Chapter 14

107 12 5
                                    

"Kamu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diletakkan pada situasi yang berbeza." Terang Faizal dengan jelas.

"Setiap barisan mesti mempunyai 10 orang. Jadi beratur mengikut kelas ye, adik-adik sekalian. Ada soalan ke??" Tambah Faizal lagi.

Alya mengangkat tangannya. Semua mata menumpukan perhatian dengan fokusnya. "Kena campur lelaki dengan perempuan jugak ke??" Alya memandang ke arah Faizal. Kemudian mata Alya mengerling ke arah Ryan.

Ye la kesian jugak dekat si Ryan ni. Baru je masuk sekolah, dah kena pergi kem. Tak sempat pun nak berkenalan dengan orang lain. "Bagus soalan tu. Jawapannye tidak. 10 orang perlu berada dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai jarak yang agak jauh dengan kumpulan lain. Korang akan duduk dalam satu khemah. Jangan risau pasal saiz khemah tu. Kami dah sediakan khemah yang besarrrrrrrrrr khas untuk korang." Faizal buat gaya tangan membentuk bulatan yang sangat besar. Mereka mengangguk faham.

Setelah mereka selesai membuat barisan.....Ulfah melihat sekeliling. "Kumpulan kita tak cukup lima orang lahh." Patutlah dia sibuk pandang sana, sini, situ. Rupanya tak cukup ahli kumpulan.

"Ada tak kumpulan yang belum cukup ahli??"

Hanya barisan ahli 5 SKIRLS yang mengangkat tangan. "Kumpulan kami perlu 5 orang lagi." Suara Haifa kedengaran.

"Yang barisan lelaki pula??" Faizal perasan yang ahli BLP juga tak cukup ahli kumpulan. "Kitaorang perlukan 4 orang lagi."

"Okey macam ni lah. Kumpulan yang dah cukup ahli kumpulan tu boleh mula bergerak ke lokasi yang ditentukan. Sila ikut abang-abang, akak-akak yang pakai baju biru cerah yang berada kat belakang korang tu."

Satu persatu kumpulan meninggalkan tapak perhimpunan kecuali barisan 5 SKIRLS dan barisan BLP.

"Ryan, kenapa dalam banyak-banyak barisan, kau masuk barisan diorang ni jugak??" Tanya Haifa.

"Aku yang nak berkawan dengan dia." Jawab Haziq dengan muka yang sangat yakin. Kalah si Sofi waktu jawab soalan bahasa inggeris.

'Orang tak tanya dia pun. Sibuk je nak menjawab.' Marah Haifa di dalam hati. "Korang terpaksa duduk dalam satu kumpulan. Jadi bilangan ahli kumpulan kamu akan jadi 11 orang." Faizal memerhatikan setiap reaksi mereka.

"No!! Maksudnya kitaorang pun terpaksa kongsi khemah?!" Balqis membantah cadangan Faizal tadi.

Faizal tergelak kecil lepas dengar cadangan si Balqis tu. "Takkanlah kitaorang nak bagi korang duduk dalam khemah yang sama?? Mestilah kami akan sedia khemah lebih untuk ahli-ahli perempuan. So, korang boleh ikut saya untuk pergi sana."

Tanpa cakap banyak, mereka akur sahaja dengan arahan Faizal.

Waktu dalam perjalanan...."Kayu apa ni??"

"H-HARRY's WAND?!?!" Jerit Sofi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"H-HARRY's WAND?!?!" Jerit Sofi. Budak memang pantang jumpa benda  yang berkait dengan Harry Potter. Kalau dia jumpa, macam ayam bertelur sebiji, riuh sekampung.

The SKIRLSWhere stories live. Discover now