29:Whitering

8 1 0
                                        

Kami berempat cuma mampu tertunduk, tunduk sebab takut akan serangan dari pasukan The shadows. Dengan mengenakan kemeja berwarma putih dan skirt berwarna hitam. Sejak bila dia pakai skirt? Yonji berjalan di hadapan kitorang sambil mengheret sebuah pedang yang cukup besar dan tajam. Cahaya berwarna emas muncul di setiap jejak tapak kaki nya. Bunga bunga yang layu akibat letupan tadi menjadi subur semula. Rumput rumput hijau juga tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan . Ia memenuhi tanah yang kering kontang itu menjadikannya lebih indah untuk dipandang.

Pada jejak terakhirnya, dia mencacakkan pedangnya yang besar lagi berat itu ke tanah menyebabkan sebuah lingkaran cahaya muncul . semakin lama semakin luas. Cahaya berwarna emas itu cukup silau, membuatkan kitorang terpaksa menutup mata menggunakan lengan masing masing(kecuali Kyle, aku tak tau ape kejadah dia tolong tutupkan mata Feo macam mak bapak tutup mata anak bila kiss scene muncul di kaca TV)
lingkaran itu semakin melebar sehingga memuatkan habis satu kota di dalamnya. Tiba tiba satu tenaga yang kuat muncul dari lingkaran tersebut. Shit!! Tahap kekuatannya seolah olah graviti bertambah 5 kali ganda. Badan terasa berat. Aku cuba bertahan dengan melutut. Bayang bayang yang memenuhi langit mula lesap seolah olah terbakar. Aku melihat kearah 'budak kecik' tadi. Sepatutnya dia lesap sekali tetapi entah kenapa dia masih disitu, berdiri. solah olah menahan rasa sakit yang sama dengan kitorang. Dia meraung kesakitan . Macam bunyi anak kucing yang dikurung meminta kebebasan. Aku terus bangun dan memeluknya. Tak sampai hati bila dah termention perkataan kucing ni.

Aku memandang kearah Kyle, dia dan Feo dah pun rebah ke tanah. Begitu juga Heat. Nampaknya aku pun dah sampai ke hujung limit aku. Dengan sekali pandang kearah Yonji, aku menutup mata dan jatuh ke tanah.

_____________

"PENIS!! BANGUN!!!" Aku membuka mata dan mendapati aku berada atas sebuah katil. "HAH!!AKU KAT MANA?" aku terus menukar kepada posisi duduk.

"Rilex.. kau kat atas katil, dalam bilik , dalam istana" Jelas Kyle.

"Berapa lama aku pengsan?" tanya aku

"Aku tak rasa yang kau pengsan Fanny.." Sampuk Heat.

"Jatul dah menangis kat luar, dia ingat kau dah mati" sambungnya lagi

"Pahal pulak aku mati?"

"Mananya tak? Dua hari kau tak bergerak dari katil. Semua yang lain pengsan 2-3 jam je. Seram kitorang tau tak?" Kyle menyekeh kepala aku.

"Nah ambik baju ni! Pergi mandi. Dua hari kau tak mandi!!" Kyle menyampakkan aku sepasang baju berwarna hijau dan sehelai tuala.

"Ade warna lain tak? Hijau menampakkan aku lagi gelap" rungut aku.

Kyle mengeluh , dia berjalan kearah almari dan mencampakkan aku baju berwarna pink. "Puas hati kau?"

"Yes...." Aku tersenyum sambil mengambil tuala lalu berjalan ke dalam bilik air.

_____________

Dinner pada hari itu senyap. Semua tak keluarkan suara, Yonji khusyuk makan. Jatul makan sambil main henfone bawah meja. Feo dan Kyle makan sambil sepak sepak kaki masing masing. Maklumla duduk bertentangan. Kyle dah smpai masuk bawah meja bila Feo makin berundur ke belakang. Yang Heat tak berhenti pandang pandang aku. Aku nak makan pun tak tenang.

Selepas makan...

Yonji lalu di tepi meja makan dan kemudian dia terkejut. "FEO!!!" Dia memanggil Feo. Kyle yang sedang sibuk makan meggi kari olahan Jatul terus memandang Yonji.

Tak lama kemudian Feo pun sampai. "Fuh.. Ye saya? kenapa? ada apa apa saya boleh bantu" Feo tercungap cungap, dari tingkat atas dia berlari turun ke bawah. Dia ni kalau panggil skali je memang Zuff!! confirm sampai.

The Golden WingsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang