Chapter 30

80 8 3
                                    

Seperti biasa SKIRLS datang ke sekolah sebagai orang yang pertama tiba di kelas. "Korang cuba tengok atas." Sofi medongakkan kepalanya dan mengukir senyuman. "Tak ada apa-apa pun."kata Haifa yang turut mendongakkan kepalanya. "Cuba korang tengok elok-elok. Langit tu.... cantik sangat."

"Yalah!! Wahhhh!!" Mereka mula terpukau dengan keindahan ciptaan Ilahi. "Korang tengok apa tu??" Suara ni....

BLP!!! Diorang dah datang dahhh....

"Tengok langi- OI MAK KAU TERBALIK!!" latah Ulfah. Hampir tersadung Ulfah dibuatnya. "HAHAHAHA!!! Dia melatah!! " gelak Luqman.

"Aku rasa baik kita masuk kelas daripada layan budak- budak yang tak cukup umur lagi ni." Alya berjalan masuk ke kelas tanpa mempedulikan kewujudan BLP di situ. "Oi, cukup la gelakkan orang." Waazin mengetuk kepala Luqman. "Aduhhh!! Sakitlah!!" Balas Luqman sambil menggosok tempat yang diketuk oleh Waazin tadi.

"Tahu pun sakit. Perasaan dia terluka, kau tak fikir pula." kata Haziq. PERGHH!! Kata-katanya menusuk ke dalam jiwa. "Aku cuma nak.."

"Nak apa?? Nak aku sepak kau??" Ulfah membalas dengan jelingan maut. Habislah kau, Luq. "Ulfah, jom la masuk kelas. Kita boleh sambung bincang dalam kelas." Haifa cuba menenangkan Ulfah yang sedang berasap. Balqis pula menggosok bahu Ulfah.

"Kinah, jom la." Sofi menarik tangan Kinah masuk ke kelas.

Ahli-ahli BLP pun mengekori mereka dari belakang.

"K-Korang!!! Kita kena cepat!!" Ryan berlari masuk ke dalam kelas. Geng 6 SKIRLS dan Geng BLP terus tersentak dengan tindakan lelaki itu. "Kenapa ni Ryan?? " soal Arham. "Kita ada mesyuarat sekarang d-dengan Encik Asyqar!!"

"Encik Asyqar ada kat mana sekarang??" Mereka mula berasa panik dan menggelabah sebab mereka tahu Encik Asyqar bukan seseorang yang suka menunggu. "Pejabat Tengku Ariff."

Ahli-ahli SKIRLS saling menukar pandangan. "Korang tunggu apa lagi?? Jom la!!"tambah Ryan. "Erm...kita kena pergi juga ke??" soal Lutfi. "Entah la."

"BLP pun kena ikut sekali." sambung Ryan. Mereka terus meluru ke pejabat tanpa berfikir panjang.

........................

"Kenapa pap- maksud saya Encik Asyqar adakan mesyuarat ni??" tanya Kinah.

"Ni." Encik Asyqar menghulurkan dua buah tablet berjenama Apple kepada mereka. Balqis mengambil salah satu I-Pad yang dihulurkan tadi dan sebuah I-Pad lagi diambil oleh Haziq.

Butang 'ON' ditekan dan menayang satu video disertakan dengan beberapa keping gambar.

"Ni bukan ke salah seorang cikgu disiplin sekolah kita??" Sofi menunjukkan seorang lelaki sedang menerima sesuatu dari seseorang yang tidak dapat dikenal pasti.

"Cuba kau buka video tu." Arah Arham.

"Nah, ambil ni." Seorang perempuan memberikan satu sampul yang agak tebal kepada guru mereka.

"You nak suruh I buat apa pula kali ni??"

"Macam biasa...Mangsa baru ni bahaya sikit. So pandai-pandai lah you urus nanti. Tapi ingat, jangan sampai TERTANGKAP."

"Alah, macam tak biasa. You tahu yang I takkan hampakan you."

"Kalau apa-apa terjadi, I takkan teragak-agak untuk buat hidup you sengsara."

"Sekarang ni you dah pandai main ugut. Just believe in me. Thanks for this." Video itu berakhir setelah perempuan itu berjalan meninggalkan lelaki tersebut.

"Aku seorang je ke yang tak faham dengan video ni??" Haifa mengerutkan dahinya. "Kau tak keseorangan."keluh Sofi lalu merehatkan tangannya di atas bahu Haifa. "Aku tak nampak la muka perempuan tu. Nak jugak aku tahu siapa perempuan yang mengupah lelaki." Hanya bahagian belakang badan wanita itu sahaja yang ditunjukkan di dalam video itu.  "Apa yang diorang cuba buat sebenarnya??" soal Waazin.

The SKIRLSWhere stories live. Discover now