BAB 35: CINTA DAN PERANG

120 13 2
                                    

PENAUT KASIH

Petang itu ketika Puspa memberitahu ibu dan ayahnya keluarga Arman akan datang untuk merisik dan memohon tarikh yang sesuai, kedua mereka tercengang.

"Kenapa terlalu tergesa-gesa?" soal Indah.

"Apa yang tergesa-gesa ibu? Puspa kenal Arman sejak di universiti. Lepas itu putus dua tahun sebab dia kerja dan bertunang dengan Nora. Kemudian sambung balik masa dia masuk penjara. Jumlah semua enam tahun."

"Maksud ibu, Puspa bercinta dengan dia hanya lepas dia keluar penjara. Hanya beberapa bulan. Bukan begitu?" soal Indah.

Ibunya benar. Arman hanya bercakap mahu menjalin hubungan masa dating mendaki dinding. Puspa tersenyum mengingati wajah lucu Jack yang kononnya 'menangkap basah' mereka di JACK & JILL BOXING CLUB. Minyak lavender menjadi mangsa.

"Did he say he loves you?" soal ayahnya.

Puspa tidak menjawab soalan ayahnya. "Ayah takut dia teringin nak ambil harta kita ke? Dia bukan orang macam itu. Ayah sendiri kenal dia, kan?"

"Answer me!" desak Adam Prakash.

Ayahnya bukan jenis yang bersedia untuk menerima soalan untuk jawapan. Sikap peguamnya sering terbawa-bawa di rumah.

Puspa sudah mahu menangis. Kegembiraan siang tadi terasa akan terbang bila-bila masa apabila ibu dan ayah seolah-olah menentangnya. Ibunya terus bangun, duduk di sebelahnya, memeluknya dan membelai-belai rambutnya, macam dia masih kecil dahulu. Dia bersandar pada bahu ibunya mencari sokongan.

"Ayah Puspa tahu Arman anak yang taat. Tapi ayah takut dia pergi kepada Puspa on a rebound," kata Indah memujuk.

"Puspa dah tanya . . . Dia dah tak ada feeling dengan Nora lagi . . . Lepas kahwin, Puspa akan tinggal di rumahnya."

"Jauh sudah Puspa rancang tanpa ibu dengan ayah," kata ayahnya, jelas tersinggung.

"Ayah jangan marah. Tempat isteri mesti dengan suami, kan?"

"Ibu cuma takut Puspa tak boleh sesuaikan diri," kata ibunya pula.

"Puspa suka kediaman diorang. Sangat damai," balas Puspa.

Indah mengeluh. Nampaknya anaknya sangat nekad, sedangkan mereka belum lagi menjalankan ujian 'kesetiaan' kepada Arman, melalui 'hadiah' kelab ragbi itu.

"Ibu tolong jangan ungkit tentang status kewangan Arman, boleh?" kata Puspa, memandang ibunya dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

"Bukan ke Puspa nak jadi peguam handalan, macam atok Puspa?" soal Adam Prakash.

Rasa geram pun ada. Apalah jampi azimat yang dipakai Arman sampai Puspa tak boleh berfikir dengan jelas ini? Otak licik Adam Prakash cuba mencerakin.

"Ayah, Arman dah janji tak akan halang kerjaya Puspa. I think that's good enough for me. Puspa pun tak akan halang kalau dia nak buka ladang cili atau main ragbi."

"Kami cuma mahu yang terbaik untuk Puspa," celah ibunya, mengusap air mata Puspa yang sudah turun tanpa dapat dihalang.

"Thank you ibu. Arman yang terbaik untuk Puspa."

Nampaknya peguam kanan dan pengurus kewangan syarikat antarabangsa sudah kalah. Anak mereka degil.

"Baiklah. Nanti ayah bincang dengan Cikgu Zahari."

Puspa bangun, peluk dan cium pipi ayahnya. Terasa basah.

"Kenapa ayah menangis?" soal Puspa.

Adam Prakash menyapu air matanya. Dia tak sedar dia menangis. "Selama ini Puspa tidak pernah melawan ayah. Tapi kali ini sebab Arman, Puspa sudah lawan ayah."

RINDU KAMILAHWhere stories live. Discover now