Jungkook mula mengenakan baju berwarna hitam lalu keluar dari biliknya . Sebelum keluar , sempat lagi dia mendaratkan kucupan ringkas untuk Hae Yoon . Barang dah dapat , jom sambung buat kerja .
Pagi-pagi lagi dah meriah dekat markas Jungkook . Terhidang pelbagai jenis makanan di atas meja .
" siapa pulak yang masak banyak benda ni ? Kita bukan dah lambat dah ke nak settelkan kes ? " kata Jungkook dengan kehairanan .
" rilek lah wei , kasi lah kitorang makan dulu , tahulah kau dah dapat semalam tapi sabarlah ! " kata Choi Chae Min .
Kim Hyun Po yang datang dari arah belakang terus menyapa Jungkook .
" cepat gerak , kita dah lambat ni . Aku taknak lepaskan mamat tu " kata Kim Hyun Po .
" tapi bos , sebenarnya kita nak cari siapa ni ? "
" cari lagi dua ekor polis tu . Opps , polis dan bekas polis " kata Kim Hyun Po .
---
Lee Su Won yang dari tadi sibuk menonton televisyen diganggu oleh ketukan berulang kali di pintunya . Mula-mula nak hiraukan tapi disebabkan tak puas hati , dia terus membuka pintu tersebut ." siape ni ha ? Ketuk- ketuk pintu rumah orang berulang kali- "
Mulut Lee Su Won dicekup kuat oleh salah seorang konco Kim Hyun Po . Lee Su Won ditarik kasar masuk ke dalam rumahnya .
" kenapa kau ni ? Aku kan kerja dengan kau , kenapa kau pun nak tibai aku jugak ?! " kata Lee Su Won .
" kerja-kerja jugak , mana maklumat yang aku suruh kau amik tempoh hari ? Kau fikir aku ada limit sabar ? Mana benda nya ?! " kata Kim Hyun Po .
" sab-sabar , aku boleh jelaskan . Haritu aku bukak laptop aku untuk cari maklumat pasal Kim Hyun Po , tapi-tapi takde ! Aku tak tahu mana pergi ! Aku bukak je tengok file dah kosong ! " kata Lee Su Won .
" hei ! Aku taknak dengar alasan kau ! Sekarang kau pergi panggil kawan anjing kau lagi sorang ! " kata Kim Hyun Po .
" kenapa kau nak tahu pasal Il Sang Woo ? Dia takde kena mengena dengan kes ni lah ! " kata Lee Su Won .
Semua konco Kim Hyun Po mula memberi laluan kepada seseorang untuk berjumpa dengan Lee Su Won .
" aku takde masa nak layan kau ni " kata Jungkook .
Muka Lee Su Won terus menjadi pucat lesu apabila melihat Jungkook di depan mata .
" kau panggil dia , kita settle " kata Jungkook .
Lee Su Won masih tidak mahu menuruti arahan Jungkook .
" heret dia pergi tempat kita . Situ lagi senang kot kalau nak bawak bincang . Takut buat kat sini nanti orang dengar " kata Jungkook sambil arahkan konconya untuk mengheret Lee Su Won .
" pandai kau berlakon " bisik Kim Hyun Po kepada Jungkook .
---
Lee Su Won diikat pada sebuah kerusi dan sekali lagi hampir didera oleh mereka .