"Kau percaya dia boleh buat?" tanya Kyle secara rawak kepada kami semua.
"Tak. Dia sendiri tak yakin dengan diri dia. Macam mana aku nak cakap yang dia boleh buat?" Yonji menjawab pertanyaan Kyle manakala aku dan yang lain masih terdiam.
"Jadi.. kenapa kita biarkan je dia pergi. Kita kene tolong dia!" Feo mula bersuara. Dia menarik tangan Kyle untuk menyertai misi menyelamat dia. Tapi Kyle tak berganjak. Sebaliknya dia merentap semula tangan Feo. "Tak.. tak payah.. "
"Takyah? Tapi kenapa? Dia kan kawan kita?" Feo membuat muka sedih. Yelah.. Sedih kot tak dapat tolong kawan baik.
"Sebab... kalau kita pergi pun. Kita tak boleh buat apa apa. Kita cuma burukkan keadaan je" Kyle bernada kecewa.
Kami semua tertunduk , memang betul apa yang Kyle cakap. Apa yang 5 orang askar boleh buat dengan angin puting beliung? Tikam benda tu bertubi tubi? Haha. Aku rasa memang dah terbang semua kalau macam tu.
"berdoa je lah weh..." kata Jatul sambil duduk semula keatas bangku bersebelahan dengan aku. Member lain juga nampaknya mula pasrah dan reda dengan pemergian Heat. Kyle berjalan kearah kami dan duduk di sebelah Jatul manakala Feo dan Yonji still berdiri.
"Kyle.. Kau dah pastikan takde sesiapa yang tertinggal?" tanya Yonji setelah lama berdiam diri.
"Dah.. Feo pun dah chek sama kan?" Kyle menjawab dan memandang Feo. Feo terus tersedar dari lamunannya dan menjawab persolan Kyle dengan jujur sekali.
"Ha? Entahlah, Feo pergi tandas tadi. You know? Time time macam ni lah perut mula meragam" jawab Feo sambil memegang perutnya.
PEK!! Kyle menampar dahinya pasrah. "Teruk betullah kau ni. Time time macam ni pun kau boleh pergi melepaskan hajat?"
"Hei.. Berak itu adalah suatu aktiviti semula jadi. Normal what? Kita kan tak tau takdir kita" Feo membackup dirinya. Berak pun kira takdir..
"Jatul.. berapa lama lagi?" Tanya Yonji.
"Tak lama.. Dalam lebih kurang 10 minit..." jawab Jatul setelah melihat jam pada tangganya. Setelah membeli jam tangan berjenama swarovski yang tak ori dan dibeli dari Rinnas Beauty, dia lebih teliti terhadap masa., dan jawapan tu membuatkan jantung aku nak meletup bagai bom atom sebab terpam darah terlalu laju. Lagi dasyat dari tengok MV comeback BTS untuk kali pertama.
"Feo.. Pergi chek untuk kali terakhir. Sebelum habis 10 minit, datang sini balik . Faham?" Arah Yonji.
Feo membuka mulutnya untuk menjawab tetapi aku memotong
"Biar aku pergi.."
Semua memandang aku dengan muka tak percaya. "Kau dah giler ke?" kata Jatul spontan.
"Tah.. Benda tu belum sampai lagi, kau dah kene heart attack bagai nak mati. Ni lagikan kau nak hadap benda tu depan mata" Kata Kyle pula
"Biar lah aku pergi, sebab...dari tadi aku tak tolong apa apa pun. Aku rasa macam tak berguna je ada kat sini.."
"Tapi Kak Fanny.. Kalau akak pengsan tengah jalan sebab kene heart attack macam mana? Kitorang semua tak tau" Feo memandang aku muka risau.
"Takpe.. Kalau pengsan, then kene bawak dengan angin pun, Akak bukan mati pun kan? Korang cari je lah akak kat mana mana. Atas pokok ke, bawah timbunan bangunan ke" Aku mengenyit mata pada Feo. Cewah.. Nak usha adik orang pulak aku ni ye?
"Baiklah, kalau macam tu.. Kyle. Bawak Fanny keluar, jaga pintu tu. Get ready untuk tutup pintu tu bila angin tu datang" arah Yonji, dan Kyle terus menabik ala ala Nick Wilde dalam cerita Zootopia time dia dapat lencana polis.

YOU ARE READING
The Golden Wings
RandomWARNING: CERITA NI MENGANDUNGI KATA KATA KESAT, LUCAH , THE GAYNES TAK BOLEH BAWAK BINCANG. AND MOSTLY REALLY STUPID IN THE WORLD. Mengisahkan pertemuan Fanny dengan Kyle Withingale dan Adik lelakinya Feo Withingale yang sebenarnya bukan dari alam...