"Bakal suami atau lebih dikenali sebagai tunang aku adalah Hakim Taufiq." Jawab Balqis.
"Hakim Taufiq??" Keadaan di dalam rumah itu terus menjadi sunyi.
"Yang aku tahu, dia budak dalam kelas kita. Satu lagi, aku hanya tahu nickname dia je atau boleh dikatakan nama popular dia." Tambah Balqis.
"Ada ke budak dalam kelas nama Hakim Taufiq?? Setahu aku, Luqman Hakim ada la." Haifa menyergah Balqis dari belakang.
"YA ALLAH!! Haifa, kau ni!! Jangan la main sergah je. Kalau aku ada penyakit jantung macam mana??" Balqis bercekak pinggang.
Haifa pula tergelak kecil melihat gelagat sahabatnya itu."Kejap, Taufiq tu bukan ke nama Luq??" Sofi membuat muka serius. Keadaan yang tegang tadi terus berubah menjadi riuh-rendah. "Macam mana kau tahu??"
"Aku main teka je." Mereka hanya mengangguk faham. Malas nak cakap banyak. Takut nanti lari topik asal pulak. "Tapi nama dia Luqman Hakim bukan Hakim Taufiq." Alya melabuhkan punggungnya di sebelah Haifa.
"Senang macam ni lah. Apa kata kalau kita siasat pasal ni kat sekolah??" Balqis memberikan idea yang bernas lagi bijaksana. Mereka bersetuju untuk menjalankan misi yang tak berapa rasmi pada waktu persekolahan nanti. Tapi ada seorang lagi yang bagi idea yang lagi bijak.
"Jom kita pergi tidur!!!" Sorak Alya. "Tak faham aku dengan si Alya ni. Selalu je tidur, tapi masih lagi mengantuk." Haifa mengelengkan kepalanya dengan perlahan. Bukan Haifa seorang je yang fikir macam tu. Mereka yang lain pun berfikiran macam tu.
Dengan itu tamatlah sudah, hari yang mencabar.....
"Bangunlah!!! Wahai mak cik-mak cik sekalian." Kejut Haifa. Budak ni memang selalu bangun awal. Buat apa entah, bangun awal sangat. "Pagi-pagi buta macam ni dah bising. Kacau je la, aku nak dating dengan prince charming aku tadi." Sofi menggosok matanya dengan lembut. "Woi!! Couple haram la!!"
Eh, eh, dia ni.. Spoil mood betullah. "Bukan ke hari ni cuti??" Tanya Ulfah yang masih lagi tak dapat nak celik mata. "Cuti dalam mimpi kau la. Hari sekolah la!! Dah lupa ke hari ni kita ada kelas tambahan??" Bebel Haifa. Haifa, kalau dah membebel mahu dia memekakkan telinga anda. Jangan tanya mengapa.
"Eh!!! Baju aku tak gosok lagi!!" Ulfah dan Balqis mula kelam-kabut mencari iron baju, baju sekolah dan macam-macam benda la.
"Aku dah gosokkan la." Dua orang gadis itu memandang Sofi. "Apahal??"Mereka berlari ke arah Sofi. Ingat nak tampar tadi kalau dia marah. "Thank youuuuuuuuuuuuuuuuuuuu." Panjang dia punya you tu. Mereka memeluk Sofi sampai tak boleh bernafas budak tu.
"Woi, aku lemas weyh."Sofi menepuk lengan Ulfah dan Balqis berkali-kali. Barulah mereka melepaskan pelukan tu. Kalau korang jadi Sofi, rasa menyesal tak buat kebaikan untuk kawan macam tu?? Sebab balasan yang kau dapat, diorang buat kau tak boleh nak hirup Oksigen.
"Alya??" Mereka berempat memandang ke arah sofa yang diletakkan di hadapan tv rumah mereka. "Aku ingat dia dah bangun sebab tv terbuka. Rupanya masih dibuai mimpi." Empat orang gadis tu hanya boleh mengeluh dengan telatah Alya. Mereka terus menyiapkan diri untuk pergi kelas tambahan. Jadi orang yang terakhir bersiap......siapa lagi kalau bukan Alya.
Ahli-ahli SKIRLS terpaksa mengambil kereta 'Grab'. Pak Mat ambil cuti waktu tu. Katanya nak berjalan-jalan dengan si isteri. "Aku nak duduk depan." Haifa mengangkat tangan macam orang nak berikrar waktu perhimpunan sekolah. "Aku nak duduk depan!!" Ulfah menarik sedikit baju Haifa yang baru sahaja hendak mengangkat kaki masuk ke dalam kereta. "These two kids...haih..." Sofi mengeluh berat.
"Yah!! Tak kisah la siapa nak duduk depan ke belakang ke. Yang penting sekarang ni, korang memang nak kita kena marah dengan cikgu ke sebab datang lewat hari pertama kelas tambahan ?? Aku tak sanggup kena tulis surat minta maaf berkali-kali." Alya memarahi Haifa dan Ulfah. " Aku Balqis dah masuk dah dalam kereta. Korang bila lagi??" Tanya Sofi yang sedang membetulkan kedudukannya.
YOU ARE READING
The SKIRLS
AdventureAl kisah geng SKIRLS bertemu dengan geng Bulletproof di sekolah ..dan juga mereka bertemu dalam keadaan yang jauh berbeza. Geng Spy or Geng BLP yang win? Or something yang unexpected berlaku? Entah! p/s: Juga pernah dikenali sebagai Lagenda Geng SK...