Chapter 26

110 12 5
                                    

Perlahan-lahan mata Balqis dibuka. "Asal aku tak dengar bunyi pun pagi ni?? Biasanya waktu ni, diorang dah riuh dah kat dapur, takpun dekat ruang tamu. Kaki Balqis mendarat ke lantai dorm. Dia mengangkat tubuhnya keluar dari bilik. "Aik, pelik bin ajaib. Mana diorang ni??" Balqis berjalan ke dapur, tiada orang. Pergi ruang tamu pun, masih tidak dijumpai. "Diorang keluar ke?? Tinggal aku sorang-sorang kat sini??"

Balqis jalan keliling dorm tu, tapi tak jumpa-jumpa. Sah, diorang dah keluar. "Aduh, buang masa aku je cari diorang ni. Bukannya boleh jumpa pun. Baik aku bersih badan dulu. " Balqis melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Manakala ahli-ahli SKIRLS yang lain....

"Bila diorang nak sampai ni??" Ulfah memeriksa jam tangan miliknya buat kali yang ke-30. "Kalau aku ni lelaki, mahu berjanggut aku kat sini." Haifa menggosok dagunya yang licin. "Tengok Alya tu, siap boleh habiskan tiga gelas air dah." Berang Sofi. Budak ni dah la tak suka orang yang tak tepati masa ni.

"Aku ingat nak minum yang keempat la." Alya merenung gelas kosong yang diminum tadi.

"Diorang ni tak ingat ke yang kita ni ada perjumpaan??" Kinah memeluk tubuh. "Maaf kitaorang lambat!!" Loceng pintu kafe itu berbunyi sebaik sahaja mereka membuka pintu. "Eh, kenapa baru datang sekarang?? Kenapa tak datang minggu depan je??"

"Sorry sangat, kitaorang bangun lewat tadi sebab..."Haziq menundukkan kepalanya.

"Sebab?? Main PUBG?? Mobile Legend??" Haifa memotong kata-kata Haziq. "Bukan la. Tapi League of Legends."

"Nasib ada Ryan datang pergi kejut putera-putera diraja ni. Berterima kasihlah kepada Ryan." Ryan menyilangkan kedua belah tangan ke dadanya. Nampak macam angkat bakul sendiri je??

Kinah dah tekup mulut Sofi awal-awal. Nanti tak pasal duduk dalam kafe tu dari pagi sampai malam sebab tadah telinga dengar Sofi membebel. "Apa-apa jelah. Sila ambil tempat sekarang." Pelawa Alya.

"Kenapa korang minta kitaorang datang sini??"

"Sebab utama, kitaorang nak bincang pasal Balqis." Ulfah mengeluarkan satu kotak kecil dari beg galas kepunyaannya.

"Apa kaitan kotak tu dengan Balqis??" Luqman memandang Ulfah dengan penuh tanda tanya.

"Kitaorang rancang nak buat sesuatu untuk dia." Kinah cuba menjelaskan rancangan mereka kepada BLP. 

"Blaaa...Blaaaa...Blaaa. Korang setuju tak??" 

"Kitaorang okey je tapi....tunang dia tu??" Mereka terus mengalihkan pandangan kepada Luqman yang sedang membelek telefon di tangannya.

"Aku okey je." Luqman mengganguk setuju.

"Kejap, korang kata ni sebab yang pertama, ada sebab yang lain ke??" soalan Arham membuatkan ahli-ahli BLP yang lain juga tertanya-tanya. "Sebab yang kedua, korang kena tolong kitaorang buat laporan."

"APA?!"

"AKU TAK NAK!!" Jerit Waazin. "Woi, kau dah kenapa??" Ryan memandang Waazin dengan geram. "Kau tahu tak ramai orang tengok kita pelik??"

Waazin menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Sorry, sorry."

"By the way, macam kitaorang nak tolong korang??"

"Korang kena tolong pasangan korang ikut pasangan yang ditentukan waktu nak tangkap si Ahza tu."

"Balik-balik muka dia, tak ada orang lain ke??" Sofi mengeluh. "Kenapa kau mengeluh?? Susah ke nak buat laporan tu??" Arham menganggu lamunan Sofi buat seketika. "Tak ada apa-apa pun. Cuma ada seketul manusia ni....buat aku naik geram je."

The SKIRLSWhere stories live. Discover now