Love Hate | 58
JUNGKOOK duduk termenung diatas meja kerjanya, pen yang dia gunakan untuk menandatangani beberapa dokumen itu dibelek- belek lalu dihentak diatas meja.
Kepala yang berpinar di picit perlahan.
Fokusnya terhadap kerja sedikit hilang kerana yang sering kali berkunjung difikirannya hanyalah Sofia, Sofia dan Sofia.
Sudah dua hari gadis itu bersikap dingin terhadapnya. Sudah dua hari juga mereka tak berbual.
Jungkook jadi rindu.
Dia rindu mahu bermanja- manja dengan Sofia. Tambahan lagi bila gadis itu sedang mengandung sekarang, dia rasa betul- betul bersalah.
Mana tak bersalahnya kalau dia sendiri yang memulakan perang dingin dengan Sofia.
Bukan apa, dia cuma tak bersedia mahu menjadi ayah. Dia tahu yang menjadi ayah merupakan saat yang dinanti- nantikan oleh sesetengah kaum lelaki.
Tapi tidak untuk Jungkook.
Dia belum bersedia mahu menjadi ayah, cukup baginya memegang status suami kepada Sofia, rasanya itu sudah berbaloi, kan?
Lagipun, masih banyak benda yang masih perlu mereka pelajari. Dia mahu betul- betul mengenali Sofia.
Bukan kerana cinta yang disemat dengan rasa nafsu sahaja.
Perkahwinan bukan boleh dibuat main, perkahwinan perlukan persediaan yang banyak dari segi mental, fizikal serta ekonomi.
Ya, memang cinta itu boleh dipupuk selepas berkahwin, seperti yang Jungkook lakukan pada Sofia.
Tapi dia masih tak yakin yang dia mampu menjadi suami dan ayah yang sempurna buat gadis seperti Sofia.
Memang dia pernah berjanji untuk berubah, tapi berubah juga perlukan waktu. Berubah dengan niat, bukan berubah kerana suka- suka.
“Huh..” Jungkook mengeluh kecil. Wajahnya diraup kasar.
Drt drt!
Telefon pintarnya yang bergetar disisi itu buatkan Jungkook sedikit tersentak. Laju dia mencapi telefon pintarnya kerana menyangka bahawa itu adalah dari Sofia.
Senyuman yang terukir di bibirnya menjadi pudar bila mendapati mesej tersebut bukan dari sang isteri melainkan dari abang iparnya.
Brotherinlawku.
+oi.
+make sure esok bawa sofia dtg rumah.
+mama aku ada buat mkn malam sikit.Kau call lah dia.
+dia tak angkat.
Jungkook terdiam. Seketika kemudian dia melepaskan keluhan kecil.
Okay, nnt aku bagitau dia.
+okay.
〰〰〰
“Macam mana dengan adik awak, Sofia?” soal Mira seraya menghidangkan segelas teh lemon diatas meja dihadapan Jimin. Tunangnya itu.
Punggung dilabuhkan diatas kerusi berhadapan dengan Jimin.
Keluhan kecil terlepas di bibir Jimin sebelum telefon pintarnya diletakkan diatas meja.
“She's okay but still.. dia tak boleh nak terima jawapan Jungkook.” balas Jimin, biskut badam yang berada diatas pinggan kecil itu diambil lalu dikunyahnya.
“Apa sebenarnya yang tak kena dengan Jungkook tu? Wife dah pregnant sepatutnya dia happy, tapi alih- alih cakap yang dia tak ready. What the fish lah.” ujar Mira.
Jimin cuma memerhati dari pandangan mata.
“Huh.. tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Saya ada upah seorang perempuan untuk.. you know.. kacau mereka sikit.”
“Oh my god, Jimin! Kenapa awak buat macam tu?!” jerit Mira, merah mukanya bila mendengar ucapan itu dari mulut Jimin yang merangkap abang tiri kepada bakal adik iparnya itu.
“I just.. i just i don't want Sofia to get hurt-”
“Masalahnya Jimin, awak hanya tambah keruhkan keadaan. Apa yang awak fikirkan waktu tu?” soal Mira, selendang yang dililit simple dikepalanya itu dia betulkan bila sedikit senget.
“Macam mana kalau ada orang bayar seorang lelaki untuk hancurkan hubungan kita? Awak suka?”
“Mira, bukan macam tu.” ujar Jimin.
“Dahlah, saya nak sambung study, saya tak nak layan awak selagi awak tak terangkan segala- galanya pada Sofia. She's like a sister to me, Jimin. Huh..” Mira mengeluh kecil.
“Orang yang pregnant ni, you can't play with their emotion. Mereka mudah kena depresi, awak faham tak? Tak, kan? Dahlah saya nak masuk bilik.” ujar Mira.
Sempat secawan teh lemon dituang didalam cawan sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik, nak sambung belajar.
“Mira!”
“Eo?”
“Fokus tau, jangan asyik fikirkan saya je.” ujar Jimin sebelum kedengar dencitan kecil dari Mira.
Jimin ketawa kecil sebelum satu keluhan terlepas.
Esok malam, dia mahu Sofia bagitau mama about this happy news, then.. dia akan cuba cari peluang untuk minta maaf.
Kalaulah boleh.
.
Okay okay maaf kalau chapter ni agak bosan.
You know, idea manyak kuranglah.
Hihi.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...