Ejen-ejen tersebut telah dibekalkan dengan peralatan yang amat canggih dengan teknologi terkini dan terhad yang hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Alatan tersebut membuatkan ramai syarikat persendirian yang lain sanggup bermati-matian semata-mata untuk memilikinya.
Cehh ayat....
Setiap seorang telah dibekalkan dengan jam tangan yang mempunyai peluru dan kamera kecil,cermin mata pengimbas dan pen yang mempunyai laser yang boleh memotong daging manusia dan juga perakam yang mampu menyimpan berpuluh-puluh gigabit.Tidak lupa juga telinga perisik yang biasa digunakan.
"Ok Lutfi ngan Ulfah pergi dulu kitaorang akan ikut dari belakang,"Arham memberikan isyarat untuk segera bertindak.
Lutfi dan Ulfah berjalan bersama-sama menuju ke arah Ahza.
"Baiklah ejen 0011 dan ejen 003 telah bertemu dengan suspek.Kumpulan 1, dan 2 bergerak ke jam 10. Kumpulan 4 dah masuk ke kat dalam bilik pengawal?"
"Yep kitaorang akan cuba nyah aktifkan sistem elektrik selama 10 minit,"Balqis menjawab tercungap-cungap sebab berlari. Balqis dan Luqman ditugaskan untuk hack dan menjaga pengawal-pengawal yang menjaga bilik kawalan Dan pengaturcaraan. Sekejap je diorang tumpaskan pengawal tu. Ketuk kepala ngan tengkuk je dah pengsan."Nanti bagi arahan ek,"
"Ok kembali pada misi kita,"Arham menganggukkan kepalanya.
Ulfah Dan Lutfi berjalan menuju ke arah Ahza yang sedang menunggu dengan tekun.
Boleh sabar rupanya, ingatkan tak boleh
"Pempuan mane pulak kau bawak ni?"Ahza bertanya muka masam macam limau purut.Ahza bukannya boleh buat main, sekali kena tipu dia cari sampai lubang cacing sampai cacing tu sekali dia kejar.So, sebab tu Lutfi mesti susun ayat elok-elok biar dia percaya bulat-bulat."Ni assistant Aku kau tak payah sibuk sangat,"Lutfi menjeling."Nah duit cepat sikit aku takde banyak mase ni."
"Hmm ikut aku,"Ahza bercakap datar,terus berjalan lepas siap kira duit yang diberi.Mereka terus bergerak berjalan menerusi koridor.
"Ejen 001,009,007,005, kami sedang bergerak menuju ke arah makmal sains,aku pasang recorder supaya korang boleh dengar suspek cakap ape,"Ulfah berbisik menerusi telinga perisik yang dipakainya. Ulfah menggerakkan tangannya ke atas menekan butang kecil pada pen yang berada dekat poket.
"Kalau kau nak tahu clan aku dah ade 24 orang dah. Kau? Tak nak join ke clan aku?"Ahza bertanya mana tahu interested ke...
"Sorry clan aku lagi kuat daripada engkau.By the way clan kau buat aktiviti ape lagi ek selain jual dadah?"kini giliran Ulfah aka assistant Lutfi bertanya, mengorek maklumat.
Ahza tersenyum "Selain dadah kitaorang pun jual alcohol,rokok kadang tu kitaorang jual makanan eksotik macam kelawar,"Ahza menerangkan semua yang terdapat dalam pasaran miliknya tidak sedar dia telah termakan umpan."Ok kita dah sampai,"
Mereka berhenti di dalam makmal sains yang terletak di hujung blok sekolah. Tiada apa-apa pun kat situ kecuali peralatan yang digunakan untuk membuat eksperimen. Ulfah dan Lutfi memandang sesama sendiri.Kepelikan menyelubungi diri mereka.
"Kenapa?confuse eh?Hahah sebenarnya nilah pertama kali aku tunjukkan kat orang luar gudang aku,"Ahza ketawa kecil,terasa lucu melihat dua orang pelanggannya bingung. Ahza membuka laci peralatan sains dan menarik sebuah peralatan sains atau dengan lebih tepat sebuah bikar. Tiba-tiba gegaran kecil berlaku. Kabinet yang mengandungi peralatan sains bergerak dengan sendiri membuka laluan bertangga menuju ke bawah tanah.
Ahza segera membawa Ulfah Dan Lutfi masuk tak mahu ade orang menghidu rahsia yang telah lama terbongkar.
"Weh cepatlah sikit terhegeh hegeh jalan,"Haziq berkerut dahi dah macam orang tua.
YOU ARE READING
The SKIRLS
AdventureAl kisah geng SKIRLS bertemu dengan geng Bulletproof di sekolah ..dan juga mereka bertemu dalam keadaan yang jauh berbeza. Geng Spy or Geng BLP yang win? Or something yang unexpected berlaku? Entah! p/s: Juga pernah dikenali sebagai Lagenda Geng SK...