Aku mengeluh untuk kali kelima. Macam mana aku nak hadap semua ni. Aku dah muak dengar suara bisikkan pelajar sekolah ni. Betul kata jungkook walaupun aku dah padam gambar tu tak semestinya mulut orang pun akan senyap.
Masuk sahaja sekolah aku terus dengar banyak gosip tentang diri ku salah satu nye
“ Aku rasa kan perempuan tu nak attention dari jungkook "
“ Biasa la tu dia pun mana ade kawan. Kawan dia pun minyoung je "
“ Kenapa lah minyoung nak sangat kawan dengan dia "
“ Jungkook tak akan terpikat kat dia sebab dia hodoh "
Hina sangat ke aku.
Tiba tiba ada satu tangan yang menarik aku sehingga aku tertoleh ke arah gerangan tersebut
Jungkook
Dia nak apa
“ Bagi phone kau " aku memandang dia pelik. Datang datang je terus mintak phone aku dah kenapa dia ni
Dengan pantas aku terus menyeluk poket blazer untuk ambik fon. Dia terus ambik fon aku
“ Kenapa awak nak phone saya ? "
“ Password apa ? " aku semakin pelik dengan dia. Soalan aku pun dia tak jawab
“ 2321 , awak nak buat ape dengan fon saya " aku perasan yang ramai sedang pandang ke arah kami
“ Salah ke aku nak pinjam phone girlfriend aku. Aku nak pinjam phone kau nanti rehat aku bagi . Bye " kata nya dalam nada berbisik
Lepas je dia cakap macam tu terus dia bla. Aku memandang dia dengan tanda tak puas hati
“ YAH ! JEON JUNGKOOK " jerit aku kuat
Aku perasan yang dia toleh kebelakang dah menhadiahkan satu ejekkan dekat aku
Kuang ajo anak jeon ni
✿✿✿✿✿
“ Hana , aku nak tanya semalam jungkook tarik pergi mana ? Dia ada ugut kau macam macam ke ? Tadi aku dengar yang dia ada jumpa kau dia buat ape ? " dah kenapa dengan minah ni. Tak pernah pernah lagi dia tanya macam ni.
“ Tak ada apa apa yang berlaku semalam dia just mintak aku explain apa yang dah jadi. Tu je "
“ Dia tak ada buat apa-apa kan "
“ Tak ada , yang kau ni dah kenapa risau sangat aku still sihat "
“ Kita kan bestfriend of course lah aku kena ambik tau. Lagipun kita dah kenal dari kecik dan aku kenal sangat perangai kau "
Aku beruntung dapat kawan macam minyoung. Dia tak kesah pun aku berasal dari mana and dia sorang je tau tentang diri aku walaupun perangai dia macam hanat sikit aku tetap sayang dia. Aku harap persahabatan aku kekal dengan dia sampai ke jannah
Klishe betul ayat kau hana
✿✿✿✿✿✿
“ Bro kau dah kenapa tengok phone senyum senyum tak pernah lagi aku tengok kau macam ni. Mabuk ke ? "
“ Sibuk lah kau taehyung lantak aku lah nak senyum ke nak mabuk ke bukan libatkan kau pun "
“ Tchhh dasar anak jeon betul. Kejap phone siapa yang kau rembat tu setahu aku kau tak ada phone yang casing gambar kartun "
“ Ni phone hana. Aku ambil jap saja nak chek fon dia mana tau ada benda yang bernilai ke " tak salah kan aku bukak galeri dia
Aku terus bukak galeri dia dan nak tau apa yang aku nampak. Galeri dia penuh gambar dia
Cantik jugak ehh dia. Sambil tu tangan aku lincah mengambil gambar dia dan send dalam phone aku .
“ Jungkook aku tak nak kau mainkan perasan dia. Aku tak tahu niat kau tiba-tiba minta couple dekat hana. Aku tau dia yang sebarkan gambar tu tapi aku tak rasa dia ada niat jahat dekat kau "
“ kau ingat aku playboy ke ? . Aku buat semua ni ada sebab . Aku tak nak eomma aku tau pasal benda ni kau tau kan perangai eomma aku macam mana. Aku just nak selamat kan dia je salah ke ? "
“ apa-apa je lah aku just nak bagi peringatan aku tak nak nanti bila dia dah ter fall in love dekat kau pastu kau bagi fake hope kat dia "
“ aku tau lah apa yang aku buat. Yang kau ni sibuk pahal tak ada kerja ke ? dah shuh ii pergi tempat kau "
✿✿✿✿✿✿
Aku memandang sekeliling... haishh aku benci rehat kat kantin ni ada je yang nak jeling aku . Agaknya mata diorang ada masalah kot . Aku tau lah aku cantik ! Hmphh ! .
Dah banyak kali aku cakap yang aku tak nak rehat kat sini tapi minyoung tak habis habis paksa aku siap ugut lagi. Menci ahh gini .
Dah lah aku duduk meja tengah-tengah makin galak la perempuan gosip pasal aku .
“ Hana aku ade beli kan makanan kat kau. Ambik lah "
“ Kau ni kan aku cakap tak payah belikan untuk aku nanti diorang ingat aku ni ambil kesempatan dekat kau "
“ Aku tau kau lapar lagipun tengok lah kau ni dah makin kurus aku tengok "
“Kurus apa nya makin gemok ada lah"
“ Dah makan aku nak kau abaikan apa yang diorang cakap dekat kau anggap je sekeliling kau ni hanya nyamuk " kata minyoung dengan lembut... Haihh mana aku tak sayang dia
Sedang aku makan tiba tiba ada satu makhluk duduk di hadapan aku. Membulat mata aku melihat dia yang selamba mengambil air aku dan minum sehingga tinggal separuh . Aku perasan makin galak pelajar dekat kantin ni bisik pasal aku
Alaaa....jungkook jangan la macam ni .
“ Awak buat apa kat sini ? " kata aku dalam nada yang perlahan. Aku sempat memandang kearah minyoung yang memandang aku pelik
“ Salah ke aku nak tengok girl...." belum sempat dia menghabiskan ayat nya aku terlebih dahulu menyumbat roti dalam mulut nya .
“ Makan " kata aku dalam nada marah. Aku perasan yang dia sedang menahan ketawa .
Dia terus mengeluarkan phone aku dalam poket seluar nya dan menghulur kearah aku dengan segera aku mencapai dan terus tengok mana tau dia ada buat apa-apa kat phone aku ke
“ Thanks bagi aku pinjam phone kau. By the way aku suka tengok gambar kau yang kau pakai baju hitam nampak seksi " kata nya sambil berbisik di telinga aku
Terus membulat mata aku memandang dia yang tersengih seperti kerang busuk.
“ Awak buat apa dengan gam... " belum sempat aku berkata terus die menutup mulut aku dengan sebelah jari
“ Sorry hahaha " terus dia bla macam tu je . Dia sempat gelak dengan kuat
Muka aku yang dah merah padam aku tutup dengan tangan
Sesiapa tolong aku pukul anak jeon tu
Dasar lelaki miang
✿✿✿✿✿✿
To be continued
♡
YOU ARE READING
Her [ J.J.K ]
FanfictionA small mistake leads to a love affair between the perpetrator and the victim "Gambar yang kau post semalam bukan gambar kau tapi gambar orang lain. " " Siapa kat kelas ni username ig dia ‛Hana_kang' " " Oh shit "