Tahun 2001
Tanggal 21 Oktober 2001, merupakan tarikh keramat bagi suami isteri Yazid dan Munirah pada malam itu Munirah menahan kesakitan kerana masa nya hampir tiba, Munirah bakal melahir kan anak yang mereka tunggu tunggu selama ini, Yazid memegang tangan Munirah sambil menenang kan isteri nya agar bersabar. "Sabar ya sayang, abang sudah suruh bidan datang secepat mungkin", kata Yazid sambil menenangkan isteri nya yang sedang dalam kesakitan ingin melahirkan anak.
Tepat jam 11.00 malam, "Assalamualaikum", kedengaran seseorang memberi salam. Yazid tanpa berlengah berlari ke pintu rumah sambil menyahut salam tersebut, "Walalaikumslm ", jawab Yazid dalam keadaan tercungap cungap. Mak Esah, merupa kan bidan kampung yang di pertanggungjawab oleh Yazid untuk menyambut kelahiran bayi nya. "Mak Esah, masok lah, isteri saya ada kat bilik", ujar Yazid sambil membawa Mak Esah ke bilik. "Munirah, Mak Esah datang ni nak tolong Munirah, Munirah ikut cakap Mak esah, Munirah cuba bertenang, tarik nafas hembus nafas berulang kali ya", ujar Mak Esah menenangkan Munirah. "Yazid, kamu pergi ambil air suam, bawa ke sini, pinta Mak Esah. Yazid mengangguk kepala terua menuju ke dapur untuk mendapat kan air suam.
Setelah 30 minit Mak Esah cuba untuk mengeluar kan bayi, akhir nya seorang bayi lelaki lahir dengan tangisan yang kuat. "Eh, belom habis lagi", ujar Mak esah. Mak Esah terus menyuruh Munirah meneran, setelah puas meneran, lahir lagi seorang bayi lelaki.Beza antara masa lahir bayi kembar tersebut hanya lah 15 minit. Mak Esah memangil Yazid yang disuruh Mak Esah tunggu di luar bilik untuk masok ke bilik. "Yazid, kamu dapat anak lelaki kembar", ujar Mak Esah. Yazid menangis air mata gembira sebaik sahaja melihat anak kembar nya yang berada dalam keadaan sihat.
Namun pada malam itu, Mak Esah menyedari sesuatu yang ganjil ketika menyambut kelahiran bayi kembar tersebut. Keadaan sangat sunyi sepi ketika kembar tersebut di lahir kan. Tidak lama selepas kembar tersebut di lahir kan, kedengaran bunyi burung gagak yang banyak di atas bumbung, Yazid menjenguk keluar dari tingkap dan mendongak ke atas, dan mendapati sekumpulan burung gagak sedang mengelilingi rumah mereka dan ada yang hingap di atap rumah mereka. Selain itu keadaan bulan pada malam itu agak pelik. Malam itu bulan berdarah (bulan merah) telah menyaksi kan kelahiran bayi kembar tersebut. Mak Esah memang sudah menyangka keganjilan itu akan berlaku, sewaktu Mak Esah tiba di rumah Yazid, Mak Esah merasa kan aura negative mengelilingi rumah tersebut dan sejuk malam itu agak berlainan dari sejuk hujan atau pun sejuk tiupan angin, sejuk malam itu membuat kan bulu roma Mak Esah meremang dengan tiba tiba. Mak Esah mempunyai kelebihan, dia dapat merasa sesuatu aura negative.Selesai sahaja tugas Mak Esah di rumah Yazid, dia cepat cepat berkemas dan kelihatan agak ketakutan. "Eh, Mak Esah dah nak balik dah ka, duduk lah sekejap, Yazid nak bagi sedekah ni", ujar Yazid sambil mengeluar kan wang nya yang tidak seberapa di dalam dompet. "eh, tak pe, Mak Esah ikhlas. Mak Esah balik dulu, sudah lewat malam ni",balas Mak Esah. " Kalau macam tu biar Yazid tolong hantar kan dengan kapcai", pelawa Yazid lagi tanda ucap terima kasih terhadap Mak Esah. Namun Mak Esah menolak, " eh, tak payah, Mak Esah boleh balik sendiri, kamu patut jaga isteri kamu tu yang baru bersalin, jangan tinggal kan dia sorang sorang", pesan Mak Esah lantas bangun dan terus menuju ke pintu, sejurus Mak Esah membuka daun pintu, dengan secara tiba tiba angin kuat masuk ke rumah Yazid dalam 5 saat dan redha dengan sendiri nya. Mak Esah kelihatan ketakutan lantas dia nenuruni tangga dan tidak sempat Yazid memanggil Mak Esah nak ucap terima kasih, kelibat Mak Esah telah hilang dalam kegelapan jalan di depan rumah Yazid.
