Episode 18

2.8K 189 37
                                        

Selepas isu perbicaraan Jungkook telah ditangguhkan oleh pihak mahkamah , semua anggota polis telah dikerahkan bagi membantu siasatan .

" tuan , macam mana ni ? Jungkook dah terlepas , habis kita kalau rahsia kita bocor " kata Oh Tae Min.

" Dia ingat dia sorang je pandai ? Takpe , kita ada line besar . Aku nak jumpa Il Sang Woo sekarang ! " kata Park Tae Hwan .

---
Suasana di markas Jungkook riuh dengan sorakan untuk ketua mereka iaitu Kim Hyun Po yang baru sahaja balik akibat daripada coronavirus yang melanda negara Jepun .

" dah dah , sekarang aku nak korang lebih fokus kepada hal Jungkook . Aku nak semua orang tolong sama-sama selesaikan masalah ni . Apa yang kena bunuh , bunuh je terus " kata Kim Hyun Po .

" bos , Jungkook macam tak sihat . Kenapa dengan dia ? "

Kim Hyun Po mula memandang wajah anak saudaranya yang duduk di sudut tepi tingkap .

Nampaknya Jungkook bukan merenung masalah yang akan dihadapinya tetapi dia merindui sesuatu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nampaknya Jungkook bukan merenung masalah yang akan dihadapinya tetapi dia merindui sesuatu .

Kim Hyun Po mula menerpa ke arah Jungkook lalu menyapanya .

" kau okey ? Aku tak pernah nampak kau macam ni lepas kau jumpa dia " kata Kim Hyun Po .

Kim Hyun Po membuka langkahnya dan duduk di kerusi hadapan Jungkook lalu cuba untuk pecahkan suasana sepi antara mereka berdua .

" kau high ke ? Kau amik barang tu ke semalam ? Muka kau nampak penat " kata Kim Hyun Po .

" a-aku dah stop amik benda tu sebab apa yang aku hadap ni lagi terseksa " kata Jungkook .

Jungkook mula membetulkan kedudukannya lalu mula menatap mata Kim Hyun Po .

" ak-aku nak jumpa dia . Tolong aku , boleh ? " kata Jungkook .

" kau tahu kan benda ni nanti pun akan bagi kesan buruk jugak dekat dia . Aku takut polis nanti serbu rumah dia lepastu kalau dia kena tangkap atas kesalahan kau ? Satu hal lagi " kata Kim Hyun Po .

Kim Hyun Po mula rasa serba salah terhadap anak saudaranya itu . Tanpa berfikir panjang , terus Kim Hyun Po memberikan Jungkook satu peluang .

" haih , macam ni lah . Malam ni , aku akan suruh budak kita amik Hae Yoon . Kau tahu kan , lambat laun polis akan tetap jugak sampai rumah dia jadi aku suruh diorang tinggal dengan kita " kata Kim Hyun Po .

" ta-tapi kan , ada mak dia . Takkan dia tak ingat apa yang kita dah buat dekat dia ? " kata Jungkook .

" kau nak jumpa Hae Yoon kan , tumpu kepada benda tu jelah . Lepas tu , suka hati kau lah nak buat ape dekat kekasih hati kau tu . Dan , lepas kau dah luahkan nafsu kau , kita terus kepada misi kita . Kau tahu kan datuk bandar tu boleh buat apa je " kata Kim Hyun Po .

" okey , terima kasih pak-pakcik " kata Jungkook sambil tundukkan kepalanya .

Kim Hyun Po mula ketawa kecil selepas gelaran yang Jungkook panggil untuk dirinya .

BTD ( Breath To Death )Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang