" mwo?jinja?Director,saya dah rancang lama benda ni.Takkan mahu cancel je? " soal Jungkook berang.Dia mengusutkan rambutnya geram. " senang je director putuskan?Semua yang saya dah bookkan tu,macam mana? " soal Jungkook lagi.
" arghh,nae! " Jungkook matikan talian sebelum mencampak fonnya ke atas katil.Mujur atas katil.Kalau atas lantai?mahu berderai fon tu pecah.
Susah lah macam ni.Masalah baru muncul.Agaknya apa riaksi Eunha ya?Jungkook mengeluh.Dia tak sanggup melihat wajah kecewa Eunha apabila teringat akan wajah ceria itu ketika mereka berbincang pada tempoh hari.
***
" Jungkook!! " Eunha berlari ke arah Jungkook yang sedang membuat Plank di bilik gym.
Jungkook mengerling sekilas sebelum menjongketkan keningnya sebelah.Tengah buat plank,kau rasa boleh ke bercakap?
Eunha duduk bersila di sebelah Jungkook. " saya dah bagitahu omma pasal honeymoon tu,jadi dia tanya kat mana?Awak tak nak bagitahu saya lagi ke? " soal Soal Eunha teruja.
Mata Eunha jelas bersinar.Jungkook berhenti melakukan plank.Kali ni soalan Eunha lebih berat daripada dirinya yang membuat plank tadi.Jungkook duduk dengan betul sebelum meneguk air liur.
" a..aku rancang nak bawa kau pergi Italy. " balas Jungkook agak tergagap.
Mata Eunha makin membesar. " jinja?bestnya,kat sana ada apa ya?Saya dengar Italy banyak tempat bersejarah.. " Eunha sudah membayangkan bermacam macam monumen yang cantik di sana.
Jungkook makin rasa serba salah.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. " err,Eunha.Aku nak kata sesuatu sebenarnya. "
Eunha memandang Jungkook ingin tahu. " apa dia? " soal Eunha.
Jungkook merenung lantai.Dengan serba salah dia membuka mulut. " pasal honeymoon tu...aku terpaksa cancel. " kata Jungkook.
Senyuman di bibir Eunha terus mati.Dia merenung Jungkook lama. " director aku call tadi nak cepatkan tamat episod.Jadi,cuti tu terpaksa ditangguhkan. " sambung Jungkook lagi.Dia mengangkat muka.
Kelihatan wajah Eunha macam baru menerima satu kenyataan yang perit.Jungkook berdehem. " jinja mianhae.aku tak sangka benda ni berlaku. " ujar Jungkook lagi.
Takut pula tengok Eunha yang masih diam.Eunha menggigit bibir.Entah kenapa dia tidak rasa sedih sebaliknya rasa membuak buak mahu marahkan director itu.
" kau..okey je kan? " soal Jungkook risau.
Eunha mengeluh perlahan. " ermm,gwaenchana.Bukan salah awak pun.Saya pergi masak dulu ya? "
Eunha rasa malas mahu bercakap dengan Jungkook sekarang.Dia bangun.Jungkook turut bangun dan mengejar langkah Eunha.
" kau marah ke? " soal Jungkook.
Eunha jarang lancar mogok begini dengannya.Biasanya minah ni tahu nak meletus je.Bila tengok Eunha senyap rasa pelik.
Eunha hanya diam.Dia pergi ke dapur di tingkat bawah.Jungkook turut mengikutnya.
" aku tolong kau masak ya? " soal Jungkook." takpe,sy tak nak masak banyak pun.Awak berlatih lah skrip awak dulu.Malam ni awak sibuk kan? " soal Eunha.
" alah,skrip tu senang je.Meh aku tolong kau. " Jungkook mengeluarkan barang barang dari dapur.
Wajah Eunha kelihatan masam mencuka.Jungkoon makin serba salah.
" aku tak nak kecewakan kau.Tapi aku janji,habis shooting aku bawa kau pergi Italy.Kau nak pergi berbulan bulan pun aku tak kisah.okey? " pujuk Jungkook sambil memandang raut wajah Eunha.
Eunha senyum segaris. " sy kata sy okeylah.Saya cuma malas mahu cakap pasal hal ni lagi. " jawab Eunha sedih.
Jungkook terdiam.Kalau itu yang Eunha mahu.
***
YOU ARE READING
Eunkook Marriage [] J.J.K.> J.E.B []_{SLOW UPDATE}
Fanfiction" Love is just a word to me before you come and show what it is. " -전 중국- -정 은비-