Bab 9🐾

2.7K 418 40
                                    

Love Hate | 09



SOFIA melangkah tergesa- gesa menuruni anak tangga. Beg tangan disangkut pada bahu serta fail yang berisi kertas kerja dan lakaran baju dipeluknya.

“Abang cepatlah!” ucap Sofia bila dia lihat abangnya Jimin itu masih berlengah- lengah di tingkat atas dengan rambut yang kusut masai.

Sempat Jimin menggeliat kecil lalu melangkah menuruni anak tangga dengan perlahan.

“Abang mengantuklah Sofia, abang masuk lambat hari ni.. kenapa sofia bangunkan abang awal?” soal Jimin dengan suara yang serak- serak basahnya itu.

Sofia mencapai kunci kereta milik Jimin sebelum diletakkan atas tapak tangan lelaki itu. Mata dibulatkan bila wajah pelik abangnya bertayang.

“Hantar sofia ke office sekarang! Palli!

AAAA, kenapa abang kena hantar Sofia pula?” soal Jimin. Sofia hanya biarkan soalan abangnya itu tidak berjawab. Lengan Jimin ditarik ke garaj kereta.

Mahu tak mahu Jimin hanya menuruti saja permintaan adik tirinya itu. Jimin masuk kedalam perut kereta, enjin dihidupkan sementara Sofia menunggu di hadapan rumah.

Berulang- ulang kali dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya.

Bila dia mengalihkan pandangan ke pintu pagar, sebuah kereta Audi yang amat dia kenali sudah memandu masuk dan terparking di hadapan rumah. Sofia gigit bawah bibir.

“Kenapa abang tak keluarkan kereta?!” tanya Sofia bila dia lihat Jimin dengan tenangnya melangkah keluar dari garaj kereta sambil kedua tapak tangan masuk kedalam poket seluar.

“Lah, kan prince charming adik abang dah datang nak ambil adik tu?” jawab Jimin seraya memuncungkan mulutnya pada kereta Jungkook.

Saat itu juga Jungkook sudah melangkah keluar dari perut kereta, lelaki itu nampak segak berpakaian kemeja dengan bahagian lengannya dilipat hingga ke siku.

“Kenapa muka masam je ni?” soal Jungkook dengan sengihan dibibir. Wajah Jimin dipandang sebelum dia pandang pula wajah cemberut Sofia.

“Adik aku fikir kau tak ambil tadi, tulah dia minta aku hantarkan ke pejabat.” balas Jimin serentak dia meringis sakit bila pinggangnya disiku Sofia.

“Kenapa pula? Kan saya dah mesej sayang semalam?” ucap Jungkook, Sofia langsung tak merespon langsung saja dia masuk kedalam kereta Jungkook. Tak mahu berlama- lamaan disitu.

“Hotak kau sayang.” perli Jimin, geli geleman dia bila Jungkook memanggil adiknya itu dengan panggilan sayang. Jungkook cuma pasang senyum kambing.

“Jaga dia baik- baik.”

“Yalah bang Jeman” balas Jungkook sebelum dia mencicit lari masuk kedalam kereta bila Jimin mahu membaling slipper kepadanya. Ganas bang Jeman kita ni.

Kereta Jungkook dipandu keluar dari perkarangan keluarga Park tersebut. Sesekali dia melirik memandang Sofia, gadis itu hanya mendiamkan diri sambil meneliti sesuatu pada telefon pintarnya.

Lelaki itu berdehem kecil, tujuannya adalah mahu menarik perhatian si cantik Sofia.

“Awak nak cuba mengelak dari saya ke tadi?” soal Jungkook, cuba memulakan perbualan.

No, i didn't

Then, what's the reason? Kalau awak nak saya hantar awal, saya boleh je hantar. Awak hanya perlu call saya je, sayang. Bukannya susah.” ujar Jungkook dengan sengihan menggoda namun bila tak mendapat balasan dari Sofia, senyumannya perlahan- lahan memudar.

Haih, hati beku betulah perempuan ni.

“Saya cuma tak nak ada apa- apa hubungan dengan awak. Please noted that.” tegas Sofia, makin lebar senyuman lelaki itu jadinya.

“Cik Sofia, kalau saya cakap saya sukakan Cik Sofia macam mana?” balas Jungkook seraya memandang sekilas wajah dingin Sofia itu.

“Saya tahu awak tipu.”

“Hentikan penipuan awak ni, saya tahu awak dicabar abang saya untuk buat saya jatuh hati pada awak. But, Encik Jungkook, i'm not an easy girl. Saya tak perlukan awak dalam hidup saya.” panjang lebar Sofia berkata namun itu semua hanya dibalas dengan sengihan kecil dari Jungkook.

“Cik Sofia, saya dah kenal banyak perempuan sepanjang saya hidup dan awak adalah satu- satunya wanita yang buat saya kagum.

Your coldness make me want to know you more.” balas Jungkook. Sofia mengetap bibirnya geram.

I like you, Sofia.

“Kalau awak betul- betul sukakan saya. Kahwini saya.”

“Saya tak nak ayat suka awak tu terpancul hanya dibibir awak saja. Saya nak bukti. Saya tak nak awak buat saya macam yang awak selalu buat dengan perempuan lain.” balas Sofia serentak ketika kereta Jungkook berhenti dihadapan pintu utama syarikat Sofia.

“Kalau awak tak mampu buat, jauhi saya.” ucap Sofia lagi sebelum pintu kereta dibuka lalu tubuhnya keluar dari perut kereta.

Jungkook masih lagi terpana, belakang tubuh Sofia dipandangnya dari belakang. Namun senyuman nakalnya kembali terbentuk.

“Kalau itu yang kau nak, just wait and see..”

.

Okay last untuk hari ni, jumpa anda minggu hadapan🙌

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] Love Hate | JJK ✓Where stories live. Discover now