hana aku perasan enn sejak kebelakangan ni mata kau bengkak ? Kenapa ? Kau nangis ke ? " tanya minyoung yang sedang makan.
“ Mana ada lagipun aku nak nangis sebab apa " soal aku balik.
Aku terus menyeluk poket blazer dan mengambil cermin mata dan terus pakai. Aku tak nak minyoung syak apa apa kat aku.
“ Tipu . Kau nangis enn ? Kau nangis sebab jungkook ke ? " soal nya dengan memandang aku tajam.
“ Tak !! Mana ada !!! Buat ap aku nak nangis sebab dia. Aku dengan dia mana ada apa apa . Lagipun kitaorang bukan couple betul betul " ujar aku dengan suara yang bergetar.
Aku nak nangis sekarang. Aku cepat-cepat menunduk supaya minyoung tak nampak yang air mata aku.
“ siapa cakap yang kita tak ada apa apa hubungan ? " ujar seseoarang yang berada di belakang aku .
Aku terus menoleh
“ Jungkook " kata ku dengan terkejut. Cepat cepat aku lap air mata supaya dia tak nampak yang aku nangis.
“ Ikut aku sekarang " kata nya sambil tu dia menarik tangan aku supaya aku mengikut langkah dia.
Aku cuba melepas pegangan dari tangan dia sebab aku tak nak pelajar lain salah anggap tentang aku.
Sampai sahaja di rooftop dia terus melepas tangan aku.
“ Kenapa awak nak jumpa saya kat sini " soal aku dengan tenang padahal dalam hati dah macam meletup sebab gelisah.
Dia terus memeluk aku dengan erat. Pelukan dia seolah olah macam dia tak kan jumpa aku lagi .
“ Bagi aku masa 5 minit. Aku nak kita stay dalam keadaan macam ni " ujarnya.
“ Kenapa ni jungkook ? Awak ada masalah ke ? " tanya aku dengan lembut.
“ Aku rindu kan kau. Sorry sebab aku jarang layan kau " katanya sambil melepaskan pelukan.
Dia rindu aku ?
Serius la
Kalau boleh aku nak je cakap yang aku pun rindukan dia tapi aku kuburkan dalam hati.
“ Kenapa awak nak rindukan saya sedang kan awak dah ada jiyeon lagipun saya ni hanya fake girlfriend awak " kata aku sambil menunduk kebawah.
Jungkook terus menarik aku pergi ke satu bangku yang terletak di belah kanan aku.
“ Listen hana , aku dengan jiyeon tak ada apa apa hubungan. Jiyeon tu anak kawan eomma aku dan aku tak suka dekat dia " ujar nya
“ Tapi eomma awak suka dekat jiyeon sampai eomma awak layan saya macam ang-- " serta merta aku menutup mulut kerana aku baru sahaja mahu bagi tau perkara sebenar tentang eomma dia jumpa aku tempoh hari.
“ Eomma ? Eomma aku jumpa kau ke ? Dia buat apa kat kau ? ” katanya dengan memandang aku tajam.
“ Haa.. Tak ada apa apa la lupa kan apa yang saya cakap tadi " ujar aku dengan gagap.
“ Jangan tipu aku please... Aku tau eomma aku ada datang sekolah tempoh hari. Dia datang sebab nak jumpa kau kan " Tanya jungkook sekali lagi.
Aku mengeluh.
“ Kalau saya cakap ni... Saya nak awak janji dengan saya yang awak takkan bergaduh dengan eomma awak. Okay " kata aku dengan lembut.
“ Okay aku janji "
“ Hmmm...memang betul eomma awak ada datang jumpa saya. Dia cuma bagi amaran dekat saya supaya saya tak dekat dengan awak " Kata aku
Aku nak je luah kan dekat jungkook yang eomma dia dah melampau sebab hina aku depan bilik guru. Aku masih ingat lagi kata kata pedas yang dia lontarkan dekat aku.
Aku tak kesah kalau dia nak hina aku sekalipun tapi aku tak boleh tahan bila dia hina eomma dengan appa aku.
“ Eomma aku ada cakap apa apa lagi ke dekat kau " kata nya untuk kepastian.
“ Tak ada "
“ Lepas ni kalau eomma aku jumpa kau lagi aku nak kau bagi tau aku " pesan nya sambil tu dia memegang tangan aku.
Aku terus menarik tanganku.
" Jungkook saya kena pergi sekarang lagipun eomma awak tak suka kalau saya jumpa dengan awak " kata aku dan terus bangun dari tempat duduk aku.
“ Eomma aku tak ada kat sini sekarang and aku tak nak kau jauhkan diri kau dari aku. Aku dah penat menanggung rindu aku dekat kau. Aku janji yang aku akan lindungi kau dari eomma aku.
Aku tak nak kau salah faham tentang aku dengan jiyeon. Aku layan jiyeon sebab terpaksa. Jujur aku cakap yang aku rimas dengan dia. Jadi lepas ni aku tak nak kau lari dari aku " ujar nya dengan panjang lebar.
Aku dah lama pikir kan pasal soalan ni tapi aku tak mampu nak luah kan dekat dia.
“ awak suka saya ke jungkook ? ”
✿✿✿✿✿✿
To be continued
♡
YOU ARE READING
Her [ J.J.K ]
FanfictionA small mistake leads to a love affair between the perpetrator and the victim "Gambar yang kau post semalam bukan gambar kau tapi gambar orang lain. " " Siapa kat kelas ni username ig dia ‛Hana_kang' " " Oh shit "