[12] Lembah Besi

356 68 0
                                        

KAIO Valaska duduk di atas dek bot kecilnya dengan sebatang joran di tangan kiri mekanikalnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

KAIO Valaska duduk di atas dek bot kecilnya dengan sebatang joran di tangan kiri mekanikalnya. Lelaki 26 tahun itu menyanyi-nyanyi perlahan. Anginnya agak baik pada hari itu kerana hobinya yang satu ini telah membuahkan tangkapan yang agak banyak.

Waktu sudah agak lewat dan dia mula bersiap sedia untuk pulang apabila telefon bimbit di dalam seluar pendeknya tiba-tiba berdering.

"Hah, apahal? Kau jangan cakap yang kau tertinggal kunci lagi..." Kaio menjawab dengan malas.
"Kau memang tertinggal? Wow...terkejutnya aku! Apa kata kau pecah masuk je? Kau ni penyangak, kan?" Lelaki itu ketawa sinis.
"Apa bezanya? Pencopet ke, penyangak ke, sama je bagi aku... kau tunggu situ. Sepuluh minit..." Dia mematikan talian.

Kaio menghidupkan enjin bot. Kipasnya berpusing dengan mantap, menolak bot itu menuju ke arah rumah-rumah terapung usang yang terlihat jauh di pesisir pantai. Tidak banyak lagi bot atau kapal di lautan kerana semuanya telah pulang ke jeti. Petang ini agak tenang dan sunyi. Bulan sudah kelihatan dengan sedikit malap.

KABOOSSSHH!!!

Sesuatu dari langit telah jatuh dengan deras dan menghentam kuat permukaan laut. Air melangit naik menyebabkan ombak yang sangat gedang, hampir setinggi sebuah bangunan kecil.

"Celaka!" Kaio terkejut besar. Gelombang air yang berada di hadapan serta merta menghempap botnya, dan sudah tentu wajahnya juga.

"Tak guna!" Simbahan itu hampir membuatkannya lemas dan botnya bergoncang dengan dasyat. "Apa kejadahnya tu?!!"

Kaio berlari ke muncung bot. Dia memeriksa sekeliling, cuba mencari benda yang jatuh di hadapan bot itu tadi. Dia mengecilkan matanya, tetapi gagal menjumpai apa-apa.

Namun beberapa ketika, satu benda hitam beransur-ansur muncul dari dalam air dan akhirnya timbul di permukaan.

Dada lelaki itu seakan-akan mahu pecah apabila dia akhirnya dapat melihat rupa sebenar objek itu.

Pada saat itu juga, satu letupan kuat menggegarkan angkasa. Api marak menerangi hari yang semakin gelap. Asap hitam berkepul menyelubungi langit. Kelihatan serpihan-serpihan berapi seperti tahi bintang menjunam laju menghempas daratan.

PARAGONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang