[11]

357 75 1
                                    

BAHAGIAN dalam kapal terbang yang agak luas itu dipenuhi dengan kontena yang bertindan-tindan. Askar-askar ada di serata kawasan, berkawal dengan senapang di tangan. Separuh daripada mereka sibuk memeriksa inventori dan beberapa barang.

Di satu sudut, Nell berjalan dengan gementar, cuba menjadi sebahagian daripada mereka. Dia bergerak di sekitar tempat itu tanpa tujuan sambil membawa senjata yang dia tidak pernah tahu cara untuk menggunakannya. Sudah hampir satu jam dia menyusup ke dalam kapal terbang ini dan setakat ini, penyamarannya masih belum terbongkar.

Kelihatan seorang askar sedang bercakap di sebuah alat yag kelihatan seperti walkie-talkie kecil. Kemudian, lelaki itu mengarahkan berapa orang askar yang lain mengikutinya.

"Hei, kau dengar tak 44216?" Suara lelaki itu menyentap Nell dari lamunannya.

Budak itu memandang poket kiri uniform yang sedang dipakainya. Satu potongan kain dengan nombor yang disebut askar tadi berjahit di situ. 

Dengan berat hati, Nell mengekori lelaki-lelaki tadi. Mereka keluar dari ruang itu melalui lorong putih yang sempit dengan dua garisan kelabu di sepanjang dindingnya. Silingnya rendah dengan lampu yang terang dan mempunyai saluran-saluran udara di bahagian tepi.

Perjalanan mereka agak panjang. akhirnya mereka tiba di sebuah pintu besi. Seorang demi seorang askar mengimbas lengan mereka pada sebuah mesin di sebelah pintu. Alat itu membaca mikrocip yang tertanam di dalam kulit setiap askar sebelum pintu besi itu terbuka dan melungsur ke dalam  dinding.

Tak guna. Keadaan ni tak bagus...

Nell tahu dia akan tertangkap. Semasa dia menyaksikan askar-askar itu berjaya lepas ke ruang sebelah, otaknya terasa hampir meletup memikirkan cara untuk melarikan diri.

Gilirannya tiba jua. Nell hanya berdiri di situ seperti tunggul. Satu-satunya askar yang tinggal di belakangnya mula mengesyaki kelakuan aneh budak itu.

"Apa yang tak kena, kadet?" Askar itu pura-pura bertanya. Dia sudah menyedari bahawa tiada tatu kod nombor pada bahagian belakang tapak tangan kanan budak itu.

Nell terus memandang pintu besi itu dan dapat mendengar askar di belakangnya sedang melaraskan senapang. Dia yakin bahawa ketika ini, lelaki itu sedang menghalakan senjata itu ke kepalanya.

Dengan satu gerakan pantas, Nell menunduk dan meleret kakinya ke belakang sekaligus menjatuhkan askar itu.

Lelaki itu terjelepuk ke belakang. Nell meluru ke atasnya dan mencapai senapang itu.

Askar tersebut menguatkan genggamannya. Tidak begitu mudah untuknya melepaskan senjata itu.

Askar itu menolak kembali budak itu dengan kuat. Keadaan berubah. Kini lelaki itu pula menindih Nell.

Askar itu terus menekan senapangnya ke leher budak itu. Nell mula kehilangan oksigen. Lehernya terasa hampir patah.

Budak itu memegang kepala askar itu dengan kedua belah tangannya lalu menekan ibu jarinya ke dalam mata lelaki itu.

Askar itu menjerit, serentak terus berdiri dan mengundur ke belakang. Pandangannya sudah hilang.

Askar itu mula menembak secara rambang. Nell tersentak dan terus mencangkung ke lantai dengan tangan yang melindungi kepala. 

PARAGONWhere stories live. Discover now