14 Protection

1K 48 12
                                    

           

   Azz dan Azil cuba untuk mendekati Faris yang berada nun di hujung sebuah bangunan di kampus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Azz dan Azil cuba untuk mendekati Faris yang berada nun di hujung sebuah bangunan di kampus. Faris kelihatan seperti dalam keadaan tidak terkawal dengan keadaan raut wajah nya berubah menjadi bengis kemudian ketakutan berulang kali.Dengan keadaan Faris sebegitu rupa, Azil dapat merasakan sesuatu akan berlaku.Dengan tiba tiba langkah Azz dan Azil terhenti, Azil menggengam tangan adik nya Azz dengan erat dengan degupan jantung nya sangat laju.

       Kelihatan Faris yang sedang bergelut dengan keadaan diri nya dengan tiba tiba menghasilkan sebuah tenaga yang luar biasa melalui gengaman kedua dua belah tangan nya dengan kuat sehingga dapat menghasil kan bebola api di genggaman tangan nya sama seperti dalam mimpi Azil. Bebola api di tangan Faris semakin membesar  menyebabkan Faris tidak mampu mengawal kuasa nya itu sehingga menyebabkan satu letupan besar berlaku di kawasan kampus.

 Bebola api di tangan Faris semakin membesar  menyebabkan Faris tidak mampu mengawal kuasa nya itu sehingga menyebabkan satu letupan besar berlaku di kawasan kampus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Azil dan Azz yang saling menggengam tangan masing masing dengan pasrah dah redha bahawa usaha mereka untuk mengelakkan kejadian ini berlaku gagal.Dengan perlahan Azz dan Azil pelahan menutup mata sambil menitis kan air mata.Letupan Kuat berlaku menghasil kan cahaya yang sangat terang sama seperrti dalam mimpi Azil.

      Beberapa saat sebelum letupan itu terhasil orang ramai di sekitar kampus yang sedang berpusus pusu cuba untuk menyelamatkan diri,satu tenaga terhasil dari pasangan kembar tersebut, kelihatan seperti satu perlindungan (shield) dari keadaan bahaya sekitar dengan laju tenaga perlindungn yang di hasilkan oleh Azz dan Azil mengembang besar dengan pantas seperti ia memberi pelindungan kepada orang ramai yang berada di sekitar kampus dari bahaya letupan yang disebabkan oleh Faris. 

       Keikhalasan dan  rasa bertanggungjawab tulus dari hati Azz dan Azil telah menghasilkan satu tenaga perlindungan yang telah menyelamat kan beratus nyawa manusia yang berada di kampus tersebut pada hari sukan yang di adakan setiap tahun.

      Setelah letupan itu berakhir, kelihatan Azz dan Azil kebingungan bagaimana mereka berdua mampu menghasilkan satu kuasa baru yang telah menjadi perlindung kepada mereka berdua malah turut melindungi manusia di sekeliling dari amran bahaya.Azz dan Azil terduduk kepenatan seolah olah kuasa tersebut telah menarik semua tenaga dari badan mereka berdua.

        Orang ramai di kampus juga turut berasa kehairanan bagaimana mereka boleh terselamat dari letupan besar tersebut yang telah memusnahkan sebahagian bangunan hujung di kampus tersebut.Dari jauh, kelihatan Hadi dan Azim berlari menuju ke arah Azz dan Azil menanda kan kebimbangan mereka terhadap Azz dan Azil. 

    Azim dan Hadi menghampiri mereka, "Azil okay tak?", tanya Hadi terus memegang jari Azil."Aku... aku okay, ada cedera tak?" jawab Azz dengan nada kecil. "Ishh, sempat lagi fikir kan keselamatan orang lain,korang berdua ni nampak lemah lepas kejadian tadi, jangan risau pasal orang lain, risau kan pasal diri kamu berdua dulu", ujar Hadi dengan tegas.

    "Azz, meh Azim tolong bangunkan", Azim membangun kan Azz yang masih dalam keadaan lemah .Azz cuma mengangguk kan kepala sambil memerharti kehadapan mencari kelibat Faris."Abang, tu Faris", ujar Azz sambil menepuk bahu Azil.Kelihatan Faris sedang terbaring kaku di hadapan.Dengan keadan lemah Azz dan Azil cuba menghampiri Faris yang terbaring kaku sambil di papah oleh Azim dan Hadi

      "Faris dah mati ke?" tanya Azil dengan menrik nafas laju melihat keadaan Faris terbaring kaku.Hadi memeriksa keadaan Faris dengn meletakkan jari nya di rongga hidung Faris."Tidak, dia masih hidup, mungkin pengsan di sebabkan letupan tadi", ujar Hadi sambil menghela nafas lega.

       Beberapa saat kemudian, kelihatan badan Faris bergerak gerak kesakitan, Faris membuka mata nya perlahan, "apa yang telah berlaku?", tanya Faris dengan muka kebingungan meligat keadaan sekeliling seperti lepas mengharungi huru hara.

         Faris mencuba untuk bangun namun keadaan nya sangat lemah."Faris ,ko sangat lemah, kite orang bawa ko ke hospital", ujar Azim." Jangan,nanti aku akan okay, lagi pun doktor tak kan dapat sembuh penyakit aku ni", jawab Faris sambil menggelengkan kepala nya yang enggan di bawa ke hospital.

        "Kalau ko tak nak ke hospital, aku bawa ko ke bilik rawatan di kapus ni" ujar Azim lagi.Azim cuba membangun kan Faris untuk ke bilik rawatan di kampus. Azim memapah Faris di lengan sebelah kanan dan lengan sebelah kiri nya memapah Azz.

       Setiba nya di bilik rawatan,kelihatan beberapa pelajar juga turut di rawat di situ di sebabkan tercedera kecil akibat tragedi letupan tadi. Faris di baringkan di sebuah katil di bilik rawatan itu,Azim menyambar 'safety kid' di rak yang terletak di sudut penjuru billik dengan bergegas kemudian merawat lengan Faris yang terluka  dan seperti kesan terbakar.

       Sambil merawat luka dilengan Faris, mereka bertanya kepada Faris mengenai peristiwa tadi."Faris, betol ko tak ingat apa yang berlaku sebentar tadi?" tanya Azz sambil membuat muka kebingungan."Betul, aku tak tau apa yang terjadi, bangun je aku dah terbaring dengan luka luka di lengan ni" jawab Faris lagi. "Tadi barusan terjadi  letupan kuat yang di sebabkan oleh ko, dari kuasa ko" , ujar Azil.Faris membeliak kan mata nya dengan memerhati kedua dua belah tangan nya.

       Azz, Azil, tolong aku, keadaan aku seperti tidak terkawal sekarang, aku kadang kadang tidak mampu mengawal kebolehan aku, seolah oleh sesuatu yang mengawal separuh jiwa ku.Tujuan aku muncul di sini ada lah untuk menyampai kan syaarat ke tiga yang pernah di janji kan oleh ayah kamu berdua suatu ketika dahulu kepada sesuatu yang bukan manusia

         "Kami boleh tolong Faris, tapi dengan syarat, Faris harus cerita semua nya kepada kami dan apa syarat ke tiga tersebut Faris?",tanya Azil lagi."Syarat tersebut ialah jiwa atau pun nyawa salah seorang anak kepada Pak Yazid, ayah kamu dan salah seorang daripada kamu kena berkorban jiwa demi menunai kan syarat ke tiga tersebut dan aku telah di tugas kan utuk melaksana kan tugas itu dengan mengorbankan salah seorang daripada kamu berdua, tetapi aku tidak sanggup. Kamu berdua kena tolong aku",.ujar Faris. "Dengan siapa ayah kami berjanji?" tanya Azil lagi."Dengan sesuatu yang bukan manusia, aku juga turut berjanji dengan nya dan kuasa ini hasil perjanjian ku dengan nya dengan syarat aku harus melaksana kan tugas yang diberi kan oleh nya.Dia, ada lah jin yang sangat berkuasa dan suka menyesatkan manusia." jawab Faris dengan panjang.

         Setelah di cerita semua nya oleh Faris, baru lah Azz dan Azil paham dari mana mereka mendapat kebolehan mereka berdua selama ini."Kenapa ibu tidak pernah mencerita kan pasal ayah sebelum ni Azz?", tanya Azil kepada Azz. Azz hanya menggelengkan kepala nya." Ini saja yang aku  dapat bagi tau korang berdua, selebih nya kamu berdua tanya dengan ibu kamu, mungkin dia lebih tahu pasal ayah kamu", ujar Faris lagi......

(Bersambung, apakah rahsia keluarga yang belum di ketahui oleh Azz dan Azil? Bagaimanakah mereka berdua akan dapat menolong Faris? Nanti kan sambungan nya di chapter seterus nya)

   

     

Azz & AzilWhere stories live. Discover now