Chapter 33

96 10 16
                                    

Cahaya matahari mula menerangi di seluruh pelusuk rumah 6SKIRLS.

"OI!!! Bangunlah!!" Badan Alya digoyangkan sedikit. Haifa mengeluh berat kerana penat mengejut rakannya supaya bangkit dari alam mimpi namun gagal.

"...."

"Macam mana kita nak suruh dia bangun ni??" soal Kinah.

"Dalam banyak-banyak hari, hari ni juga la yang kau susah sangat nak bangun." Mereka bertiga mengeluh secara serentak.

"Eh, Sofi mana?? Tadi dia ada dengan kita." Haifa memandang sekeliling bagi mencari kelibat rakannya. "Aku nampak dia keluar dari bilik ni. Dia pergi ambil barang kot.."

"ALYAAA!!" Kedengaran Sofi memanggil nama Alya dari luar bilik.

" Alamak!! Sofi dah mula naik darah. Habis lah kau, Alya."

"Alya, baik kau bangun sebelum Sofi meletup." Ulfah menepuk bahu Alya berkali-kali.

"Kejap lagi la." Eh, boleh pulak kau jawab macam tu.

"Alya, kita dah lamba-" Kinah tidak sempat menamatkan ayatnya, Sofi sudah membawa satu baldi yang dipenuhi dengan air di tangan.

"Alamak..."

"Kinah, Haifa, dan Ulfah, korang ke tepi. Biar aku kejut budak ni dengan cara ni pula." Sofi memandang Alya yang masih nyenyak tidur dengan penuh geram. Sofi pantang bahagian menepati masa. Itu yang dia marah sangat.

"S-Sofi, jangan la macam ni. K-Kita boleh guna cara lembut." Kinah cuba menghentikan perbuatannya dari menggunakan cara itu. "Huarghhh!! Huh?? Kenapa semua datang sini?? Kenapa Sofi pegang baldi tu??" kata Alya sambil meregangkan otot selepas tidur yang cukup.

"Kenapa? NI SEMUA SE-" Ulfah menekup mulut Sofi dari bercakap. "Aku rasa kau patut tengok jam sekarang." ujar Haifa.

"Sekarang dah pukul 6.45 pagi." balas Alya yang masih tidak dapat memahami situasi dialaminya.

"Kau tahu apa kau perlu buat sekarang??" Kinah berpeluk tubuh di hadapan Alya dengan perasaan marah.

"Solat Subuh dah... Jadi sekarang ni, aku kena sambung tidur balik." Alya menarik sehelai selimut menutupi seluruh badannya.

"Hari ni WEDDING QIS!!!"

"Ouh....EH, AKU LUPA!!"

......................

Balqis yang sibuk memerhatikan kereta lalu-lalang di hadapan rumahnya, dipanggil.

"Qis!!"

"Sampai pun korang. Aku baru je ingat nak lari dari rumah tadi. Kenapa korang lambat??" Balqis menyambut kedatangan mereka dengan pandangan seakan-akan ingin menelan mereka. "Tanya la Alya." Haifa menudingkan jari kearah Alya yang sedang melangkah keluar dari kereta dengan penuh berhati-hati. "Alya, kenapa lambat??"

"Hehehe."

"Orang tanya dia, boleh pula dia gelak??" Balqis menjongketkan keningnya.

"Dia lupa hari ni wedding kau." Ulfah menjawab dengan selamba.

"A-Aku speechless..."

"Dah la tu, jom!! Aku tolong kau bersiap." Kinah menarik lengan kecil Balqis masuk ke dalam rumah.

"Kau mesti nampak cantik nanti bila pakai baju pengantin." Kata Luq yang muncul di belakang Kinah dan Qis.

"Eh, Luq!! Mana kawan kau yang lain??" Soal Haifa.

"Diorang ada je duduk kat ruang tamu tu. Pergi la join diorang sekali." Ucap Luq.

"LUQMAN!! KAMU TAK BERSIAP LAGI?!?!" Marah ibunya.

The SKIRLSWhere stories live. Discover now