*Untuk makluman yang mengikuti cerita ini, Sis akan sekali-sekala update cerita ini untuk baiki ayat-ayat yang digunakan, kerana Sis tak pernah mengambil sastera Melayu. Sis mengambil English Literature. Sis biasa menulis dokumen. Update itu tidak menukar jalan cerita. Terima kasih.*
SIAPA DI TENGAH-TENGAH
"What was all that about?" soal Arman, sebaik sahaja mereka keluar dari pejabat Puspa.
"Nothing."
Pintu automatik terbuka. Haba panas dari luar menerjah masuk. Tetapi Puspa dapat merasa, panas lagi hati Arman.
"Jalan jammed. Bagi kunci, abang drive." Arman menadah tangan kirinya, sebab Puspa bergayut di lengan kanannya.
Puspa melepaskan tangan Arman kerana nak mencari kunci dalam beg tangannya. Kunci ditemui dan diserahkan. Arman berlari-lari anak ke kawasan letak kenderaan yang tidak bertutup untuk mengambil kereta. Puspa disuruhnya menunggu di anjung.
"Abang sayang, tak bagi adik berpanas sedikit pun," usik Ezhar yang juga keluar untuk mengambil keretanya di tempat letak kenderaan.
Mujur Arman cepat sampai. Tak perlu Puspa jawab usikan Ezhar. Lebih-lebih lagi melihat Zarif yang terpacak di tepinya. Cepat-cepat Puspa masuk ke dalam kereta dan Arman memandunya keluar dari kawasan WISMA IKHTISAS.
Sepanjang perjalanan ke kompleks membeli belah, aliran trafik bergerak normal. Tidak ada pun kesesakan lalu lintas.
"Kenapa tadi Abang kata ada traffic jam?" Puspa membidas.
"Sebab abang nak jadi driver Puspa."
Puspa terus diam. Dia tidak percaya itu puncanya.
"Siapa Zarif?" Tiba-tiba Arman bertanya.
Puspa terkejut dengan pertanyaan yang datang mendadak itu. "Abang kan kenal Abang Zarif. Dia peguam. Sekarang Pegawai Khas Exco."
"Itu abang tau laa . . . Abang tanya siapa dia kepada Puspa."
"Tak ada siapa-siapa. Rakan sejawat sahaja."
Kenapa tiba-tiba bertanya tentang Zarif?
"Abang nampak semuanya tadi."
"Oh! Sebab itu abang nak drive, kan? Abang nak soal siasat Puspa."
"Kita akan bertunang tak lama lagi. I want nothing comes between us."
Suara Arman tegas. Puspa menoleh ke arah Arman. Wajah tampannya nampak kejung. Tak sangka Arman kuat cemburu rupanya. Mungkin pengalaman buruknya dengan Nora dia jadi begitu. Ingatan Puspa melayang kepada Nora. Bukankah Nora yang kini berada di tengah-tengah antara mereka berdua?
"Same here," balas Puspa, tidak mahu beralah.
Arman buat-buat tak dengar. Dia memandu dengan senyap.
"Abang janganlah ungkit pasal Zarif, boleh tak?" pinta Puspa sebaik sahaja tiba di kompleks membeli belah.
"Kenapa abang tak boleh ungkit?" Dia memandang Puspa dengan wajah yang serius.
"Dia kawan baik Puspa dah lama. Banyak tolong Puspa sejak belajar di universiti."
"Jadi, Sayang tahulah dia memang menaruh hati?"
Puspa mengangguk. "Tapi Puspa tak pernah galakkan dia. Bukan macam abang dengan Nora." Puspa terasa tiba-tiba seperti berhadapan dengan pegawai penyiasat yang garang.
YOU ARE READING
RINDU KAMILAH
RomanceBLURB: Puspa Kamilah - peguam. Merindui bekas banduan akhir yang berjaya dilepaskannya daripada tali gantung. Peribadinya seindah namanya, begitu berdedikasi mendidik remaja menghindari dadah dalam sukan. Tetapi diri sendiri menjadi mangsa kartel da...