"Okey.. bole kita sambung?" Yonji menyapa sebaik kami bertiga duduk. Dan dalam masa yang sama, food kitorang pun tiba. Aku just tengok diorang letak makanan ni atas meja. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pun order makanan nama pelik pelik ni. Pernah pun sekali je. Aku ingat lagi nama dia 'Set Chicken Tokoyaki' Cewah ,nama bapak exclusive. Sampai sampai nasi putih lauk ayam masak kicap dengan sepotong nenas , beberapa potong tembikai dan acar kubis. Apakah semua ni? Baik aku gi kenduri kalau takat nak makan benda ni.
Dan jangkaan aku memang betul bila yang sampai kat depan aku bukanlah makanan bertaraf 5 star tapi hanyalah nasi minyak dengan ayam masak merah. Dan ape yang aku tengok, harga sepinggan benda ni saje dah nak dekat Rm 70. Ade free gift yang tak seberapa iaitu secawan air teh ais yang kalau aku beli kat kantin sekolah rendah hanya 20 sen secawan.
Aku memandang Kyle dan Feo. Feo pandang aku balik manakala Kyle sibuk dengan telefon dia walaupun tengah pegang sudu.
Kami berempat pun makan dengan ditemani lagu Sorry by Justin Bieber kat speaker.
Lepas siap makan, aku pandang Kyle. Dengan sudu yang tengah nak masuk dalam mulut pun masih boleh swipe Phone lagi. Gile siber btul la budak ni.
Yonji pula dan mintak excuse nak ke tandas. Dan time ni lah aku terfikir sesuatu. Aku mencuit lengan Feo.
"Weh.. Yonji masuk tandas laki ke perempuan?"
"Mestilah tandas lelaki"
"Kalau dia tengah pakai baju perempuan?"
"Tandas perempuan la.. "
"Ohh... Dia pernah ade masalah tak nak pergi tandas?"
"Hmm...pernah skali aritu, dia time tu tengah pakai bju lelaki. Skali nak masuk, dia tengok tandas lelaki takde pintu. 'Ah sudah..' dia cakap. Lepastu dengan muka tak tau malu, dia serbu je masuk tandas perempuan."
"Ape masalahnya kalau takde pintu?"
Feo mengeluh dan pandang mata aku. Lama sikit aku loading baru aku ingat. Dia kan ade dua jalan. Mana la dia tau yang dia akan kencing ikut mana kan? So dia takleh kencing berdiri. Kang kalau berdiri , sekali.. meleleh... HAHAHAHA!!
"Oh ok ok. aku faham" Aku kembali ke posisi duduk aku yang asal.
____________________
"Okey.. kita sambung.. Ramai yang mati kan? Jadi sekarang ni kami datang sini sebab kami dapat tau yang salah seorang askar dari puak Zane dah menyamar jadi..."
"What?Tadi luna sekarng Zayn . Lepasni ape? Gigi?" Aku menyampuk.
"Asal gigi pulak?" Kyle menjongketkan keningnya kat aku.
"Dah tadi Zayn" Kata aku. Kan Zayn couple dengan Gigi.
"Bukan Zayn, Z.A.N.E" Feo menerangkan kat aku. Siap tulis lagi perkataan Zane guna jari.
"OK.. Zane ni puak ape pulak? Korang ni berpuak puak?"
"Mestilah. Setiap tempat mesti berpuak"
"Puak Zane ni musuh utama kitorang.. Diorang mempunyai banyak kelebihan dan antaranya ialah menyamar menjadi bentuk makhluk lain. Kita mesti sentiasa berhati hati. Kita tak tau maybe ade yang sedang perhatikan kita"
"Maksudnya.. puak zane bukan macam manusia?"
"Yes . Thats right.. Rupa diorang memang macam manusia. Tapi ability diorang lebih dari manusia . Berbeza macam kita. Oleh sebab tu la Kyle cipta Trinoid untuk cari cara untuk lawan puak diorang" Yonji bercerita dengan bersungguh sungguh sekali. Memang susah aku nak faham . Oleh sebab itu, aku pun ambik sekeping tisu dan keluarkan pen dari dalam beg tangan aku. Diorang bertiga cuma perhatikan pergerakan aku .

YOU ARE READING
The Golden Wings
RandomWARNING: CERITA NI MENGANDUNGI KATA KATA KESAT, LUCAH , THE GAYNES TAK BOLEH BAWAK BINCANG. AND MOSTLY REALLY STUPID IN THE WORLD. Mengisahkan pertemuan Fanny dengan Kyle Withingale dan Adik lelakinya Feo Withingale yang sebenarnya bukan dari alam...