BAB 48: AKHIR SEBUAH DERITA

118 14 0
                                    

JANGAN BERUBAH PUSPA

Tengah hari itu Puspa dipindahkan ke wad biasa kerana dia sudah tidak memerlukan pemerhatian rapi. Adam Prakash mahu bilik untuk seorang yang ada privasi. Tak kisah berapa bayarannya, katanya. Bagi hospital swasta itu, ia tidak menjadi masalah. Asalkan mendapat bayaran. Doktor kata Puspa sudah boleh guna telefon bimbit supaya dia dapat menghantar mesej kepada kawan-kawan dan saudara-mara. Ini mungkin boleh membantunya membina semula ingatannya. Tetapi penggunaannya terhad pada waktu-waktu tertentu, supaya Puspa tidak bergantung kepadanya. Mengembalikan suara dan kekuatan fizikal perlu lebih diutamakan.

Adam Prakash dan Indah berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Khadijah dan Zahari kerana bersusah payah turut menjaga Puspa.

"Ia mengembalikan kemanusian kepada kami yang hanya fikir tentang kekayaan sahaja," kata Adam Prakash.

Zahari setuju. "Semuanya dalam perhatian Allah."

"Benar. Tapi kita kena usaha juga."

"Bagi kami yang belajar sains ini sentiasa mencari kaitan antara fenomena dengan puncanya mengikut eksperimen. Sering kali lupa kuasa Allah," ujar Zahari.

Adam Prakash teringat video daripada CCTV yang tiba-tiba muncul yang menjadi bukti sehingga Arman terlepas daripada tuduhan. Ia menyelamatkan nyawa Arman. Tetapi kenapa si penyimpan video itu tidak memusnahkannya apabila diarahkan berbuat demikian, adalah kehendak Allah. "Kadangkala banyak kejadian macam kebetulan. Sedangkan itu kuasa Allah."

Suasana di wad sudah jadi macam majlis pertemuan keluarga. Selain Datuk Haidar dan Datin Kalsum, ramai saudara mara lain di sebelah Indah turut datang melawat. Ia agak meletihkan Arman kerana dia sudah diperkenalkan sebagai tunang Puspa.

Malam itu Puspa enggan tidur. Dia tidak benarkan Arman keluar dari bilik. Akhirnya doktor dipanggil.

Kesempatan itu diambil Arman untuk melepaskan keletihan. Dia mengambil angin di taman kecil di luar hospital itu. Lampu-lampu hiasan berkelip-kelip berubah warna mengingatkannya kepada perubahan Puspa. Kecuali wajahnya yang masih sama, Arman terasa kelakuannya sudah berubah. Dia seperti amat takut ditinggalkan Arman. Nak keluar pun dia protes. Mungkin kerana dia sukar bercakap maka kelakuannya juga berbeza. Entahlah. Dia harus menyesuaikan diri dan mengenali semula Puspa yang baharu ini.

"Assalamualaikum, Abang Arman."

Arman tersentak. Di waktu malam, tiba-tiba ada suara perempuan menyapa. Dia menoleh ke arah suara itu.

"Nora?"

Wajah Nora tidak jelas kerana dia membelakangkan cahaya daripada lampu jalan di taman itu. Dia melangkah ke hadapan menghampiri Arman.

"Nora nak jumpa Puspa. Tapi diorang tak benarkan."

Arman berdiri tegak di tempatnya. Ingatannya kembali ke hospital ketika Nora enggan melepaskan tangannya. Perbuatan itu membuat Puspa merajuk. "Untuk apa kau nak jumpa dia? Untuk sakitkan hatinya lagi?"

Terkejut Nora dengan nada Arman yang bengis.

"Nora cuma nak . . . Nak . . ."

"Tak payah cakap apa-apa lagi. Aku tak mahu dengar. Kau balik saja pada laki kau. Jika Puspa tahu kau jumpa aku, dia akan sedih. Dia sangat penting buat aku sekarang."

Nora tergamam. Hilang sudah 'Abang' sebagai ganti diri. Sudah berubah menjadi 'aku' dan 'kau'.

Sungguh! Nora sudah menjadi perempuan asing bagi Arman. Seperti tidak pernah ada apa-apa hubungan antara mereka. "Tidakkah abang boleh maafkan Nora?"

"Dah malam. Kau balik saja. Macam mana kau datang? Pandu sendiri atau apa?"

"Nora naik e-hailing."

RINDU KAMILAHWhere stories live. Discover now