Aku terkejut sangat sangat . Sebab adalah sangat mustahil untuk manusia terjun dari tingkat 4 dan jatuh tanpa sebarang luka.
Lepas Kyle terjun ,dia terus berlari keluar dari bangunan sekolah.
Dengan segera aku keluarkan telefon aku dan telefon Kyle.
Kyle POV
Aku beru lepas ambik buku kimia aku kat dalam kelas. Sekarang aku tengah berjalan keluar ke pintu pagar sekolah. Tiba tiba telefon aku berlagu Run.
dasi Run Run Run nan meomchul suga eobseotto Run Ru
Belum sempat part Jungkook habis, aku dah angkat Call tanpa tengok siapa yang call.
"Hello?" Aku menyapa dengan sopan
"Kyle?" Suara Fanny berbunyi dari telefon aku.
Yes.. baru ingat nak call dia, dia dah call dulu.. jimat kredit..
"Fanny? Kau kat mana ni? Aku nak ajak kau buat kerja kimia sama sama kat rumah aku. Boleh jumpa adik aku"
"Kau mesti tak percaya.. apa yang aku nampak tadi" Suara Fanny terketar ketar.. Bunyi macam nak nangis pun ada
"Apa yang kau nampak?" Aku tanya dia sambil pergi kearah motor aku. Tiba tiba aku ternampak motor Fanny berparking tepi motor aku..
'Alamak!! Jangan jangan dia nampak..'
Aku terus jadi panik. Aku terus matikan telefon dan berlari semula naik ke tangga untuk mencari Fanny.
Fanny POV
Aku takut.. Sebenarnya siapa Kyle ni? Semalam dia kalahkan 40 orang lelaki dalam masa tak sampai 20 minit dan menang dalam keadaan sihat walafiat. Harini? Dia terjun dari tingkat 4 dah jatuh tanpa cerdera sikit pon.. Kyle ni sebenarnya wujud atau hanya imaginasi aku je? Mustahil ada manusia yang boleh buat macam tu lagi lagi budak yang baru berumur 17 tahun.
Aku mula rasa macam selama ni aku berkawan dengan makhluk akhir zaman iaitu .......... Tapi kalau lah dia, kenapa dia suruh aku solat asar semalam?
Otak aku pun tak dapat nk fikir apa apa dah, aku cuma mampu menangis kat tangga ni. Kenapa aku nangis? sebab aku rasa yang suatu hari nanti Kyle akan bawak bala yang besar kat aku. Mungkin dia udang si seblik batu. Mungkin dia sebenarnya Alien yang cuba ambil alih bumi, Mungkin dia sebenarnya agent yang ditugas kan untuk bunuh seseorang kat sekolah ni. Dan suatu hari nanti, aku akan jadi penyebab bala tu berlaku.
Adakah aku dah salah pilih kawan? Patut ke aku putus kawan dengan Kyle? Tapi aku nak berkawan dengan dia.. Tiba tiba aku jadi pening.. Kepala aku sakit, nafas aku tiba tiba jadi sesak, dan sebelum aku pengsan, perkara yang terakhir yang aku rasa adalah, Aku jatuh atas tangan Kyle.
Malam itu...
Bila aku bukak mata, aku nampak siling rumah aku. Macam mana aku boleh ada kat sini? Aku cepat cepat bagun, Badan rasa kebas, kepala aku sakit. Tiba tiba aku teringat peristiwa tadi..
Apa yang aku ingat, aku nampak Kyle datang dan sambut aku sebelum aku jatuh dari tangga. Nasib baik dia datang, kalau tak dah arwah aku gamaknya..
Walaupun badan aku rasa lain, aku bangun dan keluar dari bilik. Aku tengok jam dah pukul 9:10 malam. Omg..Aku terlepas maghrib.. Aku cepat cepat pergi bilik air ambik wudu'. Lepas solat, aku jumpa mama aku kat dapur. Aku tanya dia macam mana aku boleh ada kat rumah.
"Mama... Macam mana kakak boleh ada kat rumah? bukan tadi kakak pengsan kat sekolah ke?"
"Memang la, tapi kawan kamu yang rambut merah tu telefon abah suruh ambik kamu kat sekolah."
"Oh.. A.. Habis tu? Motor kakak? krik krik kat sekolah? "
"Tak.. Ada kat luar tu, dia bawakkan motor kamu"
"Dah? canne dia balik?"
"Adik dia ambik"
"Ohhh.. adik dia dah sampai"
"Baik betul kawan kamu tu eh?"
'Baik tapi menakutkan, mama tak tau lagi benda yang aku nampak kat sekolah tadi'
"Fanny?"
"Ah ye.. dia baik"
"Mmm ... ntah ntah boyfren kot"
"Ehh.. tak de lah.. Kakak mana ada BOYFRIEND" nah aku pekatkan sikit bunyi boyfriend tu.
Keadaan jadi sunyi sekejap. Then, aku menguap. Ai? dah tidur lama pun ngantuk lagi?
"Kalau kakak penat, tidur la dulu. Esok pakai uniform kan? Biar mama gosokkan baju"
"Okey, terima kasih mama" Aku cium pipi mama aku sebelum masuk ke bilik.
Time Otw nak masuk bilik. Aku terselisih dengan adik aku. Muka dia nampak tak puas hati , jealous la tuh.. mama gosokkan baju aku. Aku pun jelir lidah kat dia.. Blekk... Budak tak cukup kasih sayang..
Aku sangat disayangi oleh mama dengan abah.. Semua yang aku mintak , semua dapat. Maklumlah.. Aku ni kan anak emas.. Sepanjang tahun dapat anugerah pelajar terbaik. Tak pernah miss satu tahun. Adik aku pulak tak berapa emas. Dia cuma bagus dalam sukan je. Akademik down.. Aritu pernah kene marah dengan abah sebab lebihkan sukan dari akademik. Aku walaupun teruk dalam sukan tapi aku pandai cari kelebihan sendiri.. Aku masuk perkhemahan, Debat, public speaking dan lain lain. Shahiba pun aku masuk. Asal dpat sijil dah la. Hei. Shahiba tu aku dapat pergi kebangsaan tau.. Huhu..Tulah budak tu. Aku suruh belajar seni taknak. Nnti form 4 senang nak ambik aliran..
Dye baru Form 2 tapi masa depan kene la rancang dulu. Macam aku.. dah tau pelajar target, aku malas nak bersukan.. menjejaskan pelajaran.
Aku baring atas katil , aku nanpak Nara a.k.a Kakak aku . Dia ni lepasan SPM. So sekarang dia kerja dengan Makcik kat bandar. Kekadang je dia balik. Kalau rindu kat mama. Ha.. sekarang ni dia tengah rindu la tu. tu pasal dia boleh ada kat sini.
Nara ni pandai.. Juga anak emas mama. Sebab apa? Sebab dia pandai cari kemahiran. Dia ambik kelas sastera tapi tahun lepas mengikut keputusan percubaan SPM , dia masuk Top 25 pelajar sastera terbaik Selangor oh.. Dasyat budak ni.
Dalam banyak banyak kawan dia, dialah yang paling best sebab yang lain kerja sambilan gaji atas 600 tapi kurang dri 1500 je. Dia ni sebab muka lawa.. Memang ramai datang kedai pasal nak usha dia. Sehari sampai 3000 dia boleh kumpul. Kalah pekerja lama makcik. Oleh itu dia boleh dapat gaji lebih dari 3500 sebulan. Ni dah masuk 3 bulan dia kerja.Tak tau la berapa banyak duit dia dalam bank tu. Konon dah cukup nak pergi umrah. Tahniah lah ye.
Aku pandang siling lama lama. Telefon aku baru nak bukak tapi aku letak blik sebab ngantuk sangat. Baru ingat nak main Hayday. Kesian ayam dengan kambing dah 3 hari tak bagi makan. yang lain nak mintak kutip susu je lagi.
Tapi aku tetap rasa game ni sakai sebab bila lembu atau kambing tu tetek penuh dengan susu. Kembung sampai tak boleh jalan. macam bengkak. Pfft . Dah la tu, bila ambik susu lembu tu, lembu pulak buat muka stim je. Aduhh...
Aku sambil berangan angan main game tiba tiba suis otak aku tertutup. Dah aku pun terbang ke dunia fantasi..

ANDA SEDANG MEMBACA
The Golden Wings
RastgeleWARNING: CERITA NI MENGANDUNGI KATA KATA KESAT, LUCAH , THE GAYNES TAK BOLEH BAWAK BINCANG. AND MOSTLY REALLY STUPID IN THE WORLD. Mengisahkan pertemuan Fanny dengan Kyle Withingale dan Adik lelakinya Feo Withingale yang sebenarnya bukan dari alam...