Overdose

42 6 0
                                    


Jungkook bersengkang mata untuk menunggu Alice dirawat.Nasiblah malam ni pesakit kurang sedikit.Dia menggenyeh matanya.Perutnya tiba tiba berbunyi menandakan dia sedang lapar.Malam ini dia masih belum menyentuh makanan.Laparnya lain macam.Jungkook mengeluh.

Tiba tiba dia teringatkan Eunha di rumah.Risau pula meninggalkan isterinya itu berseorangan di rumah.Dengan segera dia mencapai telefon yang di off soundnya tadi.Dia takut mengganggu suasana hospital kalau ia berdering.

Nak terkeluar biji matanya melihat mesej dan panggilan Eunha yang berpuluh puluh.Rupanya Eunha sudah menelefonnya banyak kali namun dia tidak sedar.

Jungkook segera menelefon Eunha.Takut juga kalau ada apa apa yang berlaku.Namun panggilannya tidak dijawab.Agaknya sudah tidur ke perempuan itu?Eunha jarang tidur lewat.Kemungkinan isterinya sudah lena diulit mimpi.

Jungkook mengeluh.Sepatutnya dia memberitahu dengan lebih awal kepada Eunha.
kepalanya di sandarkan pada kerusi.Matanya dipejam.Dia rasa dia perlukan rehat sedikit untuk hari esok.

***

" encik.. Encik.. "

Jungkook tersedar dari lenanya yang sementara apabila satu suara memanggilnya.Dia membuka mata.Kelihatan doktor yang merawat Alice sedang berdiri di hadapannya.

" ah,mianhaeyo doktor. " Jungkook bangun dan menunduk hormat.

Doktor itu tersenyum segaris. " gwaenchana.Mesti kamu letihkan?Shooting habis lewat ke tadi? " soal doktor.

" haah,lewat dari biasa. " jawab Jungkook.

" patutlah,saya mahu laporkan keadaan Cik Alice.Sebenarnya,dia tidak mempunyai rehat yang cukup.Sebab itu mudah pengsan.Lagipun aktiviti hari ini langsung tidak beri rehat yang mencukupi kepadanya.Berdasarkan siasatan saya,rasanya Cik Alice pernah mengambil pil yang tidak sepatutnya. " jelas doktor.

Jungkook mengerutkan dahi.Pil?Pil apa pulak ni. " maksud doktor? "

" saya jangka Cik Alice pernah mengambil pil tidur.Sudah banyak kes di mana artis yang agak sibuk selalu mengambil pil tidur untuk menghilangkan stres dan mahu mendapatkan rehat yang mencukupi dengan mudah.Namun perbuatan ini salah,pil tidur akan diberikan atas sebab tertentu sahaja.Kemungkinan Cik Alice sudah mengambil pil tidur secara haram.Ini boleh dikira sebagai pengambilan dadah ringan. " terang doktor lagi.

Jungkook tergamam.Seserius itu?Dia berfikir sendiri.Dia tidak berapa rapat dengan Alice walaupun sudah melakonkan drama sama sebanyak dua kali.Dia tidak tahu akan berita Alice.

" mianhaeyo doktor.Tapi saya tidak pasti. " balas Jungkook.

Doktor tersenyum. " namun,kami sudah suntikkan dos untuk hilangkan kesannya.Saya rasa encik boleh balik berehat dahulu.Esok saya benarkan Cik Alice untuk discharge. " sambung doktor.

Jungkook mengangguk.Pelbagai persoalan dalam mindanya.

***

Eunkook Marriage [] J.J.K.> J.E.B []_{SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now