KETURUNAN
Aku budak kejuruteraan yang tak suka mengarang. Aku pun bukan budak anugerah dekan. Jauh sekali 'genius'. Semuanya gara-gara subjek yang aku terpaksa mengarang, seperti Pengurusan dan Politik Malaysia. Semua subjek itu elektif tetapi wajib. Aku lulus, tetapi tidak cemerlang. Undang-undang boleh pula aku dapat A minus setelah siang malam dibantu Puspa. Bagi aku itu adalah rekod terbaik dalam subjek bukan sains aku. Walau bagaimanapun aku tetap dikategori pada keseluruhannya 'above average' kerana semua subjek kejuruteraan aku cemerlang. Aku excellence dalam kurikulum sukan. Tetapi kalau aku mengambil kursus Sains Sukan pula, tak semestinya aku jadi excellence sebab aku memang tidak hebat subjek anatomi kecuali cerita pasal bicep dan six-pack.
Aku juga 'excellence' dalam mendapatkan girl-friend. Tapi aku silap kerana memilih Nora yang kecil molek, cinta pertama masa sekolah menengah. Aku mengaku bila masuk universiti aku jatuh hati pada Puspa yang tinggi lampai. Bagaimanapun, aku terpaksa melupakannya, kerana Nora gadis pilihan umi aku. Mujur Puspa masih ingat aku bila Nora dipaksa keluarganya kahwin dengan Dzafri.
Semua sudah jadi sejarah. Aku pun dah tak kisah lagi.
Puspa penyelamatku, kekasihku, isteriku.
Aku sangat cinta kepadanya, walaupun dia melekat dengan aku macam belangkas. Langsung aku tak boleh ke mana-mana tanpa dia, tanpa memberitahu dia, tanpa menghubungi dia kalau nak balik lewat. Tak kisah kalau korang kata dia 'Queen Control'. Sebenarnya itu tak betul. Aku yang 'King Control'. Apa aku cakap semua dia patuh. Paling teruk pun dia mengadu pada Umi atau Walid. Mengadu dengan Ibu dan Ayah, setahu aku tak pernah. Kalau ada sudah tentu aku kena bebel.
Setiap kali aku turun padang ragbi, dia akan ikut. Sampai kawan-kawan Kelab BLACK SELADANG aku tanya, "Kau guna jampi apa, Arman?"
Malah dia sudah pandai buat passing dan menendang bola dalam permainan ragbi. Tapi aku tak benarkan dia main ragbi, walaupun di Malaysia ada pasukan wanita.
Kalau dia buat muncung itik sambil mengulum senyum, memang boleh gugur jantung aku.
Sehingga hari ini dia belum boleh beraksi di mahkamah. Ini kerana bapa mentuaku, Adam Prakash mahu ingatannya 100% pulih sebelum dibenarkan menguruskan kes jenayah. Lalu kerjanya hanya meneliti dokumen sahaja, selain mengajar budak-budak dan ibu mereka menari balet, di sebuah sekolah tadika di Ipoh, seminggu sekali. Kasihan juga aku. Tentu membosankan. Sebab itu aku bawa dia berjalan-jalan ke tempat yang kurang belanja. Aku bukan ada banyak duit.
Puspa seperti tak kisah tidak beraksi di mahkamah. Duit baginya telah datang seperti durian runtuh setelah menjadi ahli BOD dan sebahagian daripada penasihat undang-undang syarikat milik datuknya, SECURITY AND SURVEILLANCE HOLDING (SSH). Sebahagian elaunnya dia gunakan untuk membiayai JAMBATAN KASIH.
Aku merasa diriku amat bertuah kerana Allah SWT pertemukan aku dengan dia. Rupanya ada hikmah dalam musibah yang menimpa aku.
Entah kenapa aku nak bawa dia ke Beting Beras Basah. Macam ada kuasa yang menarik aku ke sana dan membawanya sekali.
Rupanya dia hendak dipertemukan dengan saudara-maranya yang selama ini terputus, kerana masing-masing terlalu sibuk mengejar nikmat dunia.
Tetapi, dalam bersoreh itu, yang lebih membuat aku teruja ialah tentang kisah Raja Ahmad Iqram Ataullah yang dibuang ke sebuah pulau di Lautan Hindi Timur.
Menurut cerita Embah Nang, Raja Iqram menyelamatkan seorang perempuan warga Australia bernama Brenda daripada mati lemas ketika kapal mereka karam di lambung ombak. Raja Iqram ketika itu menjadi awak-awak dalam kapal itu. Dia kan banduan. Oleh kerana dia menunjukkan kelakuan baik, dapat kerja itu. Dia berjaya menarik Brenda yang hampir tenggelam, dan mereka berdua hanyut sambil bergayut pada serpihan kapal. Menurut cerita, Brenda beberapa kali terlucut tangannya kerana kebas. Tetapi Raja Iqram tetap memegangnya. Akhirnya mereka diselamatkan kapal askar laut British dan dibawa ke Australia.
YOU ARE READING
RINDU KAMILAH
RomanceBLURB: Puspa Kamilah - peguam. Merindui bekas banduan akhir yang berjaya dilepaskannya daripada tali gantung. Peribadinya seindah namanya, begitu berdedikasi mendidik remaja menghindari dadah dalam sukan. Tetapi diri sendiri menjadi mangsa kartel da...