26: Blackjack

15 1 0
                                    

"Benda tu... benda yang serang aku haritu" Jelas Feo. Kami berenam berpandangan antara satu sama lain. Tiba tiba Kyle bersuara. "Mula mula Feo, lepastu kita berempat. Then Yonji. Means lepasni mungkin dia akan serang Heat pulak." Kyle mamandang Heat dan dia membuat muka -Why Me?- .

"Tak.. aku tak rasa macam tu.." aku memotong. Semua alihkan pandangan kat aku. tetiba rasa debar. Lol ..Macam tengah bercakap kat tapak perhimpunan pulak nak debar .

"Aku rasa mangsa diorang lepasni Jatul"
Jatul terkejut lepas aku mention nama dia. Yang lain pun nampak muka tak percaya bila aku cakap macam tu.

"Kenapa Jatul?"

"Aku agak je la..Rasanya Jatul sebab dia takde apa apa.. I mean.. Dia takde power. Means dia lah yang paling mudah diserang. Diorang takkan serang Kyle , jangan kata serang, dekat pun tak nak. Diorang takkan serang Heat. Dia bukan penakut. Dan aku tak nampak apa apa motif pun untuk dia serang Heat."

"Macam mana kau yakin yang benda tu takkan serang kau?" sampuk Feo

Aku mengeluh "Kau pernah tengok cerita World War Z tak?" Jatul mengangguk. Yang lain pulak muka blur.

"Selagi ada dadah dalam badan watak watak citer tu. Zombie tu tak serang diorang kan?"

"Lagipun korang fikir tak. Benda tu boleh je tarik kita berempat serentak . Tapi tak.. Diorang tak tarik, sebab aku pegang kaki Jatul dan Heat pulak pegang kaki aku. Thats mean aku stay connected dengan korang dua. Diorang tak boleh kacau kita. Tapi Yonji boleh sebab dia tak bersambung dengan aku."

Semua muka nampak deep. Memang betul hujah aku kan? Aku tau. Aku sangat berkaliber dalam menyuarakan pendapat

"Kau main buat je kesimpulan sendiri kan?" Kyle spoil.

"Ish.. mana ada . Aku kaji lah." Aku menjeling Kyle annoying. Tiba tiba Kyle menepuk kedua dua tangannya ke udara dan berteriak.

"OKEY SEKARANG SIAPA NAK SELAMAT PERGI DUDUK DEKAT DEKAT DENGAN FANNY" Dan dengan itu abis semua dok kat keliling aku. Cis .. Cilake kau kyle. Rimas la aku macam ni.

"Tak.. Kau jaga Jatul je" Sampuk Yonji.

"What? Kau setuju dengan hujah dia?"

"Aku rasa dia betul"

"Kenapa?"

"Kyle, apa bahan utama untuk buat Trinoid?"

"Ermm.. selain bahan kimia X..Daun Blackjack?"

"Black Jack? Bukan ke pokok tu dah hampir pupus sebab ditebang oleh puak zane?" Soal Feo

Yonji mengangguk, begitu juga Kyle dan Heat.

"Daun blackjack sebenarnya adalah kelemahan askar puak Zane. Beratus ratus tahun dahulu. Nenek moyang kita gunakan daun ni untuk melindungi keluarga diorang dari askar puak Zane. Walaupun kuasanya tak kuat, tapi diorng still dapat pertahankan keturunan diorang. Zane dapat tau tentang hal ni dan diorang mula melakukan penebangan besar besaran terhadap pokok Blackjack. Akhirnya pokok ni habis dimusnahkan. Tapi diorang tak tau bahawa masih hidup sebuah pokok blackjack di dalam istana Luna. Iaitu pokok yang terakhir."

"Jadi diorang memang tak boleh dekat dengan Fanny sebab ade daun blackjack dalam badan dia?"

Yonji mengangguk

"MARI SEMUA PAKAT MAKAN DAUN BLACKJACK!!" Riuh Kyle lagi.

"Kyle jangan. Walau apapun kita puak Luna tak diberi kesan sebab sistem badan kita tak sama macam manusia. Bila diorang makan sesuatu memang benda tu akan terus masuk ke dalam salur dalah diorang tapi kita tak. Itulah sebabnya diorang masih boleh serang aku walaupun aku dah pernah cuba Trinoid tu"

The Golden WingsWhere stories live. Discover now