Time of Bunny and Woof

60 5 0
                                    


Eunha terpisat pisat bangun daripada tidurnya.Bunyi alarm yang bising di sebelahnya membingitkan telinganya.Dengan malas dia menutup alarm itu.Dia menggeliat kecil dan mengerling jam.

Jam 7:20.Masih awal.Malam tadi selepas selesai berbual dengan Lisa terus dia tidur.Dia jarang tidur pada lewat malam.Habis terlupa untuk menunggu Jungkook balik.Bila sebut tentang Jungkook,automatik dia berpaling ke sebelah kanannya.

Sekujur tubuh yang keletihan sedang nyenyak tidur di sebelahnya.Eunha tersenyum lega.Dia tidak sedar yang Jungkook sudah lena tidur di sebelahnya.Melihat baju yang di pakai Jungkook,mesti lelaki itu sangat letih sehingga tidak sempat menukar baju.

Eunha berasa kesian mahu mengejut suaminya itu.Dengan langkah cermat dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Selepas beberapa minit,dia selesai mandi dan bersiap memakai baju.Dia menyediakan sarapan pagi seperti biasa.

Rasanya jadual Jungkook hari ini waktu tengah hari.Tak perlu untuk lelaki itu bangun awal.Kesian pula kalau tidak cukup rehat.Eunha naik ke biliknya semula.Jungkook masih lena.

Eunha mengemas tempat tidur.Bila fikirkan tentang majlis reunion.Perlu ke dia ajak Jungkook?Agaknya lelaki itu mahu ikut atau tidak?Eunha berkira kira dalam hati.

Sedang Eunha khusyuk berfikir,Jungkook hampir terjaga kerana mentari yang menembusi tingkap bilik menyilaukan matanya yang mahu lena diluit mimpi.Jungkook merengek kecil sebelum menggeliat.Matanya perlahan lahan dibuka.Perkata pertama yang dilihatnya ialah Eunha yang sibuk melilat selimut di sebelahnya.

Dah pukul berapa agaknya ya?Jungkook bangun.Matanya digenyeh. " awak dah bangun? " sapa Eunha.

Jungkook berpaling.Senyuman comel dihadiahkan kepada Eunha. " mwo?nak aku bangun pukul berapa lagi? " sindir Jungkook.

Eunha mencebik.Jungkook rindukan cebikan itu.Comel betul di matanya.aish,tak pernah pun kau fikir macam ni. Kes rindu Eunha dari semalamlah ni.Malam tadi bukan main duk usya wajah Eunha yang nyenyak tidur.Tak dinafikan wajah eunha ketika tidur sangat cantik.Nampak suci dan jernih.

" yelah,awakkan balik lewat.Takkan tak nak berehat lama lagi? " soal Eunha pelik.

" aku tak suka tidur lama lama.Takut badan sakit. " jawab Jungkook.Dia pun menolong Eunha mengemas tempat tidur.

" kenapa balik lewat malam tadi?Slot habis lambat ke? " soal Eunha.

" oh,err..haah.Lambat jugak. " balas Jungkook teragak agak.Rasanya tak perlu pun bagitahu hal Alice kan?Penting ke untuk Eunha tahu?

" tak pernah pun lewat macam tu? " soal Eunha pelik.

" entah director.Dia nak habiskan slot cepat.Takdelah banyak benda ditangguhkan. " ujar Jungkook.Eunha hanya mengangguk.

" by the way,lagi cepat masa untuk kita honeymoon ." Usik Jungkook sebelum mencuit hidung Eunha.

Merah muka Eunha apabila diusik oleh Jungkook begitu.Dia segera menyembunyikan wajahnya di sebalik bang rambutnya.Jungkook ketawa kecil.Comel melihat wajah Eunha yang tersipu malu.

" lagipun,aku dah rancang banyak tempat nak pergi tau. " ujar Jungkook.

Terus mata eunha bersinar.Dia memandang Jungkook dengan pandangan teruja.
" jinja?kat mana? Venice?Nottingham? " soal Eunha.

Eunkook Marriage [] J.J.K.> J.E.B []_{SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now