Love Hate | 22
SOFIA mendongak memandang rumah banglo yang tersergam indah dihadapannya.
Ini kali kedua dia datang ke sini, kali pertama dia datang bukan sebagai sesiapa namun penerimaan ibu mentua-nya agak luar biasa.
Kali ini dia datang sebagai menantu kepada keluarga Jeon. Isteri kepada Jungkook.
Mesti ada yang pelikkan kenapa scene mama Jeon tak ada dapat chapter yang lepaskan? Selesai je majlis kahwin Sofia dengan Jungkook, terus mama mentuanya itu balik.
Tanpa mengucapkan sepatah kata pada keluarga Park.
Sopan tak?
"Sayang, kalau saya ada masa saya akan bawa sayang beli rumah baru. Untuk anak- anak kita nanti." bisik Jungkook tepat di telinga Sofia, meremang bulu roma gadis itu jadinya.
Terus dia jarakkan dirinya dengan Jungkook.
Jungkook tersengih nakal, dia kenyitkan mata sebelum pergelangan Sofia dia tarik lalu mereka beriringan melangkah masuk kedalam rumah.
"Mama awak tak suka saya."
"Tak apalah, yang penting saya sukakan awak." balas Jungkook dengan sengihan playboy dia tu. Sofia menampar lembut pipi Jungkook buatkan lelaki itu tersengih kecil.
Kreak!
Pintu rumah banglo yang agak besar itu dibuka oleh seseorang. Seorang wanita yang Sofia kenali sebagai ibu mentuanya itu keluar.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, wanita itu meluru untuk memeluk Jungkook.
Sofia ditepi dianggap seperti tidak wujud saja.
"Masuklah Jungkook."
"Ma, em Jungkook ada bawakan menantu mama. Isteri Jungkook, Sofia-"
"Masuklah." ucap wanita itu acuh tak acuh sebelum melangkah masuk kedalam rumah, meninggalkan Jungkook dan Sofia berdua.
Genggaman tangan Jungkook pada tapak tangan Sofia makin erat.
"Naiklah atas, mesti Jungkook penatkan?" lembut Puan Jeon menyoal. Jungkook mengangguk, terus saja Sofia ditarik untuk turut naik ke tingkat atas.
Tak mahulah dia tinggalkan isterinya itu bersama mamanya, takut bercakaran pula nanti.
"Jangan ambil hati dengan mama saya eah, sayang?" ujar Jungkook sebaik pintu bilik dikatup.
Sofia langsung tak membalas, genggaman tangan Jungkook dia lepaskan sebelum gadis itu melabuhkan punggung diatas birai katil.
"Your mom doesn't like me."
"So what?"
"Saya tak naklah digelar sebagai menantu tak guna sebab saya ni orang luar dan tak-"
"Hey, yang awak perlukan hanyalah saya. Bukan mama saya, bukan sesiapa. Saya tak peduli kalau orang lain gelar awak macam tu, yang penting dalam hati saya. Awak adalah yang pertama." ujar Jungkook.
Yang pertama? Yang pertama apa? Yang pertama menjadi isteri Jungkook? Boleh dipercaya? Tak boleh.
Selagi Jungkook tak luputkan perangai playboy dia tu. Tak semudah itu Sofia akan percayakan lelaki seperti Jungkook.
Bermulut manis namun didalam hati, banyak cabangnya.
"Sudahlah, saya penat."
"Esok sayang kerja?"
"Ya. Kenapa?"
"Saya hantar, saya nak tengok wajah bekas teman lelaki awak tu." ujar Jungkook, t- shirt berwarna kelabunya itu dia bukak.
Menampakkan tubuh badan Jungkook dengan perutnya yang mempunyai abs itu. Dia sengaja mahu tayang aset depan isteri.
"Dah kenapa?"
"Nak goda awak."
.
Nak tengok kehanatan Puan Jeon tak?
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...