[45]

229 45 13
                                    

AUVO terbaring di katil besi di bilik bunker yang paling hujung, memuaskan kantuknya setelah semalaman berjaga mengawasi kawasan. Sudha, Kaio dan Sonny berada di ruang paling hadapan dan sedang meneliti beberapa jenis senjata.

Rintana pula berada di ruangan tengah, sedang menggoreng daging burung yang dibawa balik Auvo subuh tadi. Daging yang sudah garing diangkat ke dalam pinggan aluminium, lalu diletakkan di hadapan Nell yang sedang duduk di meja makan.

Nell merenung juadah itu tanpa sebarang perasaan. Hakikatnya, hanya jasadnya sahaja yang berada di situ. Fikirannya melayang kembali ke waktu pagi tadi bersama Azaka di dalam hutan.

.....

"Kau... bergurau?" Renungan Nell menusuk mata Azaka sedalamnya.

Perempuan itu menggeleng kecil. "Aku takkan bergurau tentang perkara macam ni. Kau adalah projek terakhir UMBRA sebelum diorang musnah. Pihak kerajaan dah lama cari kau sebab kau adalah salah satu tinggalan daripada kajian-kajian UMBRA yang dah terhapus."

Nell tertunduk. Kakinya dirapatkan ke badan. Dia mendakap lututnya. Sebelah lagi tangannya mula mencengkam rambut. Nadinya berdenyut laju. Dadanya terasa panas dan seakan sedang dicucuk jejarum halus.

"Jadi... aku dicipta dalam makmal? Habis tu... si... siapa Irena? Siapa ibu aku...?" Suara budak itu menggeletar. Realiti hidupnya kini hancur berkecai. Semuanya bagaikan mimpi.

Azaka mengusap perlahan bahu budak itu. "Ellis... tetap ibu kau. Walaupun kau hanya menumpang di dalam rahimnya, tapi dialah yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga kau dari kecil. Kau adalah segalanya bagi dia. Irena juga tetap mak cik kau. Tak ada sesiapa yang boleh ubah benda tu..."

"Apa semua ni...?" Bisiknya perlahan. Bertambah kasar kepalanya diramas.

Nell hanyut dalam emosi. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia hanyalah klon. Ibunya hanya sekadar sebuah inkubator. Dia tiada langsung pertalian darah dengan Irena. Dia tiada ibu bapa. Tiada saudara-mara. Asal-usulnya hanyalah daripada sel orang yang telah mati.

"Aku rasa... kau perlukan masa untuk terima semua ini. Aku akan beritahu perkara lain jika kau dah okey." Ujar Azaka perlahan. Dia cuba berlagak setenang mungkin sedangkan hatinya begitu remuk melihat keadaan Nell sekarang.

Budak itu tidak berdaya membalas apa-apa. Dunia di sekeliling dirasakan kosong tanpa makna.

.....

"Mana kau pergi pagi tadi? Semua orang risaukan kau." Kata-kata Rintana menyedarkan Nell dari lamunannya.

"Oh... aku pergi ambil angin. Maaflah kalau aku dah buat korang bimbang." Ujar Nell kepada budak perempuan yang duduk bersebelahan dengannya di meja makan. Senyuman kecil terpaksa diukir.

"Oh, aku faham. Kat dalam ni ramai orang dan udara pun agak menyesakkan. Asalkan kau hati-hati. Wulan pun baru je keluar ambil angin jugak." Kata Rintana sambil menuangkan segelas air kosong buat Nell.

"Terima kasih untuk sarapan..." Ucap Nell. Daging burung itu dicubit sedikit dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Takde masalah. Benda kecik je." Budak perempuan itu berwajah senang.

Rintana membiarkan Nell makan sebentar.

"Hei... aku agak gembira kau bunuh banyak askar-askar tu semalam." Luah Rintana.

PARAGONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang