#Tahun 2008Pada tahun 2008,Panti Asuhan Asnaf, merupakan tempat pertemuan Azim dan Faris dimana dia pada masa itu baru berusia 8 tahun sama dengan Azim telah di hantar ke rumah anak Yatim Piatu tersebut. Azim merupakan orang pertama yang melayan Faris seperti keluarga nya sendiri. Segala perit suka duka mereka kongsi bersama.
Namun kebahagian persahabatan mereka tidak lama, ketika mereka meningkat remaja berumur 13 tahun, Azim menerima perkhabaran baik namun bagi Faris ia perkhabaran yang tidak bagus kerana dia terpaksa berpisah dengan satu satu nya sahabat yang di sayangi nya. Azim telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang agak berada.Pemergian Azim dalam hidup Faris membuat dia berasa kesunyian tanpa kehadiran Faris menceria kan hari hari nya di Panti Asuhan Asnaf itu. Faris tidak mudah untuk menegur apatah berkawan dengan orang lain. Sejak dari itu juga Faris sering kemurungan dan selalu bersendirian.
Pada tahun 2013,lima tahun kemudian, Faris sudah biasa bersendirian dan buat kerja juga bersendirian. Suatu malam, Faris bermimpi didatangi satu kelibat yang berjubah hitam namun kelihatan sedikit bahagian lengan dan kaki nya berbulu lebat seperti mawas namun tinggi dan gelap.
Dalam mimpi tersebut, makhluk berjubah hitam itu membawa Faris ke suatu tempat di mana sekeliling tempat itu di penuhi pokok pokok pisang yang tinggi dan berasap, makhluk tersebut berjalan mengelilingi Faris namun bahagian muka nya agak kabur kerana di lindungi oleh penutup kepala jubah hitam yang di pakai nya."Kkau siapa", ujar Faris dengan suara tergagap agak ketakutan. "Hahaha, kau tak perlu tahu siapa aku, tapi...", balas makhluk tersebut. "Tapi apa?", tanya Faris lagi. "Tapi aku tahu siapa kau, Faris. Seorang remaja yang keseorangan, sunyi dan tiada siapa yang mahu berkawan dengan Faris, Ayah dan ibu mu meninggal dunia kemalangan dan kamu juga telah di tinggal kan oleh satu satu nya sahabat karib kamu." ujar makhluk itu lagi.
"Bagaimana kau tahu semua pasal aku?", tanya Faris dengan nada agak keras. "Itu semua tidak penting , sekarang aku mahu menawar kan kau sesuatu yang kau tidak pernah akan dapat di dunia ini dan segala kesunyian hidup mu akan hilang. Balas makhluk itu lagi.
" Betul? Apa perlu aku buat? ", tanya Faris lagi menunjuk kan minat nya dengan tawaran yang di beri itu. "Senang sahaja, esok kau pergi ke kawasan hutan belakang rumah anak yatim, masok jauh ke dalam sehingga tiba ke suatu destinasi di mana penuh dengan pokok pisang sekeliling. Ingat datang waktu dini hari, aku akan beri kau satu kebolehan yang manusia biasa tidak mampu buat dengan syarat, nanti aku akan bagi tahu syarat nya", balas makhluk itu lagi.
Tiba tiba asap hitam menebal dan makhluk itu kian hilang dari pandangan, Faris terbangun dari mimpi dengan keadaan berpuluh. Faris memandang sekeliling bilik dengan menarik nafas laju. "Aku mimpi rupa nya", gumam nya sendirian. "tapi betol ka mimpi tu?", soal Faris dalam hati. Hanya dengan satu cara untuk mengetahui sama ada ia 'real' atau pun tidak, dia harus berjumpa dengan nya seperti yang di bagi tahu dalam mimpi.
Keesokan hari nya, jam tepat 2.00 pagi hari, Faris bingkas bangun dari katil dan bersedia untuk ke tempat yang di beritahu dalam mimpi. Faris mencapai lampuh suluh dalam laci dan berhati hati menyelinap keluar dari Panti Asuhan tersebut dan menuju ke bahagian belakang. Faris terus masok ke dalam hutan jauh ke dalam sehingga ke suatu tempat seperti dalam mimpi yang di penuhi pokok pisang sekeliling.
"Setiba nya di tempat itu nanti, baca mentera ini untuk memangil aku,aku akan muncul", Faris teringat mentera yang di beri oleh makhluk tersebut dalam mimpi. Dengan rasa yakin, Faris membaca mentera tersebut setelah menyala kan bau kemenyan, kelihatan asap hitam tebal keluar dari batang batang pokok pisang dan sejurus selepas itu, muncul makhluk tersebut dengan gerun sekali, badan nya tinggi berbulu hitam dan mata merah saga menyala.
"Aku tahu kamu akan datang, mari datang dekat, hulur tangan mu", ujar makhluk tersebut. Faris melangkah ke hadapan sedikit demi sedikit dan menghulur tangan nya kepada makhluk tersebut, Faris berasa agak gentar sedikit berdepan dengan makhluk itu. Makhluk tersebut mnyambar tangan Faris dan menggores lengan nya untuk mengambil darah sebagai habuan sambil mulut makhluk tersebut terkumat kamit membaca sesuatu .
"Arghhh, sakit" , ujar sambil Faris memegang bahagian tengkuk nya berasa kepanasan sperti muncul satu tanda di bahagian tengkuk nya. "Tanda di bahagian tengkuk mu itu menanda kan bahawa kamu telah membuat perjanjian dengan ku dan aku telah anugerah kan satu kuasa dalam tubuh mu, cuba kamu petik jari mu sekali", ujar makhluk itu.
Faris memetik jari nya, dengan pantas nya jari nya mengeluar kan percikkan api membuat Faris terkejut. "Kamu mampu mengawal elemen api, kamu hanya perlu belajar mengawal kuasa mu itu", ujar makhluk itu lagi. Faris hanya mengangguk terkejut dengn apa yang berlaku begitu pantas sekali. "Kamu harus mencari sepasang kembar bernama Azz dan Azil dan sampai kan kepada mereka syarat ke 3 yang pernah di buat oleh ayah mereka suatu masa dahulu dan kamu harus melaksanakan syarat tersebut", ujar makhluk itu lagi.
Sejak dari malam itu, Faris gigih berlatih untuk cuba mengawal kebolehan nya mengawal api. Namun dia tidak sedar bahawa separuh jiwa nya di kuasai oleh makhluk tersebut seolah olah Faris mempunyai 2 personaliti. Faris mampu menghasil bebola api dari tangan nya.
Pernah suatu ketika, ketika dia asyik bermain bola api itu sehingga membuat diri nya ketagih dengan kebolehan nya itu, Faris tidak mampu mengawal berbola api di tangan nya menyebab kan store tempat dia selalu bersendirian berlatih mengawal kebolehan nya itu terbakar dan api marak dengan cepat sehingga membuat kan Rumah Anak Yatim itu hangus di jilat api dan menyebabkan kehilangan beberapa nyawa. Namun Faris terselamat, semenjak dari peristiwa itu, Faris langsung menghilang kan diri sehingga muncul kembali di Universiti tempat Azim, Azz dan Azil belajar.
#Kembali ke realiti, pertemuan dengan Faris
"Urghh", Azil melepas kan tangan Faris dari bahu nya. "Kkau kau, sama macam kami, kau ada kebolehan juga", ujar Azil dengan termengah mengah setelah Azil melihat masa lampau Faris di saat Faris menyentuh bahu Azil. Azz juga turut mengetahui perkara tersebut kerana Azz bersentuhan dengan Azil dan telah mendengar isi hati Azil mengenai Faris.
"Siapa kau sebenar nya Faris dan apa syarat yang di maksud kan itu?", Azz bertanya dengan nada keras, namun Faris hanya tersenyum dan mengundur kan diri dan terus hilang dari pandangan mereka berdua sekelip mata. Azz dan Azil mendekati Azim dan Hadi yang tidak sedar kan diri dan mnyedar kan mereka.
"Azz, Faris mana, apa berlaku sebenar nya? Azz tidak apa apa? ", lantas Azim bangun dari atas tanah menanya Azz seribu soalan yang agak susah di pahami nya apa yang di lihat nya sebentar tadi. "Azim, nanti Azz cerita, jom balik bilik. Ubat kan luka di lengan Azim dulu", ujar Azz. Mereka berempat berlalu pergi dari situ dengan pelbagai persoalan di minda.
(Bersambung, apa kah yang akan terjadi seterus nya? Nanti kan kisah nya di chapter seterus nya)
YOU ARE READING
Azz & Azil
Mystery / Thriller'Azz&Azil (Azzazil) merupakan kisah romance, mistis dan sedikit aksi, terdapat maksud dan kisah tersendiri di sebalik nama pasangan kembar tersebut. Azz & Azil merupakan sepasang kembar yang mistery, (akan di cerita kan pada chapter 2 or 3 n...