Love Hate | 25
“AKU Jeon Jungkook, suami sofia.”
Serentak pandangan Vernon teralih untuk memandang Sofia pula. Dia perlukan penjelasan dari gadis itu.
Yalah sebulan dia menghilang mahu mencari cara untuk Sofia kembali padanya, alih- alih gadis itu sudah dikahwini lelaki paling digemari oleh gadis.
Macam mana dia tahu? Well, disebabkan Jungkook ni kaki perempuan, tak kurang juga pekerja yang seangkatan dengan dirinya membahas topik berkenaan dengan lelaki itu.
Tak sangka, lelaki itu sudah pandai menggelar dirinya suami kepada Sofia.
Mudahnya gadis itu menerima Jungkook.
“Apa maksudnya, Sofia?”
“You don't understand? Belum cukup jelas ke pada kau? Aku Jeon Jungkook, sekarang ni adalah suami kepada Sofia Edler Park, bekas kau ni dulu.” ujar Jungkook.
Vernon menggeleng kecil.
“No way, aku tak percaya yang lelaki yang kaki perempuan macam kau ni boleh semudah itu jadi suami kepada Sofia! Kau buat apa dekat dia hah?!” Vernon maju selangkah, kolar baju Jungkook ditariknya.
Sengihan Jungkook buatkan hati Vernon menjadi panas. Terasa dirinya sedang diperlekehkan. Baru saja dia mahu melayangkan satu penumbuk, suara Sofia membantutkan perbuatannya.
“He's right. Jungkook is my husband.” sampuk gadis itu. Kening diurut perlahan, sakit kepala dia fikir pasal benda ni.
Masalah kerja tak tak habis lagi, masalah di rumah, tambah masalah ni lagi. Huh!
“Fya, you can't do this! You know who he is? He's a player!”
“So what? So what if he's a player? I can change him to be a better man. To be my only man. What's wrong with that?” soal Sofia bertubi- tubi.
Bengang dia dengan ucapan Vernon. Dia cuma tak sukanya yang Jungkook dilabel sebagai playboy oleh orang lain.
Status suaminya itu dihebohkan pada orang ramai yang membuatkan Jungkook seperti sedang melakukan jenayah besar.
Hei, Jungkook cuma seorang playboy. Bukan bapak ayam. So, rilex.
“You can change him? Berapa lama? Berapa tahun?”
“Saya tak kesah pun berapa lama. Yang penting dia terdetik untuk jadikan saya isteri dia.”
“Bukan macam awak, awak tinggalkan saya tanpa berikan sebarang berita. Awak buatkan saya tertunggu- tunggu selama hampir setahun.”
“Mana janji awak nak sehidup semati dengan saya Ver? Mana janji awak? Janji awak yang awak cakap awak akan berdiri diatas pelamin sebagai suami saya? Mengucap ikrar perkahwinan yang awak akan jaga saya sampai akhir hayat awak? Mana janji tu Ver?” soal Sofia bertubi- tubi. Tubir matanya mula bertakung dengan air mata.
Hampir saja jatuh membasahi pipi namun dia sedaya upaya menahan.
“Janji awak tu.. dah ditunaikan oleh orang lain..”
“Saya dah jadi isteri orang..” lirih Sofia berkata sebelum dia alihkan pandangan memandang ke tempat lain.
Marissa PA-nya yang berada disitu terus menggosok lengan Sofia petanda untuk menenangkan gadis itu.
“Lelaki memang tak pernah faham hati seorang gadis, kan? Man are selfish.”
“Bukan macam tu, Sofia.”
“Baliklah, saya tak nak berurusan dengan awak lagi. Tolong hantarkan wakil Dior yang lain, tak kira siapapun dia yang penting bukan Vernon Hansol Chwe.” tegas Sofia berkata sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik kerjanya.
Kedua lelaki itu terpana. Jungkook dengan perasaannya, Vernon dengan kekecewaanya.
“Bro, tolong jangan kacau isteri aku lagi.”
“Cih, aku tak janji.” balas Vernon sebelum dia melangkah pergi dari situ.
Jungkook masih sama, kepalanya masih berputar dengan ayat yang diucapkan Sofia tadi.
Sofia can change me?
.
+1
Vernon Hansol Chwe
Hai, suggest movie yang best➡
Sha tengah bosan ni.[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] Love Hate | JJK ✓
RomanceDapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu normal untuk lelaki playboy seperti dia, tapi lama kelamaan dia menjadi ketagih untuk berjumpa dengan gad...