Jam 2.00 pagi, Yazid yang tengah tidur lena di samping isteri nya dan anak kembar nya itu, lantas pesanan Mak Esah, "jangan kamu lupa urus kan uri bayi itu nanti", kedengaran di telinga Yazid,menyebab kan Yazid terbangun dari lena. Mak Esah sudah ajar Yazid cara yang betul untuk mengurus kan uri bayi tersebut." Uri bayi tersebut perlu lah di cuci dahulu dengan bersih, seelok nya letak garam dan limau nipis agar hilang bau nya, selepas itu balut dengan kain seberapa tebal dan ikat dengan kukuh agar tidak terburai uri itu nanti, selesai membungkus uri tersebut dengan kain, tanam sedalam sekaki atau pun dua kaki, lagi dalam lagi bagus agar haiwan liar tudak terhidu bau uri tersebut", pesanan Mak Esah.
Yazid lantas bangun meningal kan isteri dan anak kembar nya nyenyak tidur untuk mengurus kan uri bayi tersebut. Setelah selesai langkah mencuci dan mambalut uri bayi tersebut, Yazid membawa uri tersebut ke belakang rumah nya, dia berjalan agak jauh dari rumah nya untuk menanam uri tersebut. Namun, Yazid mempunyai rancangan lain terhadap uri tersebut, Yazid tidak akan menanam uri itu sebalik nya dia sebenar nya telah membuat perjanjian dengan Iblis sebelum bayi kembar itu di lahir kan lagi. Oleh sebab itu ketika Munirah melahir kan bayi kembar tersebut, pelbagai kejadian pelik berlaku.
Setiba nya di suatu tempat, yang di penuhi dengn pokok pisang sekeliling, Yazid menghenti kan langkah nya, dan memulakan proses pemujaaan untuk memangil jin yang telah membuat perjanjian dengan nya. Yazid membaca mentera yang di peroleh nya dari seorang bomoh, mulut nya terkumat kamit membaca mentera sambil menghidup kan bau kemenyan.,kepulan asap kemenyan menjadi semakin banyak dan dari asap tersebut keluar satu sosok badan yang berbulu lebat seluruh badan, sosok tersebut ada lah jin yang sama pernah di seru Yazid sebelum ini, Sebelum ini Yazid telah membuat perjanjian dengan jin tersebut agar kehidupan Yazid dan sekeluarga akan lebih senang di masa akan datang, kaya, bahagia dan di kurnia anak yang sihat dan membesar dengan sempurna.Yazid bersetuju untuk membuat perjanjian tersebut di sebab kan kehidupan mereka yang miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan Yazid tidak yakin akan dapat memberi kan kebahagiaan dan kekayaan kepada keluarga nya, jadi Yazid mengambil jalan singkat dengan membuat perjanjian terlarang. Bagi menunai kan permintaan Yazid, jin tersebut menetap kan 3 syarat dengan Yazid iaitu, syarat pertama, Yazid harus meletak kan nama anak anak yang bakal lahir dengan nama 'Azazil', yang mempunyai maksud di sebalik nama tersebut, syarat yang ke dua, Yazid harus memberi uri bayi tersebut kepada jin sebagai makanan nya dan syarat yang ke tiga akan di beritahu apabila anak nya meningkat dewasa. Tanpa berfikir panjang Yazid lantas setuju dengan syarat jin tersebut tanpa berfikir kesan di masa akan datang
Pada malam ini, Yazid ingin menunai kan syarat ke dua yang termaktud dalam perjanjian mereka. Selesai sahaja upacara penyerahan uri tersebut, Yazid kembali ke rumah nya dalam keadaan baju yang kotor lalu menukar baju yang kotor itu dan kembali tidur di samping isteri dan anak kembar nya seperti tiada apa apa yang berlaku ....... (bersambung)
YOU ARE READING
Azz & Azil
Mystery / Thriller'Azz&Azil (Azzazil) merupakan kisah romance, mistis dan sedikit aksi, terdapat maksud dan kisah tersendiri di sebalik nama pasangan kembar tersebut. Azz & Azil merupakan sepasang kembar yang mistery, (akan di cerita kan pada chapter 2 or 3 n...