Episode 13

3K 188 14
                                    

Nampaknya malam ni , rumah Hae Yoon menjadi sasaran semua polis dan mereka bersiap untuk menangkap target mereka .

Telefon Jungkook berdering selepas dia selesai mandi .

" helo Hae Yoon , kenapa ? Nak ajak keluar ke ? " kata Jungkook yang sudah masak dengan perangai Hae Yoon . Dia kalau telefon , nak keluar atau saja je nak lepaskan rindu uwu .

" ta-tak tapi , boleh tak tolong datang sini . Saja nak jumpa " kata Hae Yoon .

" heh , kenapa ni Hae Yoon ? Ok tak ? Suara macam serak semacam je ni " kata Jungkook .

" datang jelah . Saya nak jumpa . Bye , jumpa pukul 8.30 " kata Hae Yoon lalu mematikan telefon bimbitnya .

Jungkook yang berasa pelik dengan perangai Hae Yoon mula curiga . Terus dia bersiap lalu pergi ke rumah Hae Yoon untuk berjumpanya .

--
Tepat pukul 8.30 , Jungkook dengan keretanya tiba di kawasan rumah Hae Yoon . Sejurus keluar dari kereta , nampak kelibat Hae Yoon yang berdiri berseorangan di kawasan gelap .

Jungkook menghampiri Hae Yoon dengan perasaan risau bercampur curiga .

" kau kenapa duduk luar ni ? Nenek kau mana ? Kenapa tak masuk dalam ? " kata Jungkook .

Hae Yoon yang dari tadi cuba untuk menahan sebak tida terdaya lagi . Tiba-tiba Hae Yoon mula mengeluarkan air mata .

" eh kau kenapa ? Cakaplah dengan aku , aku kan ada dekat sini " kata Jungkook .

" aku mintak maaf , aku terpaksa buat benda ni , " kata Hae Yoon lalu mengundurkan diri dari Jungkook .

Jungkook cuba untuk menghampiri Hae Yoon tetapi terhenti dengan satu suara .

" JANGAN BERGERAK ! JEON JUNGKOOK , KAMU TELAH DIKEPUNG . JAUHKAN DIRI DARI HAE YOON DAN ANGKAT TANGAN ! " kata salah seorang polis menggunakan pembesar suara .

Jungkook mula sedar bahawa ni semua adalah helah .

Jungkook hanya memandang tepat kearah Hae Yoon yang mula serba salah . Dia sendiri nampak Hae Yoon sedang memeluk ibunya , Puan Lee . Nampaknya janji Il Sang Woo untuk melepaskan Puan Lee telah ditunaikan .

Lee Su Won mula pergi ke arah Jungkook dan menggarinya .

" kau kalah Jungkook . " kata Lee Su Won .

Mereka semua balik dengan hasil yang mereka mahu iaitu Jungkook . Akhirnya , dia telah ditumpaskan .

Dengan begitu senang .
---
Malam tersebut adalah hari pertama Jungkook duduk di dalam penjara seumur hidupnya .

Dia mula disoal siasat oleh Lee Su Won dan Park Tae Hwan .

" dah berapa banyak perempuan yang kau dah jual ah ?! " tanya Lee Su Won .

Jungkook kekal senyap tidak mahu menjawab soalan oleh Lee Su Won .

" jawab lah tak guna ! Asal kau diam ?! Dekat luar sana bukan main tegak berdiri lagi kau kan , tapi dah masuk dalam , pahal mulut takde ?! " kata Park Tae Hwan .

" apa kau dah buat kat luar ah? " kata Jungkook .

Jungkook memandang Park Tae Hwan yang mula menggelabah . Hanya renungan nya boleh membuatkan sesiapa gerun dengan sekali pandang .

" asal kau pandang aku macam tu ? Aku tak jual perempuan atau dadah pun ! " kata Park Tae Hwan .

Il Sang Woo masuk ke dalam sel penjara tersebut .

" woi budak , keluar . Aku nak cakap dengan dia " kata Il Sang Woo .

Park Tae Hwan dan Lee Su Won keluar dari sel penjara tersebut dan bagi peluang kepada Il Sang Woo untuk selesaikan Jungkook sendiri .

BTD ( Breath To Death )Where stories live. Discover now