Episode 14

3.1K 412 11
                                    

Dari kabur menjadi terang dek lampu yang dipasang seseorang di dalam bilik tersebut . Lee Su Won mahu mengusap kepalanya tetapi dia tersedar bahawa tangannya sudah diikat ketat .

" aduh , aku kat mana ni ? Macam mana pulak aku boleh ada dekat sini " kata Lee Su Won .

Bunyi surat khabar diselak kemas oleh seseorang membuatkan Lee Su Won terus memandang tepat di hadapannya .

Nampak seorang lelaki memakai baju pengemis yang memegang surat khabar yang dibeli Lee Su Won tadi sedang menerpa ke arahnya .

" kau siapa ? Lepaskan aku ! " kata Lee Su Won .

" takkan tak kenal aku ? Orang kanan yang diusir dari pandangan manusia sebab ada orang macam kau ! " kata Choi Chae Min .

" ap-apa maksud kau ? Ape kena mengena dengan aku ? " kata Lee Su Won .

Choi Chae Min membaling surat khabar tersebut tepat ke muka Lee Su Won tanpa rasa segan silu . Dia mula duduk bercangkung di hadapan Lee Su Won dan menatap wajahnya .

" kau dulu terlalu agungkan sangat mamat s*** tu sampai keperimanusiaan kau hilang ! Aku kena buang kerja sebab kau bela dia , bukan aku ! Dan aku telah disisihkan ramai manusia hanya disebabkan satu khabar angin yang Park Tae Hwan cipta ! " kata Choi Chae Min .

" ak- aku ? Tapi bukan memang betul ke yang kau buat kerja tu semua kan ? Lagipun dulu , kau takde saksi nak buktikan kau salah " kata Lee Su Won .

" orang yang nama Park Tae Hwan kau percaya ? Kau gila ! Kau memang kena tipu hidup-hidup ! Semua ni rancangan dia supaya segala aib dia dapat ditutup dengan gunakan orang lain " kata Choi Chae Min .

" 9 tahun lepas , aku kerja dengan Park Tae Hwan dan dia masih jalankan kegiatan dia seperti sekarang . Masa tu , ada seorang budak yang suka sangat kacau kerja aku dan aku tahu dia adalah Jeon Jung Kook ." Kata Choi Chae Min .

" jadi , kau nak bunuh mamat tu sekarang ? Dia meringkuk dalam penjara sekarang ni . Takkan kau tak tahu ? " kata Lee Su Won .

Choi Chae Min terus menampar pipi Lee Su Won dengan kuat sehingga dia memalingkan mukanya .

" Kau buta ke ?! Kalau mamat tu masuk penjara , kegiatan haram dekat luar sana makin berleluasa sebab Park Tae Hwan yang pegang ! Aku lagi rela kalau Jungkook yang ketuai semua benda haram yang dia buat ! " kata Choi Chae Min .

" aku tak faham ! Kenapa kau bela sangat  Jungkook sedangkan dia berada dalam pihak yang salah ! Park Tae Hwan adalah datuk bandar dan dia tak akan buat perkara macam tu ! " kata Lee Su Won cuba membentak pengemis itu .

" kau masih tak nampak ?! Sini aku tunjuk kau ! " kata Choi Chae Min sambil menyeret Lee Su Won yang masih terikat .

---
Bilik bawah kediaman Choi Chae Min menjadi saksi utama dalam hal ni .

" kau tengok sendiri apa dia dah buat dengan isteri dan anak aku ! " kata Choi Chae Min sambil menunjukkan abu mayat mereka bersertakan gambar .

" ap-apa maksud kau ni ?! Kenapa kau bawak aku dekat sini ? " kata Lee Su Won mula memahami situasi tersebut .

Choi Chae Min menarik rambut Lee Su Won menyebabkan kepala dia terdongak melihat abu dan gambar isteri dan anak Chae Min .

" dia bunuh isteri dengan anak aku depan mata aku ! Lepas aku kena berhenti kerja sebab kau ! , aku merempat macam pengemis . Aku kena ugut dengan mamat gila tu . Dia akan bunuh keluarga aku kalau aku mintak pampasan ! " kata Choi Chae Min .

Lee Su Won mula jatuh terduduk menyedari bahawa perbuatan yang dia lakukan selama ini adalah salah , tetapi masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Choi Chae Min .

" kau nak bukti lagi ?! Dah terang dia yang buat semua benda ni tapi tak sangka ada lagi manusia macam kau sanggup untuk tutup kesalahan dia ! " kata Choi Chae Min .

Choi Chae Min mula mengacukan pistol ke arah dahi Lee Su Won .

" boleh kau ganti balik nyawa keluarga aku ? " kata Choi Chae Min sambil menangis .

Lee Su Won yang cuba menahan ketakutan serba tangisannya , cuba untuk mengambil nafas terakhir untuk berdepan dengan si pencabut nyawa .

Tiba-tiba , seseorang datang menerpa mereka menyebabkan Lee Su Won terhenti dan kaku di situ .

" ma-macam mana kau boleh ada dekat sini ? " kata Lee Su Won .

Sekali lagi , Lee Su Won rebah seketika selepas ditetak oleh seseorang tersebut , semua menjadi hitam semula .
---

Jungkook yang duduk berseorangan di dalam sel penjara tersebut sambil bermain dengan pisau lipat nya mula terkumat kamit .

" jungkook , ada orang nak jumpa . " kata Il Sang Woo yang sedang sibuk membuka kunci pintu tersebut .

Jungkook diiring oleh Il Sang Woo untuk berjumpa dengan seseorang . Jungkook duduk di kerusi tersebut sambil menunggu gerangan yang ingin berjumpanya .

" hai , lama tak jumpa " kata Hae Yoon yang baru sahaja sampai .

Bilik kosong itu menjadi pertemuan mereka yang pertama .

" kenapa datang ? Kau suka ke tengok aku macam ni ? " kata Jungkook .

" jungkook , kawal sikit bipolar awak . Jangan lah marah dekat sini . Ramai polis tengok nanti " kata Hae Yoon .

" aku ketagih , tolong aku " kata Jungkook sambil mendongakkan kepalanya .

" takkan awak dekat dalam ni pun nak dadah lagi ? Cukup-cukuplah kena tangkap ni , tak serik lagi ke ? Memang nak ke tali gantung ke ? " kata Hae Yoon cuba bercakap bisik takut akan pengawal di luar akan dengar .

Jungkook mula membetulkan kedudukannya dan pandang tepat kearah kekasihnya . Dari tempat duduk yang jauh , Jungkook tarik kerusinya dan duduk di sebelah Hae Yoon . Rapat .

" aku ketagih kau , bukan benda tu " kata Jungkook .

Jungkook cuba menatap wajah Hae Yoon yang membuatkan dia ketagih untuk menyentuhnya lagi . Dari bibir , ke mata , itulah hanya tatapan Jungkook .

" ape ni ? Jangan cakap merepek lah , tolonglah sedar sikit ! Saya taknak benda tu jadi untuk kali kedua " kata Hae Yoon .

" Hae Yoon , please , sekejap je . Aku pun tahu , kalau buat lama nanti kantoi " kata Jungkook sambil memegang tangan Hae Yoon .

" kau tahu kan aku datang sini bukan sebab tu ! Kita ada plan lain , jangan sebab nafsu kau , plan kita musnah " kata Hae Yoon .

Jungkook meramas rambutnya ke belakang tanda bipolar nya semakin membuak .

" kau jangan sampai , bila aku keluar nanti , rabak kau aku kerjakan . Baik sekarang dari nanti " kata Jungkook .

Tiba-tiba , pintu bilik tersebut dibuka oleh Il Sang Woo . Dengan kesempatan yang ada , terus Jungkook meragut bibir Hae Yoon dan mengharapkan Il Sang Woo akan keluar segera .

Selepas nampak kegiatan Jungkook , Il Sang Woo mula menutup pintu semula dan sempat berkata ,

" aku - aku bagi korang 30 minit je ! " kata Il Sang Woo di belakang pintu .

Hae Yoon mula tenggelam dalam situasi tersebut . Nampaknya , Jungkook berjaya tumpaskan mangsanya dengan begitu mudah .

Bersambung !

A/N : hei awak , haa yang tengah baca tu lah ! Haaa kau ! Kenapa jadi silent readers ? Sedih siot author . Jadi rajinkan diri tu untuk tekan vote . Tak jauh mana pun skrin dengan jari tu wokey !

BTD ( Breath To Death )Where stories live. Discover now