Episode 8

4.6K 261 45
                                    

Semalam jadi baik , namun hati Jungkook masih lagi keras seperti batu . Semalam Jungkook hanya ditopengkan dengan perwatakan yang baik .

Hari ini , Jungkook yang ganas kembali semula memulakan kerjanya seperti biasa .

" setan ! Kau banyak menyusahkan aku ! Tak guna punya budak ! " kata Jungkook .

Suasana dingin semakin kuat apabila konconya melihat sendiri Jungkook memukul mangsa budak sekolahnya dengan menggunakan pisau tajam.

" Balasan kau sebab kencing aku hidup - hidup ! Siapa suruh kau bocorkan benda ni dekat anjing luar sana ! " kata Jungkook .

Jungkook mengeluh kepenatan membelasah budak bawah umur tersebut .

" bos , macam mana dia ni ? Takkan nak biar dia mati katak kat sini ? Dia macam dah nyawa ikan dah ni "

" tak payah , anjing ni nak sangat polis kat luar sana tahu kan , kita bagi dia tahu " kata Jungkook .

" ap-apa maksud bos ? Takkan bos nak polis kat luar sana tahu pasal operasi kita ? "

" dia memang dah tahu , saja nak bagi bahan bukti dekat diorang supaya berhenti kacau urusan aku " kata Jungkook .

Jungkook memandang wajah budak lelaki tersebut dengan sekilas .

" hantar budak ni dekat balai polis Busan . Biar diorang uruskan . Esok kita dapat berita baru . Aku akan buat setiap polis mencari macam anjing kurap " kata Jungkook .

---
" weh , hahahah betul ke pelakon tu bunuh diri ? Sebab laki je , haduhh . Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni " kata seorang pegawai polis yang sedang bertugas di Ibu Pejabat Balai Polis Busan .

" aku rasa ni semua pengaruh tiktok . Diorang yang mula rosakkan anak muda zaman sekarang ni kau tahu tak " kata Il Sang Woo yang memikul jawatan sebagai ketua polis di Busan .

Dum !

Bunyi hentakan dari luar menyebabkan mereka keluar dari pejabat mereka dan terus mencari bunyi tersebut .

Seorang budak lelaki yang masih lengkap berbaju uniform sedang terbaring longlai di luar dengan badannya penuh darah serta lebam .

" siapa hantar kau woi ?! Kau kenapa ni ? " tanya Il Sang Woo .

" tuan , saya rasa dia patut bawak pergi hospital . Dia ni dah macam mati kering dah saya tengok " kata Lee Su Won iaitu kawan karibnya .

" kau orang bawak dia pergi dulu , nanti aku sampai " kata Il Sang Wo .

Selepas 20 minit , Ambulans telah pun sampai dan terus membawa budak lelaki tersebut .

" tch , petunjuk dah sampai . Aku boleh beraksi sekarang " bisik  Il Sang Woo .

---
Esoknya ,
Seorang budak lelaki warga Busan telah ditemui di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Busan dengan keadaan badan berlumuran darah selepas ditikam berulang kali di bahagian abdomennya . Pihak polis masih lagi dalam siasatan . Kes ini dislifikasikan sebagai kes mengejut .

" benda ni dah berulang banyak kali kan , tapi kita masih lagi tak dapat cam siapa yang buat semua benda ni " kata Lee Su Won .

" aku rasa semua benda ni ada kaitan dengan ketua kongsi gelap , tapi bukan ketua dia , orang kanan dia " kata Il Sang Woo .

" maksud kau ape ? " tanya Lee Su Won .

Il Sang Woo menunjukkan tangan budak lelaki tersebut yang sedang lemah terbaring di atas katil hospital . Jelas nampak beberapa bekas cucukan jarum .

BTD ( Breath To Death )Where stories live. Discover now