Love Hate | 02
KETUKAN pada pintu biliknya membuatkan Sofia yang sedang fokus pada kertas kerja terus mendongak. Ada Jimin di muka pintu.
“Busy ke?”
“Ya, Sofia busy sikit. Abang nak cakap apa?” soal Sofia. Jimin menggelengkan kepalanya tanda tak ada apa- apa.
Dia melangkah masuk kedalam bilik sebelum mengambil tempat dibirai katil. Bantal berbentuk hati itu dicapai lalu dipeluknya.
“Em.. abang nak tanya sikit ni. Apa pendapat Sofia dekat kawan abang tu?” soal Jimin.
Sofia mengerutkan dahinya.
“Kawan abang yang mana satu?”
“Lah, yang tadi tu, yang handsome tu. Nama dia Jungkook. Takkanlah Sofia dah lupa?” ujar Jimin dan hanya dibalas dengan bahu yang diangkat tanda Sofia tak tahu.
“Kenapa dengan dia?”
“Abang nak tanya pendapat Sofia pasal dia. Rupa dah ada, pakej dia dah elok cuma perangai je yang masih tak elok.”
“Sofia tengok okay je. Kenapa?”
“Sofia suka tak?”
“Tak.” jawab Sofia terus terang.
Senyuman Jimin terus pudar. Apa hati batu sangat adik dia ni. Muka kacak macam Jungkook tu dia langsung tak tertarik?
“Sofia, ya ampun. Lelaki tu, punyalah kacak, kaya lagi tu dan kalau Sofia kenal lebih dalam lagi. Dia tu baik-”
“Abang cakap dia playboy.” potong Sofia. Jimin gigit bawah bibirnya.
Tiba- tiba dia menjadi nervous sebaik matanya terpandangkan akan anak mata biru milik adiknya itu.
“Aniya.. abang tak pernah cakap macam tu okay? Eish, yalah abang mengaku. K- kawan abang tu playboy. Perempuan keliling pinggang, but I'm promise, kalau Sofia pandai ambil hati dia. Dia lelaki yang setia dan baik.” terang Jimin.
Sofia jongket kening.
“So what? Abang nak minta Sofia supaya buat kawan abang tu jatuh cinta pada Sofia? Too cliche-lah abang.”
“Tapi-”
“Abang pun tahu kan yang Sofia still have no interest in men buat masa ini?” balas Sofia. Jimin mengeluh perlahan.
“Abang cuma bagi cadangan, lagipun kawan abang tu.. em.. dia sukakan Sofia.” ujar Jimin sambil menggigit bawah bibirnya.
“You know I aint have no time for this. Abang cakap kawan abang tu playboy, so kenapa abang nak percayakan dia sangat?” soal Sofia.
Pantang dia bila mendengar perkataan 'sukakan Sofia'. Hey, please. Dia tak nak patah hati lagi, okay?
“Sebab.. em.. sebabnya abang yang cabar dia.”
“Cabar apa?”
“Abang cabar dia untuk buat Sofia jatuh cinta pada lelaki macam dia.”
“What?”
〰〰〰
“Hai, baby. Lama tunggu?” soal Jungkook seraya melabuhkan punggung disalah satu kerusi tinggi didalam bar tersebut.
Seorang gadis berambut perang dengan dress melekat pada tubuhnya yang diberi title 'Perfect Body' itu menoleh. Cebikan diberikan tanda jawapan bagi soalan Jungkook.
“Sayang, i'm sorry. Jalan jammed tadi. Janganlah merajuk, I tak reti nak pujuk, you tahu?” bisik Jungkook sebelum belakang tubuh gadis itu diusap perlahan. Merengek kecil gadis itu jadinya.
“Eum.. baby tak jadi nak merajuklah. Muka handsome macam you ni tak patut kena layan macam ni. Kan, darling?” ujar Mia seraya mengusap pipi Jungkook lembut.
Lelaki itu tersengih kecil. Alah, apalah sangat dengan perempuan macam dia ni? Muka handsome macam Jungkook ni dapat pikat hati gadis- gadis diluar sana dengan sekali pandang je tau?
Tak petik jari pun berderet datang!
“So, what we gonna do now?” soal Mia. Jungkook memandang atas lagak seperti berfikir seketika.
“Jom have fun?”
“Where?”
Jungkook tersengih nakal, dia sentuh lengan gadis itu lalu mengusapnya perlahan.
“Tempat biasa but different feeling, I'm sure you gonna love it.” ucap Jungkook nakal. Gadis itu merengek suka.
Setelah menghabiskan minuman yang dipesan mereka sama-sama bergerak menuju ke hotel yang terdekat.
.
Hai, disini sha nak tegaskan yang Jungkook dalam cerita ni seorang PLAYBOY, jadi scene yang dipersembahkan berkenaan watak playboy Jungkook akan agak menjengkelkan.
So..
Jangan kecam I😅
Tapi kecam Jungkook- kidding okay😂.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...