Love Hate | 57
MATA lelaki itu ralit memandang sekeliling, topi diturunkan agar menutupi bahagian mukanya.Jarinya di tekan- tekan diatas meja, dia tak sabar mahu bersua muka dengan gadis itu untuk memberikan bayaran kerana telah menjalankan kerjanya.
Beberapa minit menanti, gadis yang dinanti- nantikan akhirnya tiba. Dari jauh lagi, bibir merahnya mekar dengan senyuman.
Kasut tumit tinggi berwarna merah itu berbunyi bila gadis itu melangkah masuk kedalam restoran yang mula lenggang itu.
“Hey, maaf buatkan awak tunggu lama.”
“It's okay. Have a seat.” balas lelaki itu, gadis itu tanpa banyak soal langsung saja gadis itu menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya disitu.
Cermin mata diturunkan agar dia nampak lebih jelas wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya itu.
“Dah dapat gambar, kan?” soal gadis itu.
“Of course.. saya takkan panggil awak kalau kerja tak siap lagi.” balas lelaki itu disambut sengihan dari sang gadis.
“So.. where's my money?” soal gadis itu.
“Tak sabar nampak? Here, 100,00 won, sesuai dengan perjanjian kita.” ujar lelaki itu seraya menghulurkan envelope berwarna putih kepada si gadis.
Si gadis langsung saja mengambilnya, sempat dia mengintip sekilas sebelum tersenyum. Dia kenyitkan matanya pada lelaki itu.
Suka.
Ini kali pertama dia dibayar begitu banyak untuk perkhidmatan yang baginya agak senang.
Jadi penghancur rumah tangga atau orang ketiga dalam sesebuah hubungan ? Itu kerja mudah untuk seorang gadis bernama Han Sera.
Mudah jika dia dibayar dengan jumlah yang dia inginkan.
Seperti lelaki yang dihadapannya ini, ditawarkan 50,000 ribu won... 100,000 ribu won dibayarnya.
Keturunan raja ke apa?!
“By the way, lelaki yang awak minta saya goda tu nampak macam lelaki baik. Kenapa awak minta saya buat macam tu? Dia ada kacau awak?” soal Sera.
Lelaki itu menggeleng kecil.
“Aniya. Saya cuma terfikir yang dia tak sesuai untuk-”
“Tak sesuai untuk adik awak?” soal Sera lagi.
Lelaki itu mengangkat wajah, lama dia berfikir akhirnya anggukan dia berikan sebagai jawapan untuk soalan gadis itu.
“Saya cuma tak nak adik saya disakiti lagi. Saya baru tahu yang, my sister is pregnant, tapi lelaki itu kata dia belum bersedia nak jadi ayah.”
“I'm tired hearing that Sofia is crying everynight.” lirih saja nada suara lelaki itu.
Jimin.
Park Jimin adalah lelaki itu.
Sera terdiam.
Kepalanya ligat menyusun ayat untuk menyoal Jimin. Kalau dia tahu punca utama Jimin meminta dia untuk menggoda suami kepada adik tirinya itu. Tak adanya dia terima.
“Awak tak rasa.. apa yang awak dah buat ni dah melampau?” soal Sera.
Terdongak wajah Jimin jadinya. Kening terjongket petanda yang dia tak faham.
“Maksud?”
“Saya tak nak tanggung apa- apa kalau terjadi sesuatu dekat kandungan adik awak. You know, preggy woman, you cannot play with their emotion.” ujar Sera.
Jimin mengetap bibir.
“I know that, but i have to teach him a lesson. My sister not a doll that he can play and throw it like that. I'm sad that Sofia have to marry a guy like him.” balad Jimin, keningnya diurut perlahan.
“Hem.. saya tak komen apa- apa lagi. Kalau awak rasa lelaki tu tak sesuai untuk adik awak, why not you try slow talk with him?”
“Huh..” Jimin ketawa kecil.
Slow talk?
Macam mana? Nak ke lelaki keras kepala macam Jungkook dengar cakap dia? Even Sofia pun tewas, inikan pula dia?
Dalam mimpilah!
“Okaylah, i got to go. Terima kasih untuk bayaran ni dan.. jumpa lagi.” kata Sera sebelum memasang kembali cermin mata hitamnya lalu mengangkat punggung lalu melangkah keluar dari situ.
Jimin masih lagi termangu sendirian. Wajahnya diraup kasar.
“I do this for you, Sofia.”
.
Jeman menghanat lagi.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...