Love Hate | 15
KEHENINGAN mula menguasai suasana didalam kereta Audi milik Jeon Jungkook.
Kedua mereka hanya diam membisu, dah Sofia tak nak buka mulut, Jungkook apa lagi. Dia ajelah, takut pula kena sembur dengan bakal isteri.
"Kita nak kemana?"
"Lahh dah hampir separuh jalan barulah sayang nak tanya?" soal Jungkook, sedikit memerli. Wajah dingin Sofia hanya dipandang dengan wajah nakal. Gadis itu menjeling.
Fail yang dia belek tadi kini ditutupnya.
"Where are you taking me?"
"My house."
"For what?!" soal Sofia, sedikit terkejut dengan jawapan lelaki itu. Sengihan yang terbit pada bibir Jungkook buatkan Sofia makin geram. Lengan lelaki itu dia pukul perlahan.
"Kan saya dah cakap yang saya akan bawa awak jumpa mama saya bila balik nanti? Sayang dah lupa ke?" soal Jungkook, hidung Sofia dia cuit kecil namun ditepis sekilas oleh Sofia.
"Please jangan main- main Jungkook. Saya tak suka. Hantar saya balik rumah sekarang." tegas Sofia berkata namun sedikitpun tidak diendahkan oleh Jungkook. Makin dia lajukan pemanduan adalah.
"Kenapa degil sangat ni?"
"Hey, saya tak degil. Saya cuma nak percepatkan rancangan perkahwinan kita. Kalau awak jumpa mama saya, dan berkenal- kenalan dengan dia. Dapat memudahkan kerja kahwin kita, kan?"
"Saya tak cakap pun yang saya nak kahwin dengan awak."
"Lambat atau cepat, awak akan jatuh hati pada saya. Kalau tak sekarang, saya masih boleh goda awak bila kita dah kahwin nanti." balas Jungkook dengan sengihan miangnya. Sofia mengetap bibirnya geram.
Sudahlah masalah di pejabat tak selesai lagi, tambah masalahnya dengan mamat ni lagi.
Dia ni memang dah desperate sangat nak kahwin ke apa?
"Please jangan yakin sangat-"
"Sofia, kalau saya mahukan sesuatu, saya akan dapatkannya dengan pelbagai cara, kalau awak nak cara yang lembut, saya buat. Kalau awak nak cara kasar, kita check in." bisik Jungkook dihujung ayatnya sambil mengenyitkan anak mata.
Sengihan miang tersemat pada hujung bibirnya.
"Jadi awak kahwin dengan saya semata- mata nak buat benda tu je ke? What kind of bastard are you?" soal Sofia sarcastic dengan nada suara yang rendah.
"I'm that type of man that you're never seen in your life."
"Yea, the mental one." balas Sofia dengan perlian.
Mereka terdiam lagi.
"Dah berapa banyak perempuan yang awak dah tiduri?" soal Sofia.
Dia bimbang sebenarnya, kalau dia betul-betul kahwin dengan Jungkook yang dah main dengan perempuan yang entah dia sendiri baru kenal. Bukankah peluang untuk mendapat penyakit itu luas?
"I'm too lazy to count.." balas Jungkook.
"Huh.." terlepas satu keluhan pada bibir Sofia. Sakit kepala dia dengan lelaki playboy macam Jungkook ni!
"You know what? You're the craziest man I've ever meet."
"Yup, tapi lelaki gila ni jugaklah yang bakal jadi suami awak. Yang awak akan sayangi dan cintai seumur hidup."
"Kenapa awak yakin sangat? Kalau awak rasa saya ni mudah, awak takkan ambil keputusan untuk kahwini saya, awak akan cuba goda saya. Sama seperti awak goda perempuan lain."
"Sebab awak, Sofia Edler Park is someone special for me." ucap Jungkook sambil berbisik.
Saat itu kereta Audi Jungkook sudah terparking dihadapan rumah banglo milik keluarga Jeon.
"Bukan sebab awak dicabar?"
Jungkook cuma membalas dengan sengihan. Hilang ayat manisnya terus.
"Jom masuk, jumpa mama mentua awak." ujar Jungkook seraya mengenyitkan matanya.
Lelaki itu sudah terlebih dahulu melangkah keluar dari keretanya. Sofia melepaskan seat belt, wajahnya raup, perkara paling dia tak expect yang dia akan buat hari ini.
Pintu kereta dibukakan Jungkook bila dia rasakan yang gadis itu mengambil masa agak lama.
"Come on, sayang. Jangan risau, mama saya tak makan orang. Anak dia ni je." lengan Jungkook dipukul sebelum Sofia melangkah keluar dari situ.
Mereka sama- sama beriringan melangkah masuk kedalam rumah. Pintu rumah diketuk sebelum mereka mendiamkan diri.
"Can I hold your hands?" soal Jungkook.
"No, thank you."
"Aww, sombong- sombong macam ni pun esok- esok saya boleh peg-" ucapan Jungkook terhenti bila Sofia hadiahkan pandangan tajam. Mulut dia ni, tak boleh lagi nakal ke? Jungkook tersengih.
"Sayang nampak cantik bila marah, i like."
"Buat saya marah banyak- banyak, biar saya cepat mati."
"Hey." tegur Jungkook, sedikit tak menyukai ucapan gadis itu, tanpa amaran tapak tangan Sofia digenggamnya.
"I said-"
"Jungkook?" tegur seseorang dimuka pintu.
"Annyeong eomma!"
"Dan ni?"
"Sofia ma, bakal menantu mama." balas Jungkook buatkan senyuman di bibir wanita yang Jungkook panggil mama itu memudar.
"Sofia?" terus matanya memandang penampilan gadis itu atas bawah.
Duh, apa lagi ni?
.
Nantikan 'kehanatan' bakal ibu mentua sofia.
Muehehehe[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...