09 Lelaki Misteri

1.3K 55 2
                                    

# Library Kampus

Kelihatan kepulan asap yang agak tebal dan api yang sedang marak, tetapi pandangan yang agak kabur, satu sosok tubuh badan kelihatan dari jauh mengenakan baju hitam. "Siapa kau, tempat apa ni", tanya Azil kepada sosok tersebut.
Namun selepas beberapa saat kemudian, sosok tersebut hilang dari pandangan Azil di sebabkan oleh kepulan asap yang semakin menebal. Azil merasa kepanasan dan berpeluh yang teramat sangat.

"Azil, Azil bangun?", ujar Hadi. Lantas Azil bangun dari lamunan tidur nya dengan keadaan muka berpeluh dan kemerahan sambil menarik nafas laju,. "Abang tengok Azil tertidur sambil berpeluh teruk mengumam sendirian dalam tidur, tu lah abang bangun kan, Azil mimpi lagi ke?", tanya Hadi kerisauan melihat keadaan Azil. "Ya, aku cuma mimpi buruk je", ujar Azil sambil mengelap peluh nya dengan tangan.

"Jangan guna tangan lap peluh tu, meh biar abang lap guna handkerchief ni". Hadi mengelap muka Azil yang berpeluh teruk selepas bangun dari mimpi."Abang tengok Azil selalu jugak mimpi benda buruk sejak kebelakangan ni, ni mesti selalu tengok citer seram ni", ujar Hadi lalu menapak kan diri nya duduk di sebelah Azil di meja penjuru di perpustakaan kampus itu. "Hahah, mungkin la kot, aku suka tengok movie seram, tu la terbawak bawak dalam mimpi kot", jawab Azil cuba menutup kebenaran.Azil cuba untuk menghurai kan apa maksud di sebalik mimpi tersebut dan siapa kan sosok yang muncul dalam mimpi Azil?, makin di fikir makin membuat Azil sakit kepala dengan assignment yang melambak lagi.

#Perjalanan Azz menuju ke kelas

Dalam perjalanan menuju ke kelas, kelihatan dia agak serabut kerana agak kelewatan untuk menghadiri kelas pada petang tersebut. Azz melaju kan langkah kaki ke nya tanpa melihat keadaan sekeliling nya sehingga, "kedebukkk! ", Azz melanggar seseorang sehingga buku buku terjatuh ke lantai.

"Maaf, saya tak sengaja rushing sangat nak ke kelas, tak pa biar saya bantu", lelaki yang dilanggar Azz itu memandang ke arah Azz tanpa berkata sepatah kata dan terus berlalu, Namun Azz dapat merasa kan sesuatu tentang lelaki tersebut, semasa bersentuhan ketika berlanggar dengan lelaki tersebut, Azz terdengar suara hati lelaki tersebut dengan penuh amarah dan dendam, selain itu Azz merasa sesuatu/aura lelaki tersebut sangat lain dari manusia biasa. Siapa kah lelaki tersebut? "tak kan sebab aku langgar dia nak marah macam tu kot?" gumam Azz sendirian.

Malas untuk memikir kan lelaki tersebut, Azz teringat kembali bahawa dia telah lambat menuju ke kelas. Lantas Azz, mengatur baju nya yang agak senget ketika pelanggaran tadi dan terus menuju ke kelas dengan berlari anak. Seseorang menepuk bahu Azz dari belakang, "Azz!", ujar suara tersebut. "Ishh, nasib baik aku tak sakit jantung, lain kali bagi salam, aku ingat kan mamat tu tadi, Syah rupa nya, ni msti lambat jugak kan?", jawab Azz. "sori,haaha, mamat mana pulak ni? Orang baru ke?", perli Syah. "Tak lah tadi aku terlanggar sorang mamat ni, aku minta maaf dia jeling aku dengan seram, dah la jom ke kelas, lambat pulak nantj", ujar azz. Kelihatan darj jauh lelaki misteri tadi memerhati gerak geri Azz.

Manakala, selesai Azil membuat assignment di perpustakaan, dia mengemas semua barang nya, "Hadi, aku gerak dulu", ujar Az. "Eh, dah abis ke?tunggu abang dulu, abang nak gerak sama ni, ade benda abang nak cakap dengan Azil sikit",kata Hadi." Nak cakap ape?, aku tunggu kat luar lah", jawab Azz lagi.

Tanpa mengirau kan Hadi, Azil terus menghilang dari pandangan Hadi di perpustakaan cuba mengelak dari Hadi."Apa maksud mimpi tadi, kali ni mimpi aku agak lain kabur kabur dan siapa pula sosok dalam mimpi tu", gumam Azil sendirian sambil berjalan. Tiba tiba langkah Azil terhenti.

Dalam sekelip pandangan vision lelaki dalam mimpi Azil muncul, kali ini muka lelaki tersebut agak jelas.Terdapat satu tanda seperti tatu di bahagian tengkuk seperti lingkaran kemudiaan seperti berduri di lingkaran tersebut.

Azz & AzilWhere stories live. Discover now