Love Hate | 21
JIMIN melirik memandang adik tirinya yang bermuka masam itu. Tak gembira macam selalu, haih. Dia selaku abang rasa berdosa tau tengok adik macam tu.
Jungkook ada buat apa- apa ke?
“Ada masalah ke adik abang ni?”
“Banyak.”
“Cuba kurangkan”
Sofia menjeling. Lemonade yang berada dalam gelas kaca itu dikacaunya menggunakan straw. Jimin tersengih kecil. Cermin mata hitamnya dia betulkan.
“Kak mira mana abang?” soal Sofia, gelas lemonade diletakkan atas meja kecil disampingnya.
“Kenapa cari tunang abang?”
“Nak meluah.”
“Abang ada ni. Tak payahlah susah- susah cari kak mira. Dia sibuk, jaga hati dia untuk abang.” seloroh Jimin sebelum ketawa namun tak dapat sambutan dari adiknya itu.
(Mana mira? Tolong jaga hati tu untuk jeman ni😂)
“Abang ni..”
“Kenapa ni? Jungkook ada buat apa- apa yang menyakitkan hati adik abang ni ke? Kalau ada abang boleh settle, lawan lompat karung.” seloroh Jimin lagi.
Lelaki itu mengangkat tangan tanda minta maaf.
“Kenapa dia boleh jadi playboy?”
“Siapa? Jungkook?”
“Hem..” balas Sofia dengan deheman. Jungkook yang sedang berenang didalam kolam itu sambil diusya oleh beberapa gadis korea dan luar negara.
Disebabkan kolam tersebut adalah public pool, so everybody can come and swim. Tapi hanya untuk yang menginap di hotel aje.
“Entahlah, nak cakap dia pernah disakiti, tak jugak. Mungkin disebabkan wajah dia yang kacak tu buatkan dia jadi riak.” ucap Jimin.
Keduanya terdiam. Tak ada benda lagi nak dibualkan.
“Abang..”
“Hem?”
“Abang masih ingat Vernon?”
Jimin terdiam, perlahan- lahan dia menoleh memandang Sofia. Wajah gadis itu cuma kosong tanpa reaksi. Vernon, nama lelaki yang paling dia ingati hingga saat ini.
Dialah penyebab kenapa Sofia mula tak sukakan lelaki. Ex terakhir Sofia yang meninggalkan luka paling dalam didalam hati adiknya itu.
Yalah, menghilang tanpa berita. Sakit tak sakit?
“Kenapa dengan dia?”
“Dia datang kembali.”
“Siapa?” soalan itu menyentakkan Jimin dengan Sofia. Jimin diamkan diri, melihatkan Jungkook yang masih dalam kekeliruan itu buatkan dia jadi rasa tak sedap hati.
“Siapa yang kembali?”
“Sofia nak naik bilik.” ujar Sofia sebelum mengangkat punggung lalu dia melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Jungkook terpinga- pinga disitu.
“Jimin, siapa yang dimaksudkan adik kau tu?”
“Saingan kau.”
Jungkook tersentak.
〰〰〰
“Where is he now?”
“Who?”
“Your ex.”
Sofia menarik nafas, langkah kaki dibawa ke balkoni bilik diikuti oleh Jungkook. Lelaki itu masih lagi dalam tanda tanya. Siapa sebenarnya ex boyfriend si Sofia ni?
Berani beraninya dia datang kembali bila dah lama menghilangkan diri.
“I don't know.”
“Macam mana boleh jumpa dia? Sayang please tell me.” kedua bahu Sofia dicengkam lembut oleh Jungkook.
Gadis itu mengalihkan pandangan namun Jungkook menarik dagu Sofia agar mata gadis itu kekal memandangnya.
“Kenapa dia datang balik?”
“work.”
“Dia kerja dengan awak?”
“Jungkook, ini bukan masalah awak-”
“Ini masalah saya, you're mine, remember?” ujar Jungkook, bahu Sofia disentuhnya lembut. Gadis itu diam, dia alihkan pandangan. Jungkook mengeluh perlahan.
“Sayang, ada dua jenis lelaki dalam dunia ni. Pertama, lelaki yang bila cintakan seorang gadis, dia akan setia sampai bila- bila. Kedua, lelaki yang mengaku sayang tapi dia tinggalkan bila dah bosan.”
“Saya nak jadi lelaki yang pertama untuk awak. Yang akan cintakan awak dan setia sampai bila- bila.” bisik Jungkook, lengannya melingkar pada pinggang sang isteri.
Dia tak pasti yang kata- katanya itu ikhlas ataupun tidak tapi yang pastinya kata- katanya itu hadir dari hatinya sendiri.
“Kalau nak jadi yang pertama dalam hidup saya, buang sikap playboy awak tu. Kalau awak tak boleh..” jari Sofia menyentuh bibir Jungkook yang buatkan lelaki itu terbuai seketika.
“Awak lepaskan saya.”
.
Biar Sofia hajar sikit playboy ni.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...