Dalam kehidupan kembar tersebut, sejak berumur 17 tahun lagi bermula perkara yang aneh berlaku dalam kehidupan Azz dan Azil . Malam Azil bermimpi kan ayah mereka meninggal dunia, ke esokkan hari nya, mimpi Azil menjadi kenyataan, ada kah itu kebetulan semata mata atau pun Azil mampu meramal masa depan melalui mimpi nya?, manakala si adik nya pula Azz, semasa Azz cuba untuk menenang kan Azil bermimpi pada malam itu, Azz seakan terdengar suara hati Azil, ada kah itu cuma dalam minda Azz sahaja atau pun Azz mampu membaca bicara hati seseorang?.
Semua itu bukan lah kebetulan semata mata namun sebalik nya, iya, Azz dan Azil mampu membuat perkara yang orang normal tidak mampu buat. Azz mampu membaca bicara hati seseorang jika dia menyentuh seseorang, si abang nya pula Azil betul mampu melihat masa depan seseorang sama ada dalam mimpi atau pun "vision" itu datang dengan tiba tiba Azil juga mampu mengetahui masa lampau seseorang jika menyentuh seseorang. Selama 3 tahun Azz dan Azil tertanya tanya dari mana mereka dapat kebolehan tersebut, adakan ia anugerah atau pun sumpahan?
Ibu Azz dan Azil mungkin tahu dari mana mereka mendapat kebolehan tersebut, tapi ibu nya belum bersedia lagi untuk mencerita kan hal sebenar kepada pasangan kembar tersebut. Sebelum meninggal lagi, ayah mereka sudah mencerita kan segala nya, bagaimana mereka mendapat kekayaan dan kebahagian selama ini. Setelah 3 tahun dari peristiwa Azil ber mimpi kan ayah nya meninngal, kini Azz dan Azil mampu mengawal kebolehan masing masing.
"Azz, dah kemas ke semua barang? Aku dah nak gerak dah ni balik hostel", ujar Azil."Dah bang", jawab Azz. "Aku tunggu dekat kereta ya", balas Azil lagi. Azil keluar dari bilik Azz dan terus menuju ke kereta nya, tiba tiba langkah Azil terhenti membuatkan beg pakaian yang di bawa nya jatuh ke lantai, "abang, abang nampak apa?", tanya Azz sambil menepuk bahu Azil. "Aku baru dapat vision..." belum sempat Azil memberitahu, Azz dah meyampuk, "stop, aku dah tau apa ko nampak", jawab Azz, sebaik saja Azz menyentuh bahu Azil, Azz terbaca isi hati Azil, "patut ka aku bagi tau Azz, yang dia kena prank roomate dia sebaik dia masok bilik nanti?," isi hati Azil.
Azil terus memasok kan beg pakaian nya ke dalam bonet sambil tersenyum mengenang nasib adik nya itu yang selalu di usik oleh rakan sebilik nya itu. "Ha, apa lagi masok lah, nak kena tinggal ke?", ujar Azil.
"Ishh, mamat sorang ni, asyik nak usik aku je keje, tau lah nanti, Azimm!", jerit Azz dalam hati memikir kan teman sebilik nya itu.Mohd Hazim Safwan bin Mustaqim, atau nama gelaran nya Azim, merupa kan rakan sebilik Azz dan juga sama kelas dan course di University tersebut. Azim seorang yang agak nakal dan suka mengusik Azz, namun Azim tidak tahu bahawa Azz telah tahu kenapa dia suka sangat mengusik Azz, ini di sebab kan Azim menyimpan perasaan terhadap Azz. Azz telah membaca isi hati Azim semenjak Azz tersentuh Azim tidak sengaja. Namun Azz berpura pura tidak tahu bahawa Azim menyukai nya dan mengikut sahaja tindak tanduk Azim. Jauh di sudut hati Azz turut menyimpan perasaan terhadap Azim namun dia juga kadang kadang menyampah dengan perangai Azim yang suka mengusik.
#Azim
Setiba nya kereta Azil di pekarangan parking hostel Azz, "ok bang thank you", ujar Azz. "Tak de pe lah, jangan lupa, hati hati, hahaha", usik Azz sam ketawa lalu pergi situ.
Azz membawa beg pakaian nya dan terus menuju ke bilik hostel nya yang terletak di tingkat dua. Setiba nya di pintu bilik, Azz membuka pintu bilik dengan hati hati, Azz masih berdiri di luar bilik dan membuka daun pintu dengan luas, dengan tiba tiba sebaldi air menjirus ke lantai pintu bilik, "Fuh, nasib aku tak kena", ujar Azz sambil mengurut dada. "Ishh ni dah kali ke tiga aku kena kan ko, asyik dapat mengelak je", ujar Azim tidak puas hati. "Nasib ler, hahaha", balas Azz sambil ketawa kecil. "Azim, ni lantai basah ni sape nak kemas?", ujar Azz lagi. "Azz la kemas", balas Azim. Azz tidak puas hati, laku menuju ke Katil Azim dan mendekati Azim yang tidak berbaju sedang baring. Azz mendekati nya seperti mahu mencium Azim namun Azz hanya ingin mengajar Azim sahaja. "oookay okay, nnnati aku kemas" ujar Azim tergagap gagap. "Tau takut, Azz tau yang Azim tengah nervous bila Azz buat macam tu", ujar Azz dalam hati. Azz bingkas bangun dari katil Azim dan memberi kan senyuman lebar kepada Azim."hissh, budak ni, buat aku nervous je", gumam Azim dalam hati. Azz menuju ke katil nya dan terus mengemas apa yang patut."Azz makan malam nanti ko ade pergi mana mana?", tanya Azim sambil menjeling ke arah Azz yang sedang mengemas baju. "Tak de kot, kenapa?nak ajak Azz makan malam sekali ke?", balas Azz. "Iye, makan dekat warung depan University ni je", aku belom makan lagi dari tadi. "Boleh, lepas Magrib kita gerak, tapi Azim yang belanja, sebagai hukuman Azim buat sepah di bilik ni", balas Azz lagi. Azim seorang yang nakal namun ada seketika nya Azim baik terhadap Azz. Azim tersenyum sendirian di katil nya sambil hati nya berbunga bunga, "malam ni aku date dengan budak comel ni", ujar Azim dalam hati.................. (bersambung)
YOU ARE READING
Azz & Azil
Mystery / Thriller'Azz&Azil (Azzazil) merupakan kisah romance, mistis dan sedikit aksi, terdapat maksud dan kisah tersendiri di sebalik nama pasangan kembar tersebut. Azz & Azil merupakan sepasang kembar yang mistery, (akan di cerita kan pada chapter 2 or 3 n...