"Haifa, kau kata kau nak ajak aku study sama-sama tapi kau study dulu. Tak tunggu aku pun. Nak murung ar macam ni." Ulfah pouted. "Aku bukan tak nak tunggu kau. Dah siapa suruh kau duduk dalam bilik air tu lama sangat hah??"
Ulfah masih tidak menjawab. "Haihhhh. Jom la study dengan aku. Meh sini. Alolololo, baby sayang." Pujuk Haifa tapi malangnya Ulfah tidak memberi reaksi langsung.
"Hurmmm, Ulfah. Apa kata kau join aku minum petang kejap lagi?? Aku buatkan air special untuk kau."
"Ye ke?? Tunggu kejap tau. Aku pergi ambil buku dalam bilik." See?? Mudah je nak pujuk Ulfah. Dia kena sebut pasal makanan baru okay. Ulfah datang semula dengan meletakkan buku yang bersusun secara bertingkat. Dari pandangan semut, ketinggian dia tu macam menara KLCC la.
"Korang buat apa ni??" Kinah datang membawa sebatang lolipop di tangannya. "Study untuk exam minggu depan la." Bila sebut pasal exam, terus Kinah menggelabah. "Apsal??"
"Aku lupa!!! Buku aku semua tinggal dalam locker kat sekolah kecuali buku Maths ada dalam bilik. Tu pun sebab cikgu bagi homework Maths. Kalau tak, memang aku tinggal jugak buku tu." Adui!!! Kinah, Kinah, nasib buku je yang tinggal, bukan tuan punya badan sekali.
"KORANG!!! Pakai tudung cepat!!!" Jerit Balqis. Muka tiga gadis berkerut dahi. "Ryan datang!!!" Apa lagi?? Terus lari lintang-pukang la jawabnya.
.....
"Kenapa kau datang sini tak bagitahu??" Tanya Sofi yang tangannya masih membetulkan tudung dari tadi. "Korang ni dah la tak hidang air untuk aku. Tak kesian ke aku datang jauh-jauh?? Sian kita."
Sofi mengambil buku di tepinya dan memukul belakang Ryan. "Sakitlah!!!"
"Tahu pun sakit, orang tanya benda lain, kau jawab benda lain. Memang kena la dengan aku." Balas Sofi. "Fine. Aku datang sini nak bagitahu yang Ahza tu buat kacau lagi."
"Macam mana kau tahu??" Tanya Kinah. "Ada mangsa yang cuba larikan diri tapi gagal. Tu pun aku dengar khabar angin. Ada sekali tu, aku ternampak Ahza cuba cabul seorang pelajar. Kalau nak dakwa dia pun, kita tak ada bukti." Jawab Ryan.
"Ehhhhhh, kejap!! Siapa Ahza tu??" Alya memberhentikan perbualan mereka sebentar. "Korang tak tahu lagi ke??" Kinah memandang satu persatu ahli SKIRLS yang lain. "Macam mana kitaorang nak tahu kalau Ryan tak bagitahu?? Diakan orang tengah antara kitaorang dengan Ketua Asyqar."
"Aku tak beritahu korang eh??"
"YA!! Kau tak beritahu apa-apa pun tentang budak ni."
"Heheh. Nah. Dalam ni ada maklumat pasal budak tu." Ryan menghulurkan sebuah fail coklat yang telah diberikan kepada Kinah hari tu. (Check balik chapter 20)
"Budak ni...."
"Jadi macam mana kita nak tangkap dia??"
"Aku ada idea!!"
.....
"Weyh nanti kita berkumpul kat tempat tu tau. Ryan bagitahu dia sampai lambat sikit sebab ......al-maklumlah ramai peminat." Balqis mencuit bahu Haifa. "Jangan lupa bagitahu Kinah."
"Okay."
"Sofi, boleh tak kau ajar aku soalan math ni??" Ulfah berdiri dihadapan Sofi yang sedang leka berangan pasal prince dia tak habis-habis. "Sofi?? Sofi!!!"
"Huh?? Apa??"
"Aku nak minta kau ajar soalan ni."
"Ouh. Senang je ni." Sofi mengambil pensel berwarna turquoise green dari bekas penselnya. Cepat ngaku siapa yang pensel dia warna tu jugak??
"Ajar aku jugak!!" Arham mendekati dua orang budak tu. Sofi agak terkejut dengan tindakan Arham. Kalau ikutkan hati Sofi, memang kena lempang dengan buku dah muka Arham tu tadi. Tapi apa kan daya, niat Arham nak menuntut ilmu, jadi tak tergerak tangan Sofi nak buat macam tu.
....
"Korang tunggu aku depan tu tau!!" Jerit Ryan yang masih berlari ke hulu-hilir dari tadi.
"RYAN KU SAYANG!!! TUNGGU LA SAYA MENGHALALKAN CINTA NI!!"
"RYAN!!! I LOVE YOU!!!"
"RYAN!! JOM KITA BERLARI BERSAMA-SAMA HINGGA KE SYURGA NANTI!!!"
Fuhhh!!! Patutlah lari tak berhenti-henti, ada zombi ikut belakang rupanya.
Ting!!!
"Eh, korang!! Kinah kata, dia lambat sikit pergi sana." Sofi memberitahu kepada ahli yang lain.
"Sana?? Pergi mana tu??" Geng BLP menyampuk perbualan antara mereka. "Kau tak perlu ambil tahu." Balas Haifa.
Ting!!
"Kinah kata kena bawa geng BLP sekali." Bisik Ulfah kepada mereka berempat.
"WHAT?!"
"No!!!"
"Diorang??"
"Haihhh."
"Aku tak boleh hidup senang langsung." Sofi mengulingkan biji matanya. "Korang kena ikut kitaorang."tambah Alya.
"Pergi mana??"
"Kalau korang nak tahu baik korang diam. Kalau tak, tak perlu kot ikut." Balqis menjawab.
"Okay-okay kitaorang diam."
....
"Diorang ni memang tak faham maksud penat eh?? Dari tadi kejar aku tak habis-habis." Keluh Ryan.
Tiba-tiba Ryan terjumpa jalan yang menghalakan ke tempat yang tidak diketahui. Alamak!!! Tiba-tiba lengan baju ditarik oleh seseorang masuk ke dalam bilik.
"Kau jangan buat satu bunyi pun."
"Eh, eh, mana Ryan pergi ni??"
"Aku rasa dia pergi arah ni. Jom kita pergi cari dia!!!"
"Jom!!! ABANG RYAN TUNGGU KAMI!!"
Makin lama, makin sedikit bunyi tapak kaki mereka.
"Macam mana kau tahu aku kat sini??" Ryan memandang Kinah dengan pelik.
"Kau stalk aku eh??" Soal Ryan.
"Tak ingin aku. Aku nampak kau penat dari tadi kena kejar. Tu yang aku bawak kau pergi sini."
"Caring jugak eh kau kat aku." Ryan tersenyum nakal.
"Entah." Kinah pandang ke arah lain.
Nak tahu apa yang terjadi antara BLP dan SKIRLS?? Nantikan chapter seterusnya.
By; W1_dreamer
YOU ARE READING
The SKIRLS
AdventureAl kisah geng SKIRLS bertemu dengan geng Bulletproof di sekolah ..dan juga mereka bertemu dalam keadaan yang jauh berbeza. Geng Spy or Geng BLP yang win? Or something yang unexpected berlaku? Entah! p/s: Juga pernah dikenali sebagai Lagenda Geng SK...