Chapter 4

138 15 0
                                    

"Auchh!!" Siapa pula yang tak tengok jalan ni? Habis la kau..

"EH! Saya minta maaf sangat. Saya tak perasan tadi. " kata perempuan yg melanggar Sofi tadi. Seorang perempuan yang berpakaian sekolah dan dipandankan dengan sepasang kasut sneaker yang berwarna hitam membongkokkan separa badannya tanda memohon maaf. Sofiyyah hanya memandangnya dengan pandangan yang tajam. Balqis perasan akan pandangan maut yang diberi itu terus melangkah ke hadapan gadis itu.

"Tak apa la. Lagipun, awak bukan sengaja langgar dia pun." Cepat Qis berkata sebagai wakil Sofiyyah. Dia tahu akan perangai rakannya yang jenis panas baran sedikit jadi dia berkeputusan untuk bertindak dengan pantas sebelum Sofi berkata apa-apa.

"Kitaorang pergi dulu ya. Assalamualaikum."ucap Qis. Pada waktu yang sama Ulfah sedang bertahan untuk tutup mulut Sofi dari melepaskan kata-kata. Kalau dibuatnya dia maki orang yang memang tak bersalah, sengaja memalukan diri sendiri di pagi hari. Orang yang sedang marah ni, cara percakapan dia lain.

"Waalaikumussalam." jawab perempuan tadi dalam keadaan sedikit bingung sebelum melangkah pergi. 

"Eh, perempuan ni, jalan memang tak boleh tengok depan ke? Sibuk sangat dengan handphone kat tangan tu. Kalau dekat handphone tu ada peta sekalipun, tengok la jalan pergi mana, ada orang ke tak. Bukan sikit dia langgar, jatuh terduduk aku dibuatnya. Kalau aku tengah pegang makanan, memang dah habis kotor baju aku." bebel Sofiyyah. Pantang betul kalau dia nampak orang tengah berjalan tapi mata tertumpu pada skrin kecil di tangan tu. Ulfah hanya dapat melihat, tidak mampu lagi menahan mulut Sofiyyah. Nasib baik perempuan tadi dah hilang bayangnya. Sempat sahaja Sofiyyah bingkas bangun untuk menegur perempuan tadi bagi mengajarnya tentang undang-undang keselamatan jalan raya namun ditahan oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

Dengan lantas, mereka kembali dengan perancangan mereka asal untuk menuju ke pejabat sekolah.


"Assalamualaikum, cik. Kami ni pelajar baru." Haifa menegur seorang wanita yang berkaca mata yang mungkin berumur dalam lingkungan 40-an yang asyik menghadap skrin komputer berjenama di atas mejanya. 

"Waalaikumussalam. Oh, kamu semua pelajar yang baru didaftarkan pada hari ni.Silakan duduk di atas sofa. Saya nak ambil fail kamu semua kejap. Oh! By the way, call me Cik Qaisara." Qaisara melangkah pergi ke rak di sebalik pintu yang terletak berhampiran dengan tempat duduknya iaitu kaunter.

"Weh! Sekolah ni cantik la. Pekerja-pekerja pun peramah. Sepanjang laluan yg kita lalu tadi, kalau kita terserempak dgn pekerja yang sedang bekerja, mesti mereka berpaling kepada kita dengan senyuman yang manis terletak rapi pada muka mereka." puji Alya sambil matanya memerhati setiap sudut di dalam pejabat.

Wanita yang berumur 40-an tadi kembali dengan tangannya penuh menggenggam lima keping fail murid rapat ke dadanya.

"Nah! Ini fail-fail kamu semua. Nanti fail ini semua wajib diberikan kepada guru kelas. Bercakap tentang kelas, sudah tiba masanya untuk kalian menuju ke kelas baru kamu semua." Sesudahnya Cik Qaisara melangkah keluar dari pejabat bagi membimbing mereka ke kelas.

Sepasang pintu yang separa terbuka diketuk beberapa kali dan mengalihkan perhatian 5 Violet dari papan putih yang sedang diconteng oleh guru mereka.

"Assalamualaikum. Cikgu, maaf mengganggu. Dengan saya, ada beberapa murid baharu berpindah ke sekolah ini. Saya tinggalkan diorang di tangan cikgu. Saya minta diri dulu."kata Cik Qaisara sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berlima dihadapan pintu itu.

"Waalaikumussalam. Kamu berlima dipersilakan masuk. Sila kenalkan diri  masing-masing." Pintu yang separa terbuka tadi dikuak lagi bagi memberi ruang untuk mereka berlima melangkah masuk ke dalam kelas 5 Violet.


Written by; Alyaadlina3

The SKIRLSWhere stories live. Discover now