28: WAR

18 1 0
                                    

Kyle POV

Setelah penat sejam menunggu, muncul sebuah portal di bumbung atas kepala aku. Asal bumbung? Heat dah mula cuak, belum sempat kitorang lari, Fanny jatuh atas kitorng.

Kebumnm

"Aduh...." rungut Fanny.

"FANNY TEPI!! KAU BERAT!!" Aku menolak Fanny ketepi. Aku dah agak mesti dia on kan portal tu masa dia tengah terjun.

Sebaik mendengar kekecohan yang datang dari kitorang. Yonji terus datang .

"Kau dapat tak?" Tanya Yonji.

"Dapat" kata Fanny sambil bangun. Yonji menghulurkan Fanny sehelai kertas. Satu demi satu perkataan dia tulis dalam bahasa Zane. Budak ni faham ke tak? Ke dia main hafal je? Setelah siap kesemua kandungan kertas itu, Yonji membacanya. Dia tersenyum. "Tahniah Fanny, kau jumpa kertas yang betul" Lalu Yonji terus pergi ke arah Jatul.

Fanny POV

"Jadi.. Sebelum kau balik tu, kau bakar tak kertas tu?" Tanya Kyle . Aku berfikir sejenak

"Bakar? Perlu ke?" Aku membuat muka blur. Kyle terkejut

"FANNY!! KAU TAK BAKAR?? KAU BIAR JE KERTAS TU???"

"Tak, aku campak" jawab aku selamber.

"KAU CAMPAK JE????" Bila Kyle cakap macam tu, semua tersentak.Kyle mengeluarkan senjatanya, begitu juga Heat dan Feo. Apa dah jadi ni?

"Ke ... kenapa? Salah ke?"

"FANNY KAU DAH LUPA KE???? Kan dia cakap jangan tinggalkan kertas tu!!!!"

Aku meng-oh kan sahaja. "Kalau tinggalkan pun kenapa?"

"Dia pun ade cakap Perjalanan yang baik akan memberi kebaikan dan sebaliknya. Perjalanan yang baik tu means kalau kau tepati semua arahan tu, mesti takkan jadi masalah. Sekarang kau dah langgar satu dari peraturan dia. Perjalanan kau dah dikira perjalanan yang tak baik"

"Ohh.. perjalanan jahat la?"

"BODOH LA KAU!!"

"Tapi kalau tinggal pun kenapa?"

"Masalahnya, bila kau dah ambik kertas tu, dan kau tak musnahkan kertas tu. Dia dah jadi bukti. Bukti yang kita dah ceroboh negeri diorang. Lagi lagi bila bau kau boleh melekat kat kertas tu"

"Badan aku tak berbau lah"

"Bukan bau.. ISHHhh!! SAKIT HATI LAH CAKAP DENGAN KAU" Kyle stress..

Lalu mereka bertiga terus keluar dari istana.. Aku hanya mengekori mereka. Aku buat salah ke?

Setelah lama kami berlari, akhirnya kami tiba di hadapan pintu gerbang negeri yang berwarna perak dan diperbuat dari konkrit yang kukuh tu . Tingginya yang lebih kurang bangunan 5 tingkat aku perhatikan. confirm berat pintu ni. Ya Allah.. macam manalah Saidina Ali jadikan pintu istana sebagai perisai perang dia..

Tiba tiba Kyle melompat ke atas puncak pintu gerbang tersebut dan bergayut pada rantai besi yang menyambungkan pintu itu dengan tembok di sebelahnya yang mengelilingi kota ni. Aku memandang Kyle.

"Wow.. Kyle terbang" Puji aku. Feo memandang aku . "Akak pun boleh kan? Ingat?"

Then aku teringat. haah la.. kan aku pernah lompat trus ke tingkat 3 time aku belasah diorang sebab panggil aku tak betul haritu.

Seketika kemudian, Kyle terjun dari atas sana terus ke bawah. Ceh.. mendarat dengan bergaya kononnya. "Diorang on the way datang sini..." kata Kyle. bola matanya bukan lagi berwarna biru tetapi warna emas. "Kyle.. kenapa warna mata kau dah jadi emas?"

The Golden WingsWhere stories live. Discover now