Love Hate | 16
SOFIA merebahkan tubuhnya diatas katil, setelah selesai mandi dan lengkap berpakaian pijama tidur, matanya tiba- tiba rasa mengantuk.
Dia mengiring ke tepi, bantal peluk dicapai lalu dia peluk.
Kata- kata wanita yang bergelar ibu kepada lelaki tak guna itu masih lagi berlegar- legar didalam kepalanya.
“Perempuan ni yang Jungkook nak jadikan menantu mama?” soal wanita itu dengan kerutan didahi. Sofia cuma beriak biasa.
Jungkook mengangguk kecil. Tangannya menarik paksa tapak tangan Sofia sebelum diciumnya sekilas.
“Yalah mama, nilah bakal menantu mama tu. Jungkook dah janji nak bawa bakal isteri Jungkook, kan?” ujar Jungkook.
Dia kenyitkan matanya pada Sofia yang hanya duduk kaku disampingnya.
Pandangan tak suka dilemparkan oleh wanita itu. Terus wanita itu menggeleng kecil.
“Mama tak berkenan.”
“Tapi Jungkook suka.” jawab Jungkook. Sekali lagi wanita itu memasang wajah tak suka.
Sofia leraikan pegangan tangan. Jungkook cuma melirik dari ekor mata.
“Ma, suka ataupun tak suka. Kook tetap nak jadikan Sofia isteri Jungkook-”
“Kalau mama cakap mama tak berkenan, maksudnya taklah.”
“Lagipun mama dah cakap kan? Syarat untuk menjadi menantu keluarga Jeon, menantu mama mestilah wanita korea asli yang berwatakan baik serta peramah. Kalau kamu pilih orang luar, mama takut dia akan membawa pengaruh buruk pada keluarga kita.”
“Lagipun tak ada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga Jeon yang kahwin dengan orang luar. Kita mesti ikut tradisi-”
“Ma, bila hati kook dah terpikat. Susah untuk Kook bantah lagi.” balas lelaki itu. Sofia mengeluh perlahan.
“Macam nilah auntie, kalau auntie tak suka saya. Tolong minta anak auntie ni jauhkan diri dari saya. Cakap baik- baik dekat keluarga saya kalau auntie tak nak teruskan perkahwinan.”
“Saya Sofia Edler Park pun tak ingin nak jadi menantu keluarga Jeon ni.” balas Sofia sebelum melangkah keluar dari rumah banglo tersebut.
Bukan dia nak kurang ajar tapi, kalau wanita itu cakap belakang tak apalah, ini depan- depan.
Huh! Anak dengan mak sama- sama menyakitkan hati!
Baguslah kalau wanita itu tak berkenan dengan dirinya, tak payahlah dia susah- susah nak fikir pasal kahwin. Baik fikir pasal kerja je. Lagi elok, kan?
Deringan dari telefon pintarnya buatkan Sofia yang baru hendak memejamkan matanya itu tergendala.
Terus gadis itu mengiring ke samping untuk mendapatkan telefonnya yang berada dimeja lampu itu. Tanpa melihat nama pemanggil, terus saja Sofia gesel butang hijau.
Dengar suara si pemanggil saja sudah buatkan Sofia menyesal.
“Sayang, dah nak tidur ke?”
“Apa lagi awak nak? Saya rasa awak dah dengarkan jawapan saya? SAYA TAK NAK KAHWIN DENGAN AWAK. Tolonglah faham, Jungkook.” balas Sofia separuh merayu.
Hilang mood dia hendak tidur. Rasa segar bugar balik.
“Sofia, maafkan saya. Saya dah terlanjur sukakan awak. Jadi awak tak boleh nak tolak-”
“Are you deaf? Saya cakap saya tak nak kahwin dengan awak,kan? Mama awak tak sukakan orang asing macam saya. So, please cari orang lain. Tolonglah jangan kacau saya lagi.”
“Tolonglah Jungkook.. saya merayu.”
“Too late, sayang. I already talk to your father. He's agree. Hujung bulan ni kita kahwin, be ready, my princess.” ucap Jungkook sebelum panggilan dimatikan.
Sofia tak mampu berkata- kata. Telefon dia letakkan perlahan- lahan diatas katil. Jimin yang berada dihadapan pintu biliknya itu dia pandang kosong.
“Maaf, abang dah cuba nasihatkan dia. Tapi dia degil. Jadi abang tak dapat nak halang.” ucap Jimin dengan wajah yang serba salah.
Sungguh dia cakap, dia tak sangka yang semuanya akan jadi seperti itu. Tak sangka yang Jungkook boleh jadi senekad itu mahu memperisterikan Sofia.
Tak sangka.
“Ini semua salah abang!” sebiji bantal dibaling ke arah Jimin namun sempat ditangkap oleh lelaki itu.
“Hey, abang minta maaflah-”
“Keluar!!”
.
Nekadkan Jungkook?
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...