Sedang rancak Alya dan Balqis berbual, seseorang menguak pintu dengan kuat sehinggakan terlayang dedaun pintu tu.. haihh... Kena tukar yang baru.
Tersentak Alya dan Balqis dibuatnya akibat bunyi yang mengganggu perbualan santai mereka tadi.
"Eh, Ulfah? Kenapa ni?" Dari sofa lembut mulus itu, Alya berdiri sebagai tindakan refleks kerana terkejut. Balqis? Syukur sebab tak pengsan lagi.
"Kau kenapa Ulfah? Kau berlari eh sampai sini? Peluh semacam je." Balqis perlahan-lahan berdiri mendekati susuk badan Ulfah sambil mengurut dadanya.
Akibat keletihan yang melampau, dia tidak mampu untuk bercakap. Dia mengangkat tangan kanannya menunjukkan ada satu fail coklat yang aneh lagikan misteri lagikan ajaib lagikan horror lagikan spooky lagikan menarik perhatian.
Balqis dan Alya bertukar pandangan antara satu sama lain. Masing-masing berpendapat yagn tidak lain tidak bukan 'New mission' la jawabnya.
Lantas tangan Alya merampas fail coklat itu dari tangan Ulfah dengan serta merta Ulfah terkulai di atas lantai akibat strok haba dan demam influenza--
Eh?! Bukan lah!
Ulfah jatuh terduduk di atas lantai.
Alya dengan pantas menyiasat fail misteri itu untuk mengenal pasti kandungan yang berada dalam fail tersebut. Sangat misteri.
"Apa benda ni?" Seraya Alya bertanya, seorang wanita yang berkaca mata melangkah masuk tanpa Alya sedar. "Apa tu?" Satu suara bergema di telinga Alya. Laju dia berpaling ke belakang.
"Eh ngek!" Alya tidak sengaja 'ter'latah melihat kewujudan rakannya Haifa entah datang dari mana.
Haifa mencebik. Tak habis-habis dengan ayat ngeknya tu. Dia sangat kenal dengan Alya tu, jikalau melatah aje, perkataan ngek menjadi pilihan.
"Apa ni? Ngek? Ngek? Nak jadi monyet?!" Tanya Haifa berbaur sindiran.
Balqis menahan tawa. Alya pula hanya tersenyum nipis. Sakit jugak hati ni tapi teringatkan kawan, sakit hati itu kita ketepikan.
Haifa melabuhkan punggung bersebelahan Alya. Haifa menjejakkan kaki masuk ke bilik ni kerana bunyi yang menghentikan perbuatannya. Atas sebab rasa ingin tahu, laju dia menapakkan kaki ke bilik itu (yang dia berada sekarang).
"Gambar siapa ni?" Kandungan fail itu menarik perhatian ketiga-tiga gadis itu. Manakala, Ulfah tertidur di atas lantai akibat keletihan. Dah lah kat luar tu panas.
Apa kejadah?
Fail coklat tadi mengandungi sekeping kertas dan lima keping gambar berbentuk pasport disertakan beberapa biodata peribadi.
Tanpa ada orang yang menghalang, Balqis membaca satu persatu nama yang tertulis pada kertas tu.
"Waazin? Hakim? Hazwan? Arham? Lutfi? Apa kejadah? Siapa ni? Surat? Surat apa pulak ni? Handsome nya. Muka yang ni comel. Kenapa muka dia ni nampak macam garang?" Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir muncung Balqis dan bertubi-tubi juga pujian dari mulutnya.
Yang lain hanya dapat memandangnya dengan padangan 'what???' Balqis pula hanya mengendahkan sahaja pandangan yang diberikan, apa yang penting ialah lelaki-lelaki yang sedang ditenung dengan terperinci. Jika ada cacat cela, lesung pipit, jerawat semua dia dapat perasan.
"Alya, dipersilakan baca sampul surat tu." Haifa mengarahkan Alya apabila matanya tertangkap satu surat berwarna baldu merah yang menarik perhatiannya.
"Eh, eh, aku pulak. Mengada ah kau. Baca sendiri la. Kau tahu kan aku malas." Alya merengus mendengar arahan Haifa. Alya menghulurkan surat itu kepada Haifa.
YOU ARE READING
The SKIRLS
AdventureAl kisah geng SKIRLS bertemu dengan geng Bulletproof di sekolah ..dan juga mereka bertemu dalam keadaan yang jauh berbeza. Geng Spy or Geng BLP yang win? Or something yang unexpected berlaku? Entah! p/s: Juga pernah dikenali sebagai Lagenda Geng SK...