WULAN berdiri di balkoninya, merenung ke arah tasik di malam hari. Purnama menerangi seluruh pemandangan. Bintang-bintang yang bergentayangan di langit menambah seri. Air tasik beralun memantulkan cahaya, bersinar-sinar seperti berlian. Indah nian suasana malam ini.
Namun, perasaan Wulan tidak begitu.
"Kau pasti kau masih tak nak ikut kitorang?" Azaka menghampiri perempuan yang sedang berdiri di tepi penghadang kayu itu sambil membetulkan beg yang digalasnya.
Wulan menggelengkan kepalanya dengan senyuman tawar. "Ini yang terbaik..."
"Kau yakin kau takkan apa-apa kalau orang Rengeiz datang? Kalau diorang jumpa kau, kau takkan terlepas dengan mudah." Azaka masih cuba memujuk Wulan untuk menyertai mereka.
"Aku tau cara nak sembunyikan diri aku. Jangan risaulah. Kau pergilah dari sini dengan tenang. Aku takkan apa-apa." Wulan dapat membaca fikiran rakannya itu.
Azaka menghela nafas. Akhirnya dia mengangguk faham.
"Tentang budak tu... kuasa dia dah makin kembali. Dinding memori yang kau letakkan dulu dah hilang kesannya?" Sedikit kebimbangan terlukis di wajah Azaka.
Wulan membalas renungan rakannya itu. "Dia semakin membesar, begitu juga dengan kekuatan dia. Aku pun tak sangka dinding tu boleh bertahan sampai sekarang. Tapi dengan kuasa macam tu, tak lama lagi ia akan terurai. Sedikit demi sedikit, semua memorinya akan datang kembali."
Azaka mendesah perlahan. "Aku takut aku tak boleh kawal dia..."
Wulan menggeleng. "Tak ada sesiapa pun yang boleh kawal dia, melainkan diri dia sendiri... sama macam Naraki."
Azaka terdiam mendengar nama itu.
"Aku berharap sangat korang berjaya bawa dia berjumpa Pako. Mungkin dia tau apa nak buat..." Wulan menyentuh lembut bahu Azaka.
"Kami akan berjaya." Ujar Azaka walaupun dia langsung tidak pasti bagaimanakah pengakhiran jalannya.
"Satu lagi... kau perlu bagitau mereka kisah sebenar. Diorang berhak tahu." Nasihat Wulan.
Azaka mengangguk lagi. Pada masa itu, telefon bimbitnya berdering. Dia mengeluarkan peranti itu dari kocek seluar dan menekan butang 'jawab'.
"Ya, aku akan turun sekarang. Jumpa kat bawah." Ringkas sahaja percakapannya. Telefon itu disimpan semula sebelum memandang Wulan yang tersenyum tipis.
"Jadi... sampai sini jelah pertemuan kita ye?" Suara Wulan sedikit sebak.
Azaka tersengih. "Drama lah kau. Macam la aku tak boleh datang sini lagi."
Wulan tergelak kecil. "Mari sini." Dia memeluk Azaka. Dakapannya erat, seakan begitu berat melepaskan perempuan itu pergi.
"Selamat tinggal, Azaka." Bisik Wulan.
"Jumpa lagi, Wulan Ratnasari."
_________________________________________
Cahaya dari Lampu-lampu jalan dan mentol-mentol yang bergantungan melimpahi bandar kecil tersebut. Malam masih muda. Namun keadaan di situ penuh kekecohan dan sedikit huru-hara.
Sudha dan Rintana menghampiri Panthera dengan berpeluh-peluh. Auvo juga baru tiba di situ beberapa minit yang lalu. Semua penduduk di situ telah diberikan amaran tentang kedatangan tentera-tentera kerajaan. Kedai-kedai menutup perniagaan mereka dengan kelam-kabut. Banyak kenderaan yang keluar dari bandar.
Nell, Sonny dan Kaio sedang mengangkat beberapa barangan terakhir masuk ke dalam Panthera. Azaka yang baru tiba juga membaling beberapa beg yang dibawanya ke ruang itu sebelum masuk ke tempat penumpang hadapan.

ANDA SEDANG MEMBACA
PARAGON
Aksiyon[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu m...