25: Weird

47 4 0
                                    

"Bangun Bangun, kita dah sampai" Aku terdengar Kyle memanggil perlahan. Aku mengerakkan badan aku dari tidur. Tiba tiba perasaan sakit meluru masuk ke seluruh badan aku. Aku terus bangun. "ADUH!!" Aku meraung sakit pinggang.

"Tulah.. Tidur kat bawah buat apa?" Suara Kyle menyedarkn aku yang aku tengah tidur kat tempat kaki kat seat belakang. Aku terjatuh dari kusyen rupanya. Darah pun dah turun kat kepala sebab tak berbantal. Tak lena betul tidur.

Tak lena pun tidur 12 jam jugak..

Jatul mula bergerak.. Dia mengeliat sebelum membuka mata. Time dia mengeliat tu, tangan dia tertumbuk muka aku .. Maklum la dia duk atas, aku dok bawah. Dah macam katil dua tingkat...

Bila dia perasan yang dia tertumbuk aku, dia terus bukak mata dan buat buat macm takde apa yng berlaku. Aku la kan...

"Korang buat apa lagi dalam tu, cpat la keluar. aku nak kunci kereta ni" Kyle mengetuk ngetuk tingkap kat sebelah kitorang. Aku memandang Kyle. Mata dia bereye bag. Hari dah terang, cahaya matahari masuk menembusi tingkap terus ke mata aku. Silau.. Berapa lama Jem tadi? takkan pagi ni baru sampai kot?

Jap.. Pagi??

WEH SEKOLAH!!!

Cepat cepat aku keluar dan menolak Kyle kebelakang

"Kau pahal?" Dia menyergah aku

"PAGI NI SEKOLAH LAH!!" Aku menengking balik. Time skolah aku taknak pergi, time tak pergi aku nk pergi. Apahal?

"Tau lah!! kita ponteng!" Kyle menyergah balik

"DAH LA HARINI ISNIN .. NANTI TERLEPAS BANYAN BENDA LA!"

"Biar lah.. Sekolah kan 10 jam .. lama tu.. memang banyak la kita terlepas" Kyle menyergah dengan sirius.

Aku, Jatul dan Feo tengok dia dengan muka -Seriusly?-

"Bukan patutnya aku ke yang cakap macam tu ?" aku bersuara. Kyle tersipu sipu...

"Lol.. salah ambik hujah" Kata Feo sambil berjalan jauh dari kitorang.

Aku melihat sekeliling, sebuah taman perumahan yang agak fancy. Tak la fancy sampai ade kolam renang sorang satu. Cuma rumah banglo yang besar dan kawasan permahan yang kemas. Yonji tinggal sini?

Aku menoleh kebelakang. Kyle dah nampak penat sangat sampai sambil sambil tunggu yonji bukak pintu, boleh tertidur berdiri sambil bersandarkan kepala kat tiang rumah lagi.Kalau tolak ketepi tu konfirm tumbang tu. Aku nak try lah..

Cakap tumbang teringat Nat tumbang.. Bengkak kaki...

Aku bergerak ke arah Kyle dan berniat untuk meneruskan rancangan aku. Belum sempat aku dekat dengan Kyle, Feo dah tolak Kyle ketepi dulu menyebabkan Kyle hampir terjatuh, nasib baik dia sempat sedar.. Nampaknya Feo mempunyai fikiran yang sama dengan aku.

"Weh. Aku baru nak buat macam tu" Aku merungut..

"Hahah!! Geng Geng!!" Feo ketawa .. Kitorang berpas tangan dari -jauh tak bersentuhan- dan membuat bunyi 'Pop' guna mulut kitorang.

"Kurang ajar korang dua kan?" Kyle memandang kitorang dengan mata zombie dia. Aku berniat untuk bertanya kepada Kyle

"Weh.. Berapa lama jem semalam?"

"Haah" Apakah?

"WEH!! KAU TAK MENJAWAB SOALAN AKU!!" Aku, Jatul dan Feo tergelak.. Kyle pun nampaknya baru perasan yang dia tak menjawab soalan .Dia tergelak kecil. Aku tanya berapa lama Jem semalam dia gi jawab haah tetiba.

"Kau tanya apa tadi?" Kyle tanya balik sambil memeluk tiang.

"Berapa lama jem semalam?"

"Tengoklah, dari kol 10 setengah sampai subuh tadi"

The Golden WingsWhere stories live. Discover